Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Friday, October 29, 2010

Puisi Buat Sahabat...





jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keihlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji tuhan..


isteri yang baik besar balasan..


suami penyabar itulah kemenangan..



Tuesday, October 26, 2010

Aku Masih Menyintai Mu...



Dia yang bergelar wanita yang aku masih sayang dan cintakan walaupun aku sudah tahu yang aku sudah tidak layak untuknya. Pernah dia menyatakan pada aku yang aku terlalu baik untuk dia. Pernah juga dia menyatakan pada aku berhak mendapat gadis yang lebih baik dari dia.

Aku sering mendengar kata kata itu yang selalu keluar dari bibirnya dan sering itu juga aku menyatakan alasan yang sama "Jika Aku Lelaki yang baik mengapa Engkau tidak terima saja aku ini.Bukan ke setiap orang ingin mendapatkan seseorang yang baik" Bila aku kata seperti itu dia tunduk diam membisu. Maafkan aku kerana luahkan kata kata itu. Bukan kerana aku tidak sayang pada mu ketika itu tapi aku tidak mahu engkau pergi meninggalkan aku. Walau Seribu kali engkau menyatakan pada aku maka seribu kali juga aku menyata perkara yang sama padamu. Itu yang terdetik dalam hati aku pada ketika itu.

Walaupun aku tahu kisah kisah yang berlaku pada diri dia tapi aku amat sayang pada dia. Aku tidak pentingkan perkara silam yang menghantui pada diri dia kerana "aku mencari cinta bukan mencari wanita semata mata". Jika dia dalam kesusahan aku akan cuba bantu dia dalam segi lisan. Kerana pada masa itu aku tidak mampu lagi ingin membantu dia dari segi fizikal. Kadang Kala itu aku buntu dan pening ingin bantu dia. Maafkan aku kerana tidak dapat membantu mu sebab aku hanya manusia biasa yang ada batasnya.

Sehingga ke hari ini aku masih terkenangkan dia walau dalam saat gembira, duka hinggakan aku tidak dapat tidur kerana memikirkan dia. Adakah dia ok? Adakah dia gembira? Adakah dia sekarang ini sama seperti dulu semasa aku bersama dia? Aku berharap dia akan lebih gembira, lebih bahagia..amin.. Aku kadang kadang skodeng juga la FB dia.. Nampaknya dia gembira tapi aku paham sikap dia. Kadang kadang dia sengaja hebohkan yang dia gembira tapi hakikatnya dia tidak seperti dia ucapkan. Aku harap dia berubah dari menyatakan sesuatu yang palsu kepada yang benar.



Semasa bersama aku. Dia banyak menipu aku walaupun aku tahu apa yang dia lakukan. Aku hanya senyum dan dengar apa yang dia ingin sampaikan. Dia banyak menangis jika bersama aku. Tapi bukan kerana aku. Kerana perkara silam. Dia pernah mengalir air mata di depan orang ramai. Dia bersandarkan pada bahu aku. Aku tidak malu ketika itu kerana aku paham apa yang dia alami. Biar pun beribu ribu orang menanyakan apa yang berlaku ketika itu dan aku hanya senyum untuk menyatakan kita orang ini ok ja. Bila tengok movie pun dia menangis kerana movie tu ada kena mengena dengan dia. Aku dan cakap pada dia jangan tengok movie ini tapi dia degil sangat sangat.



Abis basah baju aku sebab dia asyik nangis jer. Sampai orang sebelah tengok lain macam jer. Dia suka sangat dengar aku menyanyi. kadang tu sebelum tidur aku akan nyanyikan untuk dia. Bukan aku nak cakap suara aku sedap tapi itulah hakikat yang dia suke dengar. Sampai kadang tu aku tak reti dah nak nyanyi lagu apa. Dia ni suke bercakap. ada je menda yang dia nak cerita. aku pun suka dia cakap. Cara dia cakap buatkan aku tertarik pada dia.

Tapi dia memang gadis yang amat tabah. Aku rasa amat bertuah kerana memiliki dia walau seketika. Terima kasih kerana pernah menyayangi aku. Aku harap dia bahagia disamping orang yang dia sayang. Aku harap Engkau memikirkan aku dan menyayangi aku juga. sekian...




Wednesday, October 13, 2010

Game!!

Salam...

Hari ni 1 hari aku duk dpn pc kt cc...Aku nk main game dan asingkan diri dari org lain..hehe..erk! bukan maksudnya aku jd emo tp saja nk enjoy..eheheh

Hari ni aku main game Rise of argonouts.. Mmg best game ni..game play pun lawa.. Game ni mengisahkan Kematian Bakal isteri sehari seblum perkahwinan dia.. Dimana Puak inion membunuh bakal isteri dia dan bla..bla..bla...



Apa2 pun aku enjoy main game ni..dapat habiskan masa aku...huhuh... Nnt aku nk main game yang seterusnya.. Dragon age... sampai sini je la aku cerita..hehe... malas nk panjang2...huhuhuh Salam..Majulah game utk anda...

Monday, October 11, 2010

Susah betul nak tdo???

Salam...


          Aku ini kira gile futsal gak lah.. nak kata dalam seminggu tu 3-4 kali main futsal. Memang best kalau main futsal ni. Dalam masa yang sama boleh menyihatkan badan kan..


Nak dijadikan cerita semalam Pada pukul 11 aku pergilah main futsal dengan kawan2.Agak lama aku tak main sbb aku asyik kuar jer..huhuh.. Kaki pun dah ketar2 nk main futsal. Bila dah sampai itu ada team lain main tapi abis kul 11.30..tunggu la lagi 30 minit sblum team aku main.


Bila dah abis main futsal itu. aku pun balik lah.. Balik je kunci motor pastu pegi mandi. lepas mandi terus pergi tdo. Tapi nk tdo tu punya la susah. Punya lah byk menda fikir..Badan penat tapi tak leh tdo..Macam menda fikir.
Tentang masa depan pun ada.






Bila tengok jam dah pukul 2 pg.. tak dapat tdo lg.. Aku pun wat la status kt Facebook nk say gudnite kononnya..Tapi aku tak tdo gakk..isk2.. Pastu aku teringatlah doa2,baca la apa yg patut untuk tdo.. Tapi tetap tak bleh tdo. ntah brapa kali aku guling atas katil yang dah berusia 10 tahun tu..


Pastu datang lak anak kucing aku ni..Sibuk lakk dia nk tdo sebelah.. Aku rimas..aku halau dia..dia dtg lagi..dh tak larat nk halau.. bagi jer lah dia tdo.. sedap plak tgk dia tdo tp aku yg tak dpt tdo. T-T sob2!!!.. senang jer binatang kesayangan nabi ni tdo..Jeles lak..huhuh






Tiba2 datang lak idea pasal bisnes yang member aku nk bincangkan.. Mencurah curah idea datang. Siap amik hp buat calculator tu..wakaka..kadang2 aku gelak je sorg2..gile apa..huhuh...Fikir punya fikir smpai kul 4 pg.. Pastu aku try stop fikir pasal bisnes ni.. Aku pegi dapur minum air..Lepas minum air je aku pejamkan mata..Akhirnya aku dpt tdo.. yess!! huhu.. 


Bumi menangis...

Salam...


          Di ilhamkan seorang lelaki ala ala pondan yang bernama joe serta kekasih hatinya yang bernama eira..
aku tak paham kenapa dia bagi tajuk ini kepada semua orang yang dia rapat. sedangkan aku ada kt situ semasa tajuk ini dilahirkan.


Cukuplah dengan kata kata aluan dari aku ini. kita berbalik kepada tajuk kita hari ini. Bumi yang menangis, Apakah yang terlintas di fikiran anda bila kita bercakap mengenai bumi yang menangis. Secara tak langsung kita akan fikir tentang pencemaran yang berlaku di muka bumi kita.


Semua yang berlaku di muka bumi kita adalah hasil tindakan manusia itu sendiri. Kita tidak boleh  menyalahkan orang lain sedangkan mungkin kita penah melakukkan perkara yang sama. Kenapa aku cakap sebegitu sebab kadang kadang kita tidak sedar yang kita buang sampah merata rata tanpa kawalan.pembakaran terbuka tanpa kawalan. Sebagai contoh membuang sampah dari kenderaan.


Itu baru pasal sampah tidak termasuk pasal pencemaran yang lain.kalau nk cerita memang panjang sebab masa asyik cakap "cut" je kt aku..ades.. Cukuplah kita menyedari yang kita manusia biasa ini selalu melakukan kesalahan. Mungkin disebabkan terlalu banyak pencemaran itu terhasil lagh bumi menangis.Akhir kata dari aku " Majulah Blog Untuk Negara" Sekian W;salam...




Sunday, October 10, 2010

Hari ni mbr ade call aku...dia ckp "mie! kakak aku setuju la nk buka bisnes tu" aku agak terkejut gak la...sbb setahu aku modal dia agak besar la nk buka bisnes ni... sbb seblom ni aku dengan kwn aku ade gakk ckp2 pasal ni...mcm2 idea kuar..pehh klu berjaya lehh dpt untung yg lumayan lahh!!...Gempak gila cun tak ingattttt...wakaka...



Tapi apasalah nya kita cuba kan...bak kata kwn aku ni "Mula2 kena ada angan2,bila dah ada angan2 baru ada cita2,bila dah ade cita2 baru lehh usaha,bila dah usaha baru tercapai impian kita" lebih kurang mcm tu la dia ckp..huhuh..



Aku harap menda yg kami nk buat akan mendapat jalan yg mudah dan diberkati ALLAH.. Amin! Harap2 mcm tu la..sapa tak nak kaya kan...perghh! best2... Lepas ni aku nk fikir apa yg ptt utk bisnes yang akan kami buat ni... Huhu.. Salam..



Jalan2 ke johor...

Salam...


            Semalam..1 hari aku berjalan atau org pgl makan angin...kita orang pergi johor...dalam 2 jam dari kuantan sampailah kita orang di ayer hitam..Mula2 aku ingat tempat tu cam pantai ke apa..sbb sorg mbr aku ni cakp..tmpt tu best dr TC(teluk chempedak) rupanya tempat tu penuh dengan patung2 yang biasanya jadi kegemaran 'perempuan' pondan aku tak tau la minat tak..yg drive kita orang pun cam ala2 pondan gitu..wakaka...macam2 colour ade..ckp je nk warna apa..semua ade tp kena la pandai ushar...






Dari harga rm3 sampai lah yg beratus2...tapi kalau nk dibandingkan dengan harga kat tempat lain memang tak der kot...tapi bukan patung jer yang jual kt situ...tembikar,pasu2,kudap2..byk jugak la..bleh rambang gak mata ni..huhuh...tp seronok la smbil cuci mata..


Member aku sorang ni beli byk gile la beli patung ni...utk anak2 buah dia pun ade..org kata "bila nk beli tu mesti lah lengkap or adil" biasalah ni lehh katakan dh jd amalan kita...kena ingat gak "org belakang" heheh...yang drive ni sorang selok la dengan candy dia... candy coconut..siap nk pilih warna lg tuu...tp dengan dia..klu gi mana2..mmg nk tegur org dr hujung rambut smpai hujung kaki...lawak pun ade...mgkin dia sebin kot..wakaka...


Tapi aku tauu dia mmg hpy..yela ade bunga yg ikut dia...ehehe.. Aku je kumbang..eh! si driver ni pun kumbang gakk tp xtulen sgt..wakak..tp aku mmg rasa best..Duk umah boring..baik ikut diorg jalan2..cari pengalaman..kalau ikutkan aku ni ssh gile nk jalan jauh...Aku leh katakan pegi Johor tu kali pertama..dulu2 penah pergi tp kecik2..xingat dh...huhuh. 


Lepas dah abis shoping di ayer hitam..kita org pun nk pegi mkn.. Owh yer..aku lupa lak satu cite ni.. sblom smpai ayer hitam tuu..Si driver dgn bunga dia ni duk bincang la "Nk gi batu pahat tak"? Tdo umah dia..sbb driver ni asal Batu Pahat.. Rumah bakal Mertua Si Bunga ni..huhuh... Aku rasa mau 50 kali si driver ni tanya Si bunga.. tak larat dh nak jawab...wakak.. Yg aku ni pun asyik ckp "aku ikut jerww" Kadang2 rasa nk je sumbat dengan tisu mulut dia...wakakak..tp si driver ni ckp..dia lakk yg tak bersedia..yg si bunga ni dup dap je..tp last2 xjd gakk pegi...


Kita org ttp pegi batu pahat tp pegi batu pahat mall... nk cari makan..lapor.!!..akhirnyer kita org makan kt RasaMas..Servis dia lmbt skit la..sbb mcm ade sorg je yg jaga front tuu..isk2..aku dengan si driver ni order nasi ayam  ade sate dengan air apa tah..xsedap lagsung air tuu..masam!!..Si bunga order Nasi lemak..Tp sbb servis lambt sempat lagi la mbr aku 2 org tuu jalan2 kt mall tuu...aku tgu je mkn siap..tp aku dlu yg santap sate tuu..huhuh..







Lepas kita org abis mkn...kita org pun nk balik la..Masa perjalanan balik ni..Si driver ni asyik cerita la pasal kwn2 dia..tp cara dia cerita sedikit pelik..hehe..bkn apa..cara dia cerita mcm aku dh kenal kwn2 dia yg kt jhr tu..Dr zaman dia stdy smpai la dia berhijrah ke negeri lain.. Tp mmg best cite cm tuu.duk gelak je dlm keta..


Dalam perjalan balik tuu..Si bunga nk tdo..tp nk kata dia tdo xpasti la..kejap bangun kejap baring..smpai kdg tu aku terkejut tgk belakang..waakaa.ingat hantu kot.. Tp rupanya dia seram sbb jalan kt situ bunyi cam menakutkan..biasala jln xlawo..kt segamat kot mmg cm tu..bila nk ok.ntahlahh...hik3..Lagipun Si driver bwk agak laju la...Si bunga ntah brapa kali ckp bwk slow2...ehehe.. Org kata bwk slow ni lg cepat ngantuk..bwk laju ni takk sgt..ntah ler...huhuh


Bila dh smpai area pahang..hujan turun renyai2.dan minyak lak tgl 2 bar je..Si driver bwk agak slow.80 jer...Sampai lah 1 kawasan tuu yg Si bunga ckp nmpk hantu...Duk bertengek atas divider.. huhu..Seram plak rasa tp wat xtauu la..tp si driver lak tanya mcm2..lawak plak rasa..tp mmg mcm tu klu jalan2 jauh..mesti ade sorg akan nmpk menda cm tuu.. kita tawakal jer la... huhu, baca yg apa ptut...






Di pendekkan cite walau agak pjg aku cite ni..smpai la kita org kt stesen minyakk caltex di Chini... Lepas je isi minyak..apa lg terus bwk laju...dlm 15 minit je smpai la kt umah aku di kuantan.. Lepas hantar aku balik diorg pn menuju ke rumah masing2... Tp dalam 1 hari mmg memenatkan tp lebih menyeronokkan.. Terima kasih sbb sudi ajak aku... Syg kamu...wakak..Aku syg nenek aku lagi la.. Huhuhu Akhir kata Berhati hati lah semasa memandu.. Salam


Saturday, October 9, 2010

Apakah Makna Cinta Anda?

Adakah telapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di kerongkong. Itu buka cinta, itu SUKA.

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata daripadanya? Itu bukan cinta, itu NAFSU.

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada disana? Itu bukan Cinta, Itu KESEPIAN.

Adakah Kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kita tetap mengatakan yang kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita terpikat? Itu bukan cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kita memaafkan kesalahanya kerana kita telah berhutang budi kepadanya? Itu bukan Cinta, Itu PERSAHABATAN.

Adakah kita mengatakan kepadanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan? Itu bukan Cinta,Itu DUSTA.

Adakah kita rela memberikan semua hal yang kita senangi untuk kepentingan dirinya? Itu buka Cinta, Itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi..adakah kita tetap bertahan kerana diantara kesedihan dan kegembiraan, penderitaan dan kebahagiaan yang membutakan dan sukar difahami walau berjuta penyair mencari maknanya..menarik kita mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.

Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia denganya tanpa penyesalan?Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.

Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih?ITULAH CINTA.Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia?ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk?ITULAH CINTA.

Cinta Seperti Musim...

Cinta Adalah seperti musim yang berlaku, musim bunga, tengkujuh, kemarau dan luruh..
saat musim bunga pabila baru bermulanya suatu percintaan, pertemuan, perkenalan...segalanya indah dan manis dirasa saat bersama.

Ketika tengkujuh melanda dalam percintaan, pergaduhan, persalahan faham, cemburu dan marah berlaku, tapi anggaplah semua itu adalah cubaan dalam perhubungan.

Kemarau dalam percintaan berlaku jika persefahaman hilang, kemarau tidak semestinya akan membawa kepada perpisahan meskipun hubungan dalam keretakan.

Luruh...sesuatu yang perit dalam kehidupan seseorang yang bercinta, kerana ianya bukan apa yang dipinta dan diharapkan, gundah dihati hanya diri sendiri yang rasakan, kesakitan cinta tidak akan pernah diungkap dengan kata-kata....

Cinta Langit dan Laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata- kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah- merahan.
Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah- pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.