Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Monday, January 31, 2011

Mimpi Indah...

Tidur itu bagaikan antara hidup dan mati..Tidur itu nikmat bagi manusia..Tidur itu juga adalah penglengkap hidup seharian kita...Mimpi adalah sesuatu perkara yang amat sukar nk ditafsirkan..berbagai mimpi yang akan kita alami semasa kita hidup..Dan mimpi juga adalah mainan syaitan..

Sudah 2 hari berturut turut aku bermimpikan 2 org gadis..setiap mimpi ada perbezaan nye..tapi kenapa aku boleh bermimpikan 2 org gadis tu..Hairan juga..sedangkan aku tidaklah memikirkan pasal mereka berdua..tapi mimpi itu cukup indah..Seperti aku tidak mahu terbangun dan aku mahu memimpikan mereka lg..

Seorang gadis aku tidak kenal kerana kami tidak pernah bercakap atau bersua muka..yang aku pernah adalah melihatnya dari jauh semasa aku bekerja di tempat lama dulu..itu pun ada seorang kawan yang tunjuk pada aku tentang gadis ini..Kawan aku yang jatuh cinta pada gadis ini..Dia selalu cuba untuk pikat gadis itu..tapi tak berjaya..

Seorang gadis lagi juga aku tidak pernah sua muka..pernah tengok dalam gambar jer..pernah sms jer..tidak pernah jumpa..Itu pun sebab salah nombor..Tapi dah lama aku tidak sms dia..Mungkin ada sumting akan berlaku kot...

Dan pagi ini..Tiba2 Mak aku bagi duit pada aku..Aku masa tu tengah terjaga dari tdo..Masa tengah mamai tu aku cakap yer jer..Bila dah aku btl2 sedar..aku baru ingat apa yang mak aku cakap..Aku dengar mak aku cakap yang Ayah sedara aku bagi...Cepat2 aku bangun nk tanya mak aku..tapi mak aku dh xder...Dia pergi masjid kot..

Adakah mimpi tentang 2 org gadis tu ada kaitan dengan duit yang aku dapat ni..banyak jugak..Apa2 pun hanya ALLAH jer yang tahu maksud mimpi aku itu...

Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan
tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya
mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak
terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh.
Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah
SWT lah yang maha mengetahui. Wassalam.....:)

P/S~Joe and ira...Nnt kita kuar..Aku belanje mkn...



Sunday, January 30, 2011

Biarkan Berlalu Kepedihan Mu...

Hari ni ada seorang gadis yang mana dulu aku pernah sayang bersua muka dengan aku..Pertemuan yang kami tak jangka kan..Jenis aku yang tak pandai nk menegur orang lain..Terutamanya Perempuan..Biasalah..aku ni pemalu sikit..kui3..


Aku masa tu beli barang sikit kt kedai..Dia nampak aku masa aku tgh baca surat khabar secara senyap2..errr..xper..tokey kedai tuu kenal aku..lalala~..dia tegur..


Dia~miee..wat apa sini..
Mie~laa..tgh bersiar2 ni..ahaha!..xderla beli brg sikit..nape awk lehh ada sini..beli brg gakk ekk..
Dia~xderla..beli top up kt 7E..Sy On d way nk ke T'ganu..singgah jap..Mie sihat ke??
Mie~sihat jer..Wat apa gi t'ganu?cuti2 ke?huhuh..
Dia~tak la..pergi rumah sedara sane..Sedara sakit...
Mie~oo..mcm tuu..Awk cm mane skrg..berisi sikit ekk..ahaha
Dia~iskk..comel apa..ahaha.sy mcm ni jer..xder perubahan sgt..hurmm..mie pakai no lama lg ke?
Mie~(awak mmg comel)..a'ahh..mie still pakai no lama lg..dh 6 thn pakai no ni..Awk xingat ke..Kita sama2 beli no ni...errr..
Dia~ingat..mie dh berubah sikit..senyum pun masih sama...
Mie~mie sama macam dlu..org lain mungkin berubah tp mie mungkin tidak...


Tiba2..ayah dia dtg...


Ayah dia~mie..lama xnmpk..sihat ke?
Mie~Sihat je uncle..uncle sihat??
Ayah dia~alhamdulillah mie...(dia ckp kt anak dia nk bertolak dh.)
Aku salam dgn ayah dia...
Dia~nnt sy msg mie...ok?
Mie~ok..Salam...


Aku dulu dengan dia mmg rapat sgt2..rumah dia aku lehh masuk tanpa Bantahan lgsg dr keluarga dia..aku rapat dgn keluarga dia...Leh katakan ahli keluarga dia kenal aku..Aku mmg suke dgn diaorg semua..tapi apa yg kita rancang xsemestinya akan berlaku..


Dalam masa berapa minit je dia bertolak..Hp aku terus berbunyi..Kami bermsg seperti seorang kawan..Sehingga saat aku tulis blog ni masih bermsg..Dalam 1 hari ni dia byk cerita pblm dia dari selepas perpisahan kami dulu sehinnga sekarang..Ayat dia seperti menyesal..


Aku cakap kt dia..Apa yg berlalu biar berlalu..tak salah fikirkan balik sbb itu lehh jadikan pengajaran...yang penting Segala kepedihan mu biarkan berlalu...mulakan yg baru...ok??..Dia ada gak tanya apa berlaku setelah   lama tak jumpa..Kalau aku cerita..mesti nangis dia ni..ahaha~aku cakap kt dia...Biarlah rahsia..Kerana terlalu banyak keperitan..



Saturday, January 22, 2011

Cinta dan Manusia...

Cinta...Kata orang cinta itu buta..
tapi aku tidak paham kenapa cinta itu dikatakan buta..
kalau benar cinta itu buta...
Perlukah cinta itu melihat?..dan kalau cinta  itu melihat..perlukah cinta dibutakan...


Cinta dengan manusia amatlah akrab...
macam isi dengan kuku..jem dengan roti??mugkin juga..
Atau pun ibarat kacang lupakan kulit??
yaa..cinta memang kadang kadang ibarat lupakan kulit...
musuh dalam selimut.gunting dalam lipatan..


Cinta datang dengan penuh kejutan..
Kadang Kadang cinta datang tanpa diperlawa..
Cinta kadang kadang baik dalam pentas lakonan..
best actor..or best actress...it just the same...


Cinta kadang kadang sangatlah baik dan sopan..
sangat manis diucap..sangat sukar diramal..
Cinta kadang kadang sahabat sejati..tapi bila cinta ingin mengkhianati..
cinta ibarat kawan tikam belakang...ibarat pagar makan padi..


Berbisakan penangan cinta..
tapi cinta tidak pernah digelar baik...
digelar puji...diberi anugerah kehormatan...


Cinta juga tak pernah marah..
walaupun dipanggil buta..dipanggil hipokrit..
walau apa pun gelaran diberi..cinta tidak pernah marah..


Kenapa??


Sebab banyak benda cinta buat 
tapi tidak ada yang menghargai..
banyak benda yang cinta dustakan tapi manusia..
tidak  pernah dapat menilai..


Cinta..Cinta dah yakin..
semua bukan salah cinta..
bukan silap cinta..
bukan karenah cinta..


Tapi..


Salah manusia..
Kawan cinta..
akrab cinta..kawan baik cinta..


yang mengkhianati.memfitnah cinta..
tapi..cinta tidak pernah marah..
cinta tidak pernah dendam...


Sebab...


Cinta adalah anugerah...
Kenapa perlu mensia-siakan cinta..
dan kenapa cinta perlu sia-siakan hidup manusia..
kerana cinta dan manusia adalah kawan..


"Kawan yang paling bermakna dan bergantung antara satu sama lain" :)



Thursday, January 20, 2011

Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum w.b.t 


Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.



Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W


Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..


Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.


yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23

tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.


Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah

di universiti ini.


Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.


Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah

sepanjang hari.


Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu

perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.


Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit

yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”


Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin

Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.


Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh

kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”


Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!


Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).

Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp

diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”


Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.


Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.


Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..


Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.


Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti

akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.


Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku

tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”


Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang

daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya. 


Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:


“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.


Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”


Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;

“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”


Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.


Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di

situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”


Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan

betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”


Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.

Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.

Mencintainya suatu kemuliaan…


Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”


Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)


p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)


sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…

banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..(*_ *)


Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini. 


Tuesday, January 18, 2011

Saat Terakhir...

Semalam aku cakap pada member aku yg dtg cc.."esok aku buka lambat sikit kedai..esok nk pergi mpk nk perbaharui lesen kedai dan bayar bil telekom..tapi hari ni suasana suram dan mendung takala perginye Atok kepada sepupu aku ke sisi ALLAH...Dalam pukul 1.05 pg rumah aku dikejutkan dengan panggilan sepupu ku mengatakan arwah tengah nazak..kami terus bangun dan mengejutkan saudara yg lain..jarak dari rumah ku tak jauh..hanya beberapa langkah saja..arwah telah menghembuskan nafas terakhir disisi anak anak dan cucunya..


Nampkanya niat aku untuk buka kedai lambat hari ni mmg tercapai tapi lain tujuaan nye..seperti tandanya sesuatu itu..Aku bersyukur pada ALLAH kerana diberikan kesempatan untuk menziarahi saudara terdekat..Pagi2 lagi rumah aku dan sepupu aku dipenuhi dengan tetamu dari jiran2 serta saudara2 yg berdekatan..ada yg dr jauh pun pulang dengan tanpa pikir panjang kerana untuk melihat wajah terakhir arwah sebelum dikebumikan..


Jenazah akan dikebumikan sebelum pukul 12 tgh hari..suasana pilu dah sedih meyelubungi..Bacaan yassin disedekahkan pada arwah..Pasti Suatu hari nanti aku pun akan mengalami keadaan sama..Itulah penghayatan yg aku rasakan masa tu..


Dalam pukul 11.25 pg..semua persiapan telah lengkap..Sudah sampai waktunya untuk menghantar jenzah ke tanah perkuburan..Jenazah diusung kedalam kenderaan terakhir dimuka bumi ini. Di setiap langkah akan disusuli Al-fatihah..Sebanyak 3 langkah dan 3 kali Al-fatihah dibaca..Jenazah dikebumikan bersebelahan kubur arwah atok aku..Melihat Kubur atok membuatkan aku bertambah sedih..Teringat akan detik2 hidupnye dulu..Tak lupa juga arwah sepupu aku ni.Dulu time aku kecik dia selalu bergurau dengan aku...


Begitu pantas masa berlalu..Hanya setahun je perbezaan Arwah atok aku dan arwah sepupu meninggalkan kami semua..Setahun kalau kita tgk kehadapan terasa lambat lagi..Akan tetapi setahun apabila berlalu memang begitu pantas..Masa memang mudah meninggalkan kita apabila kita lalai..


Bacaan Talkin dibacakan oleh Imam..


Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

“kullu nafsin za iqatul maut“
- Setiap yang Bernafas, Pasti akan Mati -



Monday, January 17, 2011

Sakit itu penghapus dosa kecil...





Dari Abdullah r.a katanya : “ aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata “ ya, Rasulullah ! demammu bertambah teruk.” Jawab baginda “ memang demamku sama dengan dua orang kamu.” Kataku pula, “ semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda : “ semoga!” kemudian sabda baginda pula : “ tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah taala dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”


Uhuk..Uhuk..Uhuk...itu cara aku batuk..kui3..dah berhari aku sakit ni..Mula2 dengan datangnye selesema..Selepas itu badan aku panas..dan skrg aku batuk serta pening lak..kalau batuk ni akan mengambil agak lama nk sembuh...tapi aku tetap keje walaupun keadaan badan aku tidak mengizinkan..sebab keje aku pun bukan berat sgt pun kalau nk cuti..lgpun sakit aku tidaklah seberat org lain..begitulah kebiasaan nye aku setkan di otak aku..kalau dulu masa kecik..punyla la liat nk gi sekolah..siap buat2 sakit lg..ades..nape la aku jd cm tu time kecik2..huhuh...


Aku lak jenis malas nk jumpa doc..malas nk ngadap doc tuu..kalau dia bg pun panadol..lebih kurang sama je dgn beli kt kedai..huhuh..kalau dizinkan ALLAH tu sihat..maka sihat la aku ni..Kalau sakit..sakit la aku ni..kita sebagai manusia cuma mencari jalan je cm mane nk sembuhkan..Yg lain terserah padaNYA..lagipun kita banyak petua dari zaman nenek dulu..


PETUA LEGAKAN SAKIT KEPALA


Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta


So sekarang ni aku bertarung la dgn sakit pala ni..nnt balik nk try petua ni..aku ada gak baca blog mbr aku..mbr2 aku pun sakit..isk2..musim sakit ke apa..ke dia yg memberi virus ni... huhu..jgn marah..sebelum tu apa kata kita baca doa untuk sembuh dr penyakit...


Letakkan tangan kanan di tempat yang sakit dan berdoa dengan penuh keyakinan bahwa Allah SWT akan sembuhkan penyakit :

بِسْمِ اللهِ dibaca 3x

اَعُوْذُ بِاللهِ وَ قُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا اَجِدُ وَ اُحَاذِرُ dibaca 7 x

Bismillah (3x) A’udzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadzir (7x)

Artinya :

Dengan nama Allah. Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan sesuatu yang aku dapatkan dan khawatirkan. Amin...

Kawan je la..

15 januari


Aku seperti biasa dengan hari2 yg lain..aku keje pun seperti biasa tapi cuma byk sikit nk wat..nk kena format pc..dh byk virus pastu ada la file yg penting hilang..adess..tapi aku bukan seorang penternak virus...nk je aku campak pc ni..aku dh suggest nk beli server tp cam mahal je..hehe..klu ade server sng skit..tapi zam cakap server ni kena ade org tgk..klu tak nnt semua pc rosak..1 masalah gak tu.isk2..


seperti biasa aku akan duk di kaunter..tgk budak main game,facebook..jgn layan porn dh...nnt aku cas lebih..ahaha..dalam masa aku keje tu.tiba2 dtgla satu sms..tidak bernama..no pun xkenal..
"salam mie, mie kt mane ni?keje ke?aku balas sbb dia tau nama aku..
"w'salam..ni sapa?"
"ni Dot Dot...
"aik..nape tiba2 sms mie..bkn ke xnk bgtau mie no baru??
"sori..Dot Dot kt ktn ni..ingat nk jumpa jap...leh x?
"nape nk jumpa?bkn ke dh xnk jumpa ke..??masa tukar no dlu nape xingat kt mie??
"ala..sori..ade sbb nye..
"maafla..mie tgh keje..sibuk la..
"hurmm...


Aku dh xbalas msg dia..biarlah dia..biar aku keje..dpt duit..kalau dlu aku sanggup ponteng keje sbb nk jumpe dia..skrg xder dh..bila dh tak dihargai..aku akan ingat sampai bila2..tak lama kemudian dia sms lg..ckp nk balik dh..aku xbalas..biarla ko dgn sapa2 pn..aku dh xkisah..aku suke hidup aku mcm ni..biar pun org tanya nape mie ko xcari awek lain..aku jwb je..aku suke berkawan je skrg ni...biar pun berkawan dgn bdk 12 thun pun xper..ahaha..janji hidup aku xsshkan org lain..family aku lg penting...kan2??


Kamu kembali seperti yang aku jangka.
bertanya kabar dan selitan ayat-ayat cinta.
kamu mahu buktikan kamu tetap setia.

Kononnya.

Tapi kamu curang pada kekasih barumu.
mahu aku beritahu?
Aku sakit benar kamu buat begitu padaku dulu.
Mahu bercinta tapi ragu-ragu.

Kamu.
Jangan kamu mainkan kekasihmu itu.
Boleh?
Dia juga ada hati.
seperti aku!

Tolong berlalu pergi. Cinta palsumu mudah aku sapu seperti angin lalu.



Biarlah aku berkawan biarpun sejuta..kerana sebelum ni kawan2 yg banyak membantu aku..tanpa diorang aku tak pergi tmpt yg jauh..apa2 diorg yg penting selain family aku...Terima kasih pada mereka berdua..Aku sentiasa doakan mereka..amin..



Friday, January 7, 2011

Jika Kamu atau Pernahkah kamu?

Masa berlalu memang pantas apatah lagi apabila kita tidak pernah memikirkan pasal masa...Dan dalam masa yang sama membuatkan aku terkenang kenangkan masa lalu..ada yang indah dan ada juga yang begitu perit untuk aku luahkan..Setiap apa yang berlaku pada masa lalu adalah sebagai menjadi satu pengalaman bagi aku dan sesiapa sahaja. Pada yang lemah pada masa lalu akan menjadi lebih kuat pada masa sekarang dan akan sentiasa berwaspada apabila menghadapi sesuatu perkara dalam situasi yang sama.


Jika kamu bersama orang yang tersayang..Pernahkah kamu dimarahi, disindir atau direndahkan sama ada dalam masa yang panjang atau singkat. Tetapi sedikit pun kamu tidak menunjukkan sikap yang ingin memarahi kembali atau membalas kembali apa yang dilakukan oleh orang yang kamu sayang itu.Dan kamu hanya tersenyum dan meminta maaf walaupun itu bukan kesalahan kamu.Kerana bagi kamu memaafkan adalah satu dari sikap kamu..Pernahkah kamu?


Jika kamu bersama orang yang tersayang..Pernahkah kamu ditinggalkan olehnya hanya kerana kamu tidak sependapat.Kamu dibiarkan begitu dan mata-mata disitu melihat kamu bagaikan kamu yang bersalah.Dan kamu hanya terdiam dan mengejar kembali dia walaupun dia tidak pedulikan panggilan kamu..Pernahkah kamu?


Jika kamu bersama orang tersayang.Pernahkah kamu mendapat panggilan dari kawan kamu yang mengajak kamu bermain futsal atau sebagainya tetapi waktu yang kamu janjikan bermain itu selepas kamu abis keluar dengan dia.Dan dia begitu ego dan tidak membenarkan kamu pergi walaupun sebenarnya waktu itu kamu sememangnya tidak bersama dengan dia.Pernahkah kamu?


Jika kamu bersama orang tersayang.Pernahkah kamu mengalami situasi dimana hari kamu ingin menghantar dia ke terminal bas dan minit- minit terakhir sebelum dia menaiki bas.Si dia tiba-tiba memarahi kamu..merajuk tidak tentu pasal dan menyuruh kamu balik tanpa melihat dia kali terakhir meninggalkan kamu.Tetapi kamu seperti tidak dengar apa yang dia kata dan menunggu dia pergi meninggalkan kamu walaupun dia marahkan kamu.Dan akhirnya dia menangis,meminta ciuman terakhir dari kamu sebagai izin bahawa dia akan pergi.Pernahkah kamu?


P/s~Disaat kamu menyintai seseorang adalah secara sendirinya kamu tidak akan cuba sakitkan hati dia walaupun sedikit.Dan jika kamu pernah menyakitkan hati Si dia. Ini kerana ego kamu.



Tuesday, January 4, 2011

Kedai ke??

Eerrmmm...pala aku duk fikir apa menda aku nk cite pada pembaca blog aku kali ini...Bila dh masuk thn baru ni..aku jadi cam xder menda nk citekan..mungkin aku skrg ni berada dalam keadaan aman jer...tak ade dugaan yg begitu memeritkan seperti tahun lepas..tdo pun dh lena..cuma kdg2 je..sakit tak lehhh tdo.eheheh...


Aku sekarang suke dengan keje aku..walaupun gaji tak la begitu tinggi tapi yg penting aku suke..Leh katakan ini keje yg aku impikan..Aku juga berharap plan kwn aku tu jadi..kalau jd la..mungkin pengalaman yg aku ade ini akan aku gunakan untuk bantu dia..secara tak lgsg dpt la bantu aku juga..kan kan?heheh...skrg ni aku asyik online jer..duk dpn pc..kalau ade org nk print..aku gerak lak sikit..kalau byk gerak pun time buka kedai pagi2 je..kena sapu sampah...tp yg xbest sbb kedai ni pakai karpet..ssh nk bersih sikit..sbb pasir yg bdk2 selalu wat masuk..alih2 kotor balikk...mcm xder makna bersih pg2..tp xper..itu dh tugas aku..aku kena sapu juga..yelakan kalau xsapu nnt tambah2 kotor kedai aku ni..xder lak bdk nk masuk...hehe..


Mesti ade org tertanya apa kedai yg aku maksudkan ni..?Kedai yang aku maksudkan ini adalah cyber cafe yang menawarkan kemudahan internet..termasuklah print,scan dan lain lain..Rm2 je sejam..kalau nk print tu lain2 harga dia..kalau hitam putih rm0.30 jer 1 keping..kalau warna lakk bergantung berapa banyak warna pada kertas itu..kalau penuh mugkin cecah rm2,kalau sikit je..rm0.50..scan pulak rm0.50 je sekali scan..insyaALLAH...kalau byk nk print tuu..akan dapat diskaun..


Keistimewaan cybercafe ini ialah dimana kalau customer menggunakan perkhidmatan internet dan jika melebihi rm3..kamu akan dapat 1 cop dari kami..Bila dah penuh cop itu..kamu akan dapat percuma 1 jam..hehe...biasa je ni..wat tarikan sikit..heheh..



Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru

Bila merujuk pada tajuk kat atas ni memberi banyak makna dan sebab bg setiap org..Tapi bg aku hanyalah perkara biasa yang akan dilalui oleh tiap2 manusia dimuka bumi ni..Bg setengah org..Tahun baru mungkin permulaan pada tiap perkara yang baru..Ada juga setengah orang Tahun baru adalah satu perkara yang begitu menyeronokkan..Setengah org ke??Tapi kalau tgk kt tv..tiap2 bandar utama di dunia pasti akan penuh dengan manusia yang sedang menunggu detik pukul 12 dan bunga api akan menerangi malam..Memang cantik tapi hanya seketika sahaja...


Kalau di imbas balik pada tahun2 sebelumnya..Perkara yang hampir sama juga berlaku pada tiap2 detik menunggu malam tahun baru..tapi kita lupa yang banyak perkara juga kita rugi pada tahun sebelumnya...Dan aku salah seorang darinya..Lupa apa yang kita lakukan pada tahun lepas..Jarang kita dengar ada orang akan menangis apabila tahun baru tiba...Menyesal atas kesilapan yang kita lakukan pada tahun sebelumnya..Jika kamu pernah dengar..Alangkah bertuahnya siapa yang mengenalinya..Sedikit sebanyak akan memberi kita satu pengajaran...


Pada kawan2 aku yang banyak menghadapi dugaan dan cabaran hidup Pada tahun lepas dan pada tahun baru ini kamu semua akan lebih matang dalam menghadapi cabaran pada tahun baru ini...Dan tak lupa pada yang pernah membantu aku..Aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga..InsyaALLAH aku akan balas suatu hari nanti..Begitu pula pada yang pernah menyakitkan hati aku dan pernah menyakitkan hati kamu..Aku maafkan dan meminta maaf..ini kerana aku hanya insan biasa yang tiap tahunnya usia meningkat..


~Di harap pada tahun 2011 ini aku akan menjadi seorang insan yang lebh baik dari pada tahun sebelumnya..Amin~