Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Thursday, November 18, 2010

Dia dan Aku..

Dia


Cantiknya wajah mu bila aku merenung mu seperti bidadari..Tiada Cacat celanya..Itulah Kurniaan ALLAH swt...Tidak puas aku memandang mu...Berdegup laju hati aku..Adakah itu Cinta..Cinta yang membuatkan seseorang itu mampu melakukan apa saja demi yang tercinta..


Aku


Tiada apa yang istimewa..Hanya insan biasa yang tidak punya rupa..Jika melihat aku pasti sesiapa akan berpaling...Banyak cacat celanya...Tapi dia pernah berkata pada aku "awak jangan risau..saya tetap sayang awak..Aku bersyukur atas pertemuan ini..Terima kasih Kepada Mu Sang Maha Pencipta..


Dia


Kata-katanya sentiasa mempunyai erti dan kasih sayang kepada sesiapa yang dia bercakap..Kata-katanya seperti Kata-kata seorang pemimpin..Kata-katanya akan membuatkan orang tunduk dan dengar dengan telitinya...


Aku


Kata-kata aku sentiasa kosong..Tiada erti langsung..Hanya penuh dengan kata-kata yang membuatkan orang ingin menutup telinga..Tapi Dia sentiasa senyum dan ketawa bila aku berkata-kata..Pasti dia akan kata pada aku"awak cakap la lagi..saya nak dengar suara awak"..


Dia


Jika dia berjalan dengan aku..Hanya aku saje dia akan lihat..Tidak matanya melarat kemana mana...Dia akan bagi tumpuan pada aku..Hanya aku saje dia lihat sebagai panduan perjalanan..


Aku


Jika aku berjalan dengan dia..Mata aku melarat melihat gelagat orang lain..Mata aku seperti terkeluar bila nampak yang seksi meksi..isk2..Tapi dia akan berkata pada aku "awak..awak lihat sapa tu..jika awak nampak yang lebih baik dari saya..awak bagitahu yer.."


Dia


Seperti matahari yang sentiasa memberi pertolongan pada yang memerlukan..Dia tidak memerlukan keizinan untuk menolong orang lain.Tanpa perlu disuruh dia akan membantu..Itulah dia yang aku kenal..Penuh dengan kebaikan..


Aku


Seperti bumi yang ketandusan.. Sentiasa memerlukan perhatiaan.. Aku sentiasa meminta bantuan orang lain..Jika ada yang meminta bantuan dari aku. Aku sentiasa memberi banyak alasan..Tapi dia si matahari akan berkata pada aku "Jangan risau awak..Saya akan sentiasa tolong awak..Walaupun saya kehabisan tenaga saya"


Sekarang..Dia sudah tiada disisi aku..Tidak kelihatan lagi bayangannya..Tidak kedengaran lagi suaranya.. Aku rindu pada dia..Kenapa aku tidak seperti dia semasa dia ada..Kenapa aku tidak hargai dia..Kenapa aku melihat orang lain dari dia..kenapa aku...kenapa aku seperti seorang manusia yang penuh dengan sifat ego..Kini dia sudah pergi meninggalkan aku..Pergi untuk selamanya..

Tuesday, November 16, 2010

Kisah Dramatik..rugi tak baca...





"abg...tlg dtg umah segera, urgent". 


Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ayu. Tak berjawab.. 
Hakim cemas. Tak pernah Ayu hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut 
hidupkan enjin kereta. 


Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu 
itu. Dia kenal Ayu sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya 
berjiran 
dengan keluarga Ayu. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main 
masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi 
bapak 
kerana Ayu mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa


bermain dengan Ayu waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak 
jugak Ayu main askar-askar tapi Ayu cakap budak pompuan mana boleh main 
permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ayu, lembut, 
penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan. 


Bila masuk sekolahpun, dia dan Ayu berbasikal sama-sama ke sekolah. 
Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' 
dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada 
meninggalkan Ayu kayuh basikal sorang-sorang. 


Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the 
gang' yang mengganggu Ayu masa darjah tiga... Waktu darjah 4, bila dia 
mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat 
kpd Ayu "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula 
Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan 
tajam Mak Ropiah ibunya Ayu
yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku 
sekolah Ayu. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya 
dia 
terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak 
tahu, 
kalau tidak naya. 


Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi 
fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ayu tadi. Sudah hampir 15 kali 
dia cuba hubungi telefon Ayu tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau 
kala 
itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. 


Dia risau kerana Ayu tinggal seorang diri. Rakan serumah Ayu, si Baizura 
sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ayu kerja shift pagi tadi, Baizura 
kerja 
shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab. 


Dia risau takut-takut rumah Ayu dimasuki penyamun yang memang 
menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan 
perumahan Ayu dimasuki perompak.. Dia berdoa jika rumah Ayu dimasuki


perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah 
barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ayu tidak diapa-apakan. Dia 
berdoa 
sungguh-sungguh. 


Dia bercinta dengan Ayu sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu 
baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka 
masih 
bercinta. Kasihnya pada Ayu dah macam Gunung Everest, tak 
tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya 
akan masuk meminang Ayu. Ayu akan menjadi surinya yang sah dan dia tak 
mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu. 


Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ayu. Sebaik berhenti 
di depan rumah Ayu Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar 
rendah rumah Ayu. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ayu, Ayu". Dia pulas 
tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu 
bilik Ayu.. Dia dengar esakan Ayu. Ayu
menangis. Hakim makin cemas. Dia 
ketuk lagi pintu bilik Ayu sambil panggil nama Ayu. Hakim tak boleh 
bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ayu. Juga tak berkunci. Dia 
masuk bilik Ayu, dia tengok Ayu teresak-esak atas katil. Rambut Ayu 
kusut 
masai, Ayu tekup muka sambil menangis. 


"Ayu, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ayu. Ayu masih dalam 
sendu. "hu...hu..." 


" Ayu, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi" 


"Hu..hu" 


Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar 
dari mulut Ayu. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan 
keluar dari mulut Ayu. 


Hakim goncang bahu Ayu. "Ayu, what hell is going on...tell me!!" Suara 
Hakim kuat kali ini. 


Ayu berenti menangis, Ayu tatap wajah Hakim, Ayu renung mata Hakim. 


"Bang, Ayu lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi." 


$&^%#%t*&&**()()_)(&*



Erti korban





Aidil Adha menjelma lagi.. Dan ada di antara ayah kepada saudara aku pergi menunaikan haji di tanah suci mekah. Tapi yang paling menyedihkan di mana ibunya sakit terlantar di hospital..Harap dia dapat mengharungi segala dugaan yang telah ALLAH berikan..


“Erti korban itu terlalu besar untuk diungkap. Ia tidak hanya menjatuhkan seekor lembu dan kambing saja sebaliknya ibadat itu datang dalam pelbagai rupa dan bentuk. Apa saja yang termampu kita harus korbankan bagi membantu sesiapa yang menangis mengharap bantuan. Umpamanya menderma untuk saudara saudara islam kita yang tidak seberapa banyak mungkin bantuan untuk meringankan beban saudara kita yang kini sengsara dilanda banjir di utara Semenanjung. 


“Indahnya ibadat ini tersembunyi satu cerita dan sejarah yang jauh lebih bermakna di sebaliknya. Jika diamati dengan jujur dan ikhlas, boleh menitis air mata mengenangkan ketaatan para Nabi terhadap Allah. Justeru, setiap kali bersembang soal korban ini, saya mudah tersentuh dan cepat mengingatkan semula pengorbanan yang pernah saya lakukan setakat ini. "ni aku tambah jer skit..ehehe"


Akhir kata.. Korban itu ada banyak cara... heheh

Monday, November 15, 2010

Aku dan kamu...



Seperti biasa. Aku menungguimu di atas batas waktu. Saat kakimu mulai letih dan tanganmu kian rapuh. Kau kembali menemuiku. Memelukku dalam bayangan aku.
Lalu aku menatapmu. Dekat sekali. Menembus tiap renungan  di balik retinamu. Ada banyak keresahan dan juga ketakutan lalu kau menangis yang mungkin  ku sedari tadi siang kau tahan.
Aku tak mau dunia ketawa pada aku atas ketidakupayaan aku. Selalu, Aku mengerti, sangat mengerti. Dan aku akan selalu menunggumu.

Dulu kita sering menjelajah malam untuk sekadar menatap bintang atau aku mengusik kamu dengan tawa. Seringkali pula kamu berkomentar mengenai hal-hal sederhana dan mengolahnya menjadi begitu rumit. Bila aku "comment" maka kamu akan ketawa dan mengatakan bahwa aku masih terlalu budak untuk mengerti. Saat itu pasti aku akan merungut. Manja. Lalu kamu akan memetik bintang agar aku kembali tersenyum.
Tapi itu dulu. Dulu sebelum kamu mengenal mentari. Sebelum kamu pun mulai menyedari pesonanya.
Saat ini kamu cuma sibuk mengagumi senyumnya dan lupa dengan sunyi yang senantiasa menemanimu, yang memang tak lebih menarik dari mentarimu itu.

 Tapi aku masih di sini, tak pernah beranjak sedikitpun. Selalu menunggu mu. Aku masih setia menunggu mu walau dalam ketidakpastian.
Aku ingat. Pagi-pagi sekali kau telah terjaga, lalu bergegas menyapa mentarimu dan kembali saat dia benar-benar menghilang dalam kegelapan. Aku tak ingin melewatkan saat-saat senyumnya merekah, ujarmu. Gembira. Tak peduli sama sekali akan kerinduan  di mataku.
Tiap kata yang meluncur dari bibirmu cuma tentang dia. Tentang mentari yang senantiasa tersenyum padamu, walau terkadang teriknya menyengat kulitmu. Tentang mentari dan sejuta pesonanya. Bahkan tak ada lagi cerita-cerita tentang kegagahan mu saat menentang dunia seperti sebelumnya. Semua tentang dia. Cuma tentang dia. Kalau boleh jujur, aku muak dengan semua itu. Tapi aku juga tak pernah berniat merampas senyum itu dari wajahmu. Lagi-lagi aku cuma diam membisu.

Dan aku masih tetap di sini. Setia menunggu mu. Seperti malam ini,
“Aku penat, mie,” keluhmu. Perlahan. Hampir tak bersuara. Dalam samar aku menangkap linangan air mata yang menggenang. Bibirmu bergetar.
“Aku penat. Semakin aku dekat dengannya, semakin aku tak mengenalnya. Dia terasa kian jauh,” keluhmu. Lagi. kelihatan kian pekat air mata di matamu.
Jangan menemuinya lagi. Jangan! Pintaku.
 Tapi kau tak mendengarnya kerana memang tak pernah dapat terucapkan olehku. Aku cuma diam. Turut melayan pilumu juga piluku yang bercampur dengan rindu. Kau merindukan mentarimu, sedang aku merindukan senyummu. Ah, betapa tidak adilnya dunia ini.

“ Apa aku tak bererti baginya? Aku tahu dia itu mentari yang harus berbagi hangat dengan setiap makhluk, tapi…”
Kau tergagap. Cuma air mata yang berbicara.Ah, sungguh aku tak tahan melihat sendu itu. Aku meraih wajahmu dan mengelusnya. Lembut. Kau menoleh sejenak. Lalu kau kembali  dalam resahmu.
“ Aku sangat mencintainya, mie. Sangat. Bahkan bila orang lain merampas kasihnya dariku. Aku akan tetap mencintainya.”
“ Lalu, mengapa tak kau cakap yang kau cintakan dia?”
Aku terkejut. Entah dari mana kata-kata itu berasal. Kau menatapku. Bingung. Sama bingungnya denganku. Ah, aku tak boleh berkata apa-apa lagi. Tak boleh!!
“ Maksudmu?”
“ Mengapa kau masih berdiam saja dan menangisi cintamu. come on…cakapla pada dia itu.” Sedikit pun tak ada keraguan dalam kata kata aku itu. Aku benar-benar tak percaya. Semua meluncur seperti air.
“ Selama esok masih ada, maka kau masih punya kesempatan kerana mentarimu akan selalu hadir.” Tuhan, tolong hentikan kata-kataku ini, suara hatiku. Aku meraba hatiku. Ada luka di sana. Pedih.
“ Walau kadang kadang cerah tak selalu ada, tapi yakin saja mentarimu akan tetap ada. Kau cuma harus berusaha sedikit lagi.”
Kau mengangguk.

Dan ajaib sekali, mendung itu segera lenyap dari wajahmu.
“ Kamu benar, mie,” ucapmu. Bersemangat. “ Terima kasih, mie. Kamu memang sahabat terbaikku.”
Aku balas tersenyum padamu.
Kau memandang ke langit, lalu menatap langit-langit seolah-olah mentarimu ada di sana.
Dan aku kembali sebagai sepi. Mencintaimu dalam hatiku. Aku benar-benar tak mengerti. Aku tahu kalau kau sangat mencintainya, dan aku dengan bodohnya masih saja menunggumu dalam diamku.
Dan Aku akan tetap di sini, menantimu dalam kebisuan, entah sampai bila. Aku juga tak tahu. Kerana aku cuma sepi yang mencintaimu dalam diam.

~Tatapan tentang sesorang yang pernah hadir dalam hidup aku..
Inilah Kebodohan aku... huk3..

Kisah Tentang Hujan



Ada sebuah kisah. Tentang seorang perempuan yang begitu setia pada hujan. Menganggap bahwa hujan adalah kekasihnya. Setiap musim penghujan, kekasihnya selalu mendatanginya, dan dia menari dibawah hujan, kekasihnya. Hujan tak pernah datang tepat waktu. Dia hanya datang manakala dia suka. Dia hanya akan datang manakala bumi memerlukannya. Tapi bagi perempuan itu, hujan adalah nafasnya. Entah bagaimana dia tidak boleh hidup tanpa bernafas.
Sudah dua purnama berganti, tapi hujan belum juga datang. Hujan tak pernah berjanji akan datang. Tetapi hujan hanya akan datang manakala dia suka. Dan perempuan itu menanti disebuah lapangan luas. Menanti hujan, kekasihnya. Dia begitu rindu menari dibawahnya, berlari dibawahnya dan tersenyum dibawahnya. Bumi telah mengering, tapi hujan tak kunjung datang. Dan perempuan itu masih menanti dilapangan luas yang mulai mengering, tapi hujan belum juga datang.
Hujan tak pernah peduli, apakah perempuan itu akan mengering bersama rumput atau tidak. Hujan tak pernah peduli, meski cinta perempuan itu lebih besar daripada rasa sakit yang dideritanya akibat merindu pada sentuhan hujan, kekasihnya.
Lima purnama berlalu, dan hujan masih dengan angkuhnya menanti dibalik awan. Tak peduli, walaupun perempuan itu mulai mengering. Hujan tau, bahwa masih ada perempuan-perempuan lain yang mencinta dirinya, mencinta hujan. Dan kepada merekalah dia memberikan sejuk airnya. Kepada perempuan-perempuan yang tengah menari riang dibawah sejuk airnya. Dan hujan tersenyum manis pada mereka.
Dilapangan luas yang mulai mengering akibat hujan yang tak kunjung datang, perempuan itu mulai terbaring. Merayu, mengering. Terbaring lemah bersama rumput yang mengering dan menguning. Dia akhirnya sedar, cintanya yang begitu besar ternyata tak berbalas. Bahkan diakhir deritanya, hujan tak juga turun menemuinya. Tapi dia tetap berbaring disana, dilapangan luas ditemani rumput yang menguning dan mengering. Dengan air mata yang mengering dan berbekas hitam di kedua pipinya.
Hujan, dengan segala keangkuhannya melihat lapangan luas yang mulai mengering itu. Dan melihat sebentuk tubuh yang terbaring diantara keringnya rumput dengan bekas airmata yang menghitam dikedua pipinya. Perempuan yang mengakhiri penderitaannya bersama kekeringan, tanpa hujan.
Belum pernah ada yang memuja hujan seperti perempuan itu mempersembahkan seluruh cinta dan hidupnya kepada hujan. Perempuan itu tak seperti perempuan lain, yang menanti hujan hanya kerana ingin menari dibawahnya. Yang akan segera berlalu walaupun hujan masih menuruni bumi. Tidak seperti perempuan itu. Dia selalu menemani hujan hingga hujan menyelesaikan tugasnya. Dan membiarkan tubuhnya mengering bersama angin yang tertinggal ketika hujan pergi. Dan terus menanti walaupun hujan tak kunjung datang.
Tapi kini, perempuan itu berada pada hujung takdirnya yang telah ditentukannya sendiri. Mengering, hingga sang waktu menamatkan cerita hidupnya dan cintanya pada hujan yang dibawanya hingga dihujung kematian. Disisa tenaganya, perempuan itu masih menatap langit. Melihat awan hitam yang  berat dan padat. Menunggu untuk mencurahkan bebannya . Hujan, kekasihnya yang dirinduinya. Dia tersenyum, akhirnya hujan datang menemuinya. Walaupun itu adalah hujan yang dapat dia nikmati untuk terakhir kalinya.
Hujan berada pada hujung penyesalannya. Hujan menangis. Tak pernah hujan datang diatas lapangan itu seperti ini. Murka. Menangis, meraung, meratap. Menyesali semua yang telah terlambat. Tak akan ada lagi yang memuja hujan seperti perempuan itu memuja kekasihnya. Meski petir dan kilat menyambar, mencuba membangunkan perempuan itu dari tidur lelapnya, tetap tak boleh. Perempuan itu telah masuk pada akhir takdirnya. Pada tidur panjang, dengan senyum, kerana akhirnya hujan datang, walaupuni diakhir hidupnya. Dan segala penyesalan selalu datang diakhir cerita, selalu terlambat.
Untuk terakhir kalinya, sebelum perempuan itu diangkat ke angkasa, untuk menemui Penciptanya, dia sempat untuk mendekati hujan yang masih meratapi takdirnya. Perempuan itu tersenyum pada hujan, Dengan berkata, "Mencintaimu adalah seperti menghela nafas, bagaimana aku dapat berhenti?"
Moral~ Jangan Anda Lambat untuk mendapatkan Sesorang..Jangan terlalu Angkuh pada kelebihan yang ada pada diri anda..Kerana kelebihan itu yang dapat membahagiakan sesorang dan mungkin dapat menolongnya...