Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Thursday, December 2, 2010

Takdir Mereka....

Berdegup pantas hati aku..Terketar ketar jari jemari aku dan terbeliak mata aku takala membaca berita yang amat menyedihkan...terkejutnya aku mendapat berita itu seperti orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku..Apa yang tidak terlintas di fikiran dan bayangan aku tetapi berlaku pada mereka yang aku gelar kekasih bahagia...Selama ini aku memerhati mereka gelak,bergurau senda sehinggakan mengalir air mata kegembiraan...Dan aku sendiri menjadi sebahagian dari mereka...Sebahagian dalam perjalanan percintaan mereka..

Sabar dan tabah sahaja aku dapat ucap pada mereka..Aku tahu mereka kuat untuk mengharungi saat begitu getir ini..Apa yang telah ALLAH uji pada hambaNYA mesti sama dengan kemampuan manusia itu.Bab kata orang "Kita mampu merancang sahaja tapi ALLAH yang menentukan"Apa yang kita harus lakukan adalah hidup seperti biasa..mungkin kita akan merasa kesunyian..mungkin kita akan rasa keperitan tapi sabarlah wahai sahabat aku..Masa yang dapat melupakan perkara yang lalu..Mungkin hanya tinggal kenangan antara kamu..Gunakan lah kenangan itu untuk menguatkan semangat kamu..

"Hari ini saya belanja Abg dengan mie makan ok?" Mungkin itulah saat terakhir aku melihat mereka bersama..Kita orang secara kebetulan memakai baju berwarna biru..Masing masing senyum jer..Kalau selepas ini mungkin perasaannya tidak sama seperti sebelumnya..Sejak akhir akhir ini aku begitu sensitif bab macam ini..tak tahu la kenapa..sedih betul..


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” (Hadis riwayat Thobrani)

Pada sahabat aku..Sabarlah dalam hadapi dugaan ini..

Saturday, November 27, 2010

Kita insan biasa







Aku kembali pada keadaan asal semula..aku sendiri lagi..Aku fikirkan aku bukan di antara insan yang tidak mudah di ketepikan..Nampaknya jangkaan aku silap..Apakah kesalahan aku..Layanan dia seperti seorang yang dahagakan cinta tapi aku silap lagi..Mudahnya aku membuat kesimpulan tentang dia..Dia yang aku anggap penuh kebaikan..Aku fikirkan hanya lelaki sahaja yang mampu menipu berkali kali..tapi aku silap lagi..ahhhh..Bodohnya aku...Tapi aku mempunyai kawan yang sejati..Kawan yang sentiasa memberi kata-kata yang membangkitkan semangat..Sebenarnya aku dah lama sedar yang kawan kawan begitu penting tapi kerana ego aku tidak mengakuinya...






Jika semalam aku jatuh dan terasa begitu sakit dan luka itu begitu memeritkan..Tapi Hari ini aku bangun semula tanpa luka semalam..Walaupun bukan sembuh sepenuhnya tapi aku bersyukur yang aku mampu jadi lebih baik dari semalam..Tapi aku juga takut yang luka itu berdarah kembali..Aku harap tidak..Ya ALLAH..kau aminkan lah doa yang aku selalu pinta dari MU...Temukan aku insan yang lebih baik dan yang mampu membantu aku semasa keadaan sukar..Aku faham kenapa KAU sentiasa menemukan insan yang salah dulu...


Aku sentiasa berkenalan dengan insan yang aku anggap baik tapi hakikatnya tidak..Dalam 10 yang aku kenal hanya 3 jer yang baik..bukan nya aku jenis yang memilih tapi sapa yang tidak mahu memiliki insan yang baik..walaupun aku sendiri tidaklah antara yang terbaik..Disebabkan aku mempunyai prinsip yang aku ingin berkawan dahulu membuatkan aku dapat mengenali seseorang itu dengan jelas...Kalau dulu aku mudah membina perhubungan dalam masa sehari sahaja..Bila dah terluka baru sedar atas kesilapan sendiri..


Sekarang aku berubah kepada berwaspada dahulu..Jenis aku..aku dapat mengenali seseorang itu dalam masa seminggu jer tetapi kadang kadang sehari je dh tauu..Yang diluar nampak seperti seseorang mungkin pijak semut pun tak mati..tapi alangkah terkejutnya takala aku megenalinya...Jalan yang aku sangkakan lurus tapi penuh perangkap yang mungkin mematikan hati aku...Jangan ingat hanya lelaki jer yang mampu membuat perempuan menjadi sesat..tapi perempuan lagi berbisa...Bukan jenis aku ingin membezakan kebaikan lelaki dan perempuan...Tapi pengalaman mengajar erti itu..




Kita Insan Biasa




Andainya dapat kuulang semula
Suatu zaman yang bernama remaja
Akan terpelihara segala milikku
Hanya buatmu...

Lautan mana yang tidak bergelombang
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan
Aku sepertimu ada waktu diburu
Oleh dosa-dosa masa yang lalu...

Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
Dapat dipersembahkan
Menjadi satu lambang sucinya percintaan

Usah lagi kita persoalkan
Keterlanjuran di masa nan silam
Kusedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa...

Cahaya Kasih...




Fikiran aku masih bermain dengan jari jemari aku,
Bermain kerana ingin menghitung hari hari yang berlalu,
Hari hari yang berlalu itu membuatkan aku tidak sedar apa yang berlaku,
Apakah yang berlaku pada waktu dan keadaan yang aku harungi tanpa sedar itu..


Kadang kadang aku tertanya apa yang aku sedang lalui,
Kadang kadang aku tertanya apa yang aku inginkan,
Kadang kadang masa membuatkan kita lupa pada diri,
Kerana diri sendiri yang akan menolong kita nanti..


Di dalam hati aku sentiasa terdetik pada kenangan,
Kenangan yang membuat kita hanyut atau tabah untuk masa hadapan,
Tetapi ada orang lain yang tidak pernah mengambil peduli pada masa hadapan,
Kerana dia insan yang tidak mahu berubah dan aku harap aku bukan antaranya..


Disebalik wajahnya yang terpancar cahaya,
Dan itu cahaya kasih sayang yang sentiasa orang lain inginkan,
Dan aku diantaranya mungkin merebut peluang itu,
Tapi aku tidak sempat menyentuh cahaya kasih sayang itu...


Mungkin di sini sahaja jodoh dan pertemuan kita,
Aku harap aku dapat menemui kembali cahaya itu,
Tapi bukan insan yang sama,
Kerana aku tidak layak untuknya...








Tuesday, November 23, 2010

Memory in Da School...

Assalamualaikum...


Subuh ni aku terjaga kerana hasil dari kejutan mimpi aku..Mimpi aku berkisahkan tentang waktu sekolah dulu..Rindu aku pada kenangan tu..Kenangan yang mungkin akan aku ingat sampai Mati..Bila aku sedar dari mimpi tu..aku terus bangun untuk solat subuh..Sesudah selesai Solat, aku ingat nk tdo balik tapi otak aku duk imbas kembali kenangan masa sekolah..Aku amik keputusan nak scan dan upload foto-foto yang ada masa sekolah dulu..Dah agak lama foto-foto tu berselimutkan habuk dan sawang di dalam kotak kenangan abadi aku...Bila imbas balik detik itu..aku akan ketawa keseorangan..hah! mmg aku rindu pada masa dulu..Jika aku punya kuasa untuk kembali pasti aku tanpa pikir dua kali untuk kembali..Waktu yang mengajar bagaimana hendak hidup dalam dunia ini..Pada masa itu la waktu dimana kita harus memilih kerjaya kita dan hala hidup kita...


Kalau aku jumpa balik saki baki kawan kawan aku kt sini..Pasti aku akan ingat secara auto tanpa perlu di tunggu proses nya...Ada sekarang yang sudah kawin..Ada yang sudah tiada dalam dunia ini..Ada yang berjaya dan ada juga yang kurang berjaya..Kalau masa sekolah dulu masing ada gaya tersendiri...rambut,pakaian..pasti ada gaya..ahahaha..aku diantaranya..kalau bab pikat bdk pompuan mmg kurang skit aku..tapi kalau time sekolah mmg byk adik...Biasala,adik angkatkan..ada yang kekal sampai skrg..ada yg senyap jer..ahaha...Kalau bab cinta monyet tuu..jangan cakap ar..mmg banyak..Dari sekolah rendah lg..erkk...gila arr...


Sekolah rendah aku bersekolah di Sekolah kebangsaan permatang badak..Dari Pra sekolah sampai darjah 6..kalau nak ingat balik masa tu agak susah sikit la..biasalah masa kecik2 ni tak brapa ingat sgt..menda nk main jer keje..keje sekolah tak buat sgt..ahaha..tapi yang aku ingat kena cubit sampai mengelupas kulit tu ada...cikgu sampai tarik side burn tu sampai terangkat badan2..nakal aku ni..aku ni masa ni asik sakit jer..kedatangan ke sekolah pun kurang...sian aku kan..ehehe..Pernah satu masa tu..Budak perempuan main lompat getah tuu..Aku apa lagi gi lompat sekali..Last2 getah tu putus..Menangis budak tu.,.aku wat xtauu jer..Lama sikit mak dia dtg..mentang mentang la rumah dia dekat dgn sekolah..mak dia marah2 aku..Aku wat xtauu jer...Cikgu ntah brapa org duk halang mak perempuan tuu..Ala..anak manja katakan..ahahaha...tu antara kenangan masa sekolah rendah..ehehe..Upsr aku tak la bgs sgt..dapat 3A jer...


Sekolah menengah aku sekolah di Smk paya besar..Dari Tingkatan 1 sampai tingkatan 3 jer..Aku ingat lagi masa mula2 nk masuk sekolah tu..Ada kakak pengawas jaga la pintu pagar..Aku, kembar aku dan mak aku jalan macam biasa..Tapi akak pengawas duk cakap..


Pengawas~Ehh! kembar ke dua orang ni...
Mak~a'ahh..Kembar ni...
Pengawas~Ala Comelnya...sambil jerit..
Aku~eerkk...Gila ke akak ni...iskk..


Kalau masa form 1 ni..Orang kata time malu2..Aku masuk kelas 1 Dedikasi..Kembar aku 1 Fikir tak silap aku..Kalau form 1 ni tak banyak gakk aku ingat..cuma time ni aku aktif dalam silat gayung zahir 9..wakil sekolah..menang no 3 jer..huhu..ok la tuu..antara terkuat..akaka..form 2 pun sama..masih aktif dalam silat..dan thn ni aku join kadet polis...Masa tu abg aku yg mengajar budak2 junior..kembar aku pun sama..dia masuk kadet polis..Semua orang kenal aku sebab aku adik pada pengerusi kadet polis dan kembar pulak tuu..iskk..mmg unik kan kembar ni..ahahah...


kalau bab cintan masa sekolah ni memang aku ingat jer...Masa tu form 3..Dia sebelah kelas aku je..Aku kenal dia sebab dia kawan rapat dengan kembar aku..mmg dia seorang yg cantik..ramai minat dia...tapi aku yg paling mencuri hati dia..ayat kena power beb..ahahah...klu time aku tuu..Public phone n phone rumah mmg jd alat jiwang..time tuu hp mana fames lg..nokia 3310 pun kuar thn 2002..masa tu 2001..iskk..kalau kat sekolah aku tak tegur sgt dia..sbb biasalah ramai kaki tengok..balik sekolah  main lambai atau nak naik bas tuu sempat lagi bye2 dia..ahaha..Kita orang selalu stdy sama kt rumah aku...Aku bukan stdy sgt..tapi duk tgk dia..ahaha..Dia terer mate..Aku terer BI..dia yang cakap la..mmg result Bi aku ok skit..ekeke..Tapi kerana dia lah aku kena pukul kt sekolah..Gara2 diaorg cakap aku kacao dia..padahal dia awek aku...Esoknya aku lakk bwk geng aku..mmg silap la pukul aku...belum pukul lg diorg dh lari...tau takot..awek aku xtauu aku kena pukul sbb aku rasa menda kecik je...Aku clash dgn dia pun secara tiba2 tanpa masalah..mungkin dh muak kot..ekeke..biasala cinta monyet..blom masuk beruk lg tuu..ahaks...Pmr aku ok je..xbyk A tp boleh la..Tapi yg penting result aku lg ok dr Ex awek aku dan twin aku..aahhaha..Malu ex awek aku dgn aku..padan muka dia..ahaha


Lencana Sekolah SMKPB









Lagu sekolah

Kesungguhan menuntut ilmu
Harmoni sesama insan
Itu harapan suci, cita menggunung tinggi
Insan yang terpuji

Kecermerlangan pendidikan
Berilmu, Beramal, Berbakti
Rukun Negara kita kemuncak cita jaya
Bergema di angkasa raya

Tiga warna bersatu
Biru teguh berpadu
Merah kea rah maju dan jaya
Kuning taat setia

Kecemerlangan kemajuan
Berilmu, Beramal, Berbakti
Penuh azam dan cita, bersemangat waja
Pendidikan sempurna - 2X







Abis Pmr aku dipindahkan ke Smk sungai isap..Sepatutnya aku dapat sekolah teknik kuantan tapi twin aku pun dapat sekolah teknik muadzam shah..Last2 aku bg la twin aku yg pergi..bajet xckup kata mak dan ayah aku..Aku bakar surat kemasukkan ke sekolah teknik..tak per..aku sekolah biasa ja..huhuh...Kt sekolah ini yang paling banyak memori indah...huhuh..Form 4..aku masuk kelas 4 Bestari..Kelas pertama yang amik subjet Acc,Addmate dan pd..Ni aliran sains sastera kot..tak silap aku lg la..menda dh agak lama..xingat sgt..hehe..Kelas pure sains xder lg time ni sbb sekolah baru...Bila dh jd senior ni mmg best..sbb org mudah kenal..dan diberi banyak tanggungjawab oleh guru..Kelas aku ni tak ramai dalam 10 perempuan 10 lelaki..cukup korem org ckap..ekeke...Aku,kamarul,Akmal dan jeff...ni geng kaki jalan gakk..yg lain gengg sivik..kalau geng aku jalan2..comfirm kelas yg aku lalu semua tgk luar..aahaha..sunyi jd kelas tuu..pastu adala yg tegur.. Hai abg mie..hai abg kamarul dan lain2..ahahah..lawak btl..Aura tu yg penting..erkk..bkn nk poyo..tp tu hakikat..ekeke...


Smk Sungai isap






Kat sekolah sungai isap aku masuk kadet polis dan aku juga la yg handle semua tuu...Alhamdulillah..hasil dr didikan aku kadet polis pada tahun tu berjaya..ada yg wakil pahang..dan tak silap aku baru2 ni wakil malaysia dalam acara menembak..menang pingat emas sukan komanwel..bgs2..bangga aku..mmg sekolah tu antara yang menjadi kenangan pada setiap orang...Aku rasa sampai sini je la ekk..dah malas nk taip..huhuh...w'salam...


5 Bestari dalam kenangan

Saturday, November 20, 2010

Beraya di hospital...

"Mie..jangan lupa esok hantar nasi minyak,ketupat,lemang dan rendang kt hospital" msg yang aku terima dari ayu aku baca setelah siap membelah 2 ekor ayam semperna raya korban..aku korban ayam je kt umah..ehehe.."ok esok mie hantar..tapi rendang tak der kot"...aku membalasnya dengan pantas tanpa segan silunya sedangkan tgn aku tak basuh lagi setelah potong ayam.."Mak long cakap tanya makcik ada tak wat rendang"balasnya ayu"makcik pun tak masak gak..ehehe..mkn je apa yg ada..ish2..gelojoh..ahaha.."lepas tu dia tak balas da..mungkin sibuk menjaga mak nya yang terlantar di hospital...Mak ayu sakit agak teruk..Leher mak dia kena tebuk..wayar masuk ikut hidung..seram aku tgk.ayahnya pulak pergi menunaikan kewajiban di tanah suci mekah.1 Dec baru balik tanah air...aku ni jenis agak phobia kalau tgk org sakit2 kt hospital..terasa bagai aku yang sakit..huhu..ayu sibuk duk perli aku sbb aku takot nak masuk hospital..pernah sekali tu aku tunggu je kt bawah and suruh dia turun amik makanan yang dia kirim..Biarlah dia nk gelak sebab aku tak kisah..dia dalam keadaan begitu pedih..melihat maknya bertarung nyawa..Setiap hari aku akan bertanya keadaan mak dia..keadaan masih sama..


ni ayuu....sweet kan..ahahah...mati aku kalau dia baca ni..
                                                
Yang duduk tu Bawah tu ayah ayu..Yang Duduk atas kerusi mak ayu. gambar raya puasa thn ni...




Pagi raya...aku bangun agak lewat..miahhaha..bangun jer terus mandi..siap je mandi aku mkn nasi minyak yang terhidang kt atas meja..mkn sikit jer..sbb comfirm lepas solat raya ada lagi makanan lain kt atas meja..biasala dah jd tradisi orang berjiran di kampung yang sentiasa bertukar-tukar lauk pauk...Lepas mkn aku pakai bj raya warna marron 5..erkk..maroon je..ehehe...dengan segala tajakan yang biasa aku lakukan aku amik wuduk dan terus ke masjid yang hanya seberang rumah aku jer..jalan kaki jer..banyak sikit pahala..eheheh..Dalam perjalanan ke masjid tuu berjumpa la orang-orang kampung..sambil berjalan sambil bersalaman antara satu sama lain..Duduk kampung memang best..ada suasana macam ni..syok2..Rasa aman je kt hati..Cuaca pun ok..tak hujan macam seblum ni..Sampai jer masjid, aku pergi basuh kaki je kt tempat amik wuduk..Aku pergi amik tempat di saf saf yang agak berdekatan..Solat sunat dulu..Lepas tu baru takbir raya ramai2..sayu jer rasa..memang tiap2 tahun rasa macam tu...


  Ni aku...Macam Yb pun ada..ahaha


Selesai je semua..aku bergegas balik sebab nk pergi kubur dan hantar makanan ke hospital..Biasa lepas solat aku akan ke rumah sepupu aku..tapi sejak setahun dah tukar..Sekeluarga akan pergi kubur dulu untuk sedekah al fatihah pada arwah atok aku yang meninggal pada tahun lepas..AL-FATIHAH...Harap dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman..AMIN..Tapi Aidil adha kali ni aku seorang je pergi kubur..tak per..Aku wakilkan jer..Baca Yassin dan doa sikit...Arwah atok memang seorang yang baik tapi aku ni cucu dia yang tak dengar sangat..eheh.. Kalau time solat je dia akan tegur.. Kadang2 tu wat tak dengar..jahat aku ni.Pernah sekali aku tak pergi solat jumaat..Dia balik rumah je terus gegar bagaikan taufan yang melanda..Aku lari kecut masuk dlm bilik.."Nape tak pergi masjid"Sekali tak pergi solat jumaat akan ada tompok hitam..klu 3 kali tak pergi terus gelap hati!!"Kata-kata tu aku ingat sampai sekarang...Tapi bila dah kehilangan dia baru aku tahu erti masa dia hidup..kadang2 seperti terdengar suara dia memanggil nama aku..Kalau dulu aku akan sentiasa ke sungai bersama dia untuk meraih sedikit rezeki..Kami tahan Udang galah.. Mahal woo udang galah.. Sekilo RM30..kalau 10 kilo..byk tuuu..kaya2...ehehe...Kalau 10 kilo berapa ekk..tolong kira yer..aku tak pandai lah..


Selepas selesai tugas aku pagi raya ni..Aku balik dan siap siap nk bungkus makanan..Aku amik bekas yang kosong untuk isi apa yang ada kt atas meja..Sekali tgk byk juadah yg ada..Nasi dagang saje ada 2 bekas..Nasi minyak lain lagi..Ketupat palas lagi..Nasi Tapir lg.."bukan tapir yg tuu ekk"Nasi arab lagi.,.iskk..kan betul cakap aku ni..memang comfirm banyak la...Tapi aku bungkus Nasi minyak dengan Ketupat jer..yang lain biar..kang bwk banyak takot tak abis.. Siap je aku pergi start enjin dan terus pergi hospital..Sampai je hospital aku tengok ada pok guard lakk..aku ingat time raya waktu melawat bebas..rupanya tidak..aku cakap la dengan pok guard tu


"Bang..saya nak hantar makanan leh"
"Tingkat berapa?"
"Tingkat 7 bang"..
"ok.."
"Tima kasih Bang..Selamat hari raya"


Tapi aku tengok muka abg tu tak ikhlas je nak bg masuk..ke dia marah sebab tak dapat cuti..huhu..cian dia..tapi paham2 la tugas dia ek..nnt aura sakit kt hospital tu masuk dalam badan dia,..ehehe..Aku naik lif untuk ke tingkat 7..Wad tu area 7B..Bila aku masuk je area tuu..aku lihat2 la orang sakit..meremang bulu roma aku..Rasa aku lak yang sakit...iskk... Sampai je kt wad tu..Ayu terkejut..


Eh! Macam mane leh naikk...???
La..Naik ikut lif la...iskkk...
Ingatkan mie takot nk naik...
See the leg la..ahahaha...
Ayu..ni makanan yang ayu nak sgt semalam..rendang xder ekk...


                                           
Baru jer aku nk letak makanan..Aku tengok bertimbun makanan yang lain..rupanya dah banyak sampai..adess..penat je aku bawak..ingat xder makanan langsung..dia gelakk jer..rupanya dia saje nk aku naik atas..hampes..*%$%^&*&()*()...Aku duduk kt luar beranda hospital tuu..tengok suasana hospital dan bandar kuantan...cantik juga..Sebenarnya aku tak nak tgk dlm wad tuu..Scaryy!!..huhu..mcm pondan je aku ni.."ni kalau joe baca ni abis la aku..dia tauu kelemahan aku..adess"....ahahaha...biasala..aku ada gak kelemahannya...macam superman gakk..iskkk...Bukan menda..Dulu masa kecik2 aku selalu ulang alik hospital..aku dlu sakit..Selalu je aku ada date dengan doc kt sane..Hebat btl aku ni..kecik2 dah ada date dgn doc..pergghh..wakaka...Aku pun tgk lagi la permandangan luar hospital...Agak gayat lak rasanya..Ada lagi kelemahan aku...iskk..dah2..cukup cerita kelemahan aku...huhuhh...


        Gambar bandar ktn dr tingkat 7B Hospital.....
                                     


Aku tengok ayu berbaju seperti orang arab..jubah..semua family dia pakai jubah..Ayah dia dari mekah kirim..ada yang besar sgt pun ada..ayu punya singkat skit..tapi ok la..Aku suruh ayu makan nasi minyak yg aku bawak..Dia ajak aku sekali tapi xperla aku dh mkn kt umah..ni bwk pun untuk family dia..ramai gak kt wad tuu..Ada dalam 10 orang..yela..semua cuti raya ni kan..Aku tengok pesakit  lain biasa jer..ada yang xder keluarga..sian diorang...ada aunti cina tu duk panggil sapa yg dia nampak..Ada la uncle cina yang melawat isteri dia tolong gakk..dia nk air rupanya...tapi lepas tu panggil lagi..iskk...ada orang yang lalu situ wat tak tahu jer...Dunia2..Termasuk la aku ni..erkk...Aku tengok ayu makan..dia makan sambil tunduk.,.mestilah tunduk skit..tak kan nk dongak tinggi2..wakaka...Lepas dia abis mkn..dia ajak ikut dia pergi melawat kakak dia..lupa lak aku yang kakak dia baru bersalin tapi bedah..bersalin tak normal..bayi kakak dia tak cukup 9 bulan...Nama baby tu diberi nama "Fatima Azahara"Tak silap aku la..Cantik je nama budak2 zaman moden ni..Aku simple je nama tapi bererti.,.muehehe...


Kalau nak ikutkan aku dengan ni apa jenis pertalian aku tak tahu..Sebab Ayah sedara aku kawin dengan kakak dia..tapi kakak dia tu kakak tiri..Aku dengan dia kira mak saudara tiri ke haa...Tak paham aku salah silah keluarga ni..pening2..tak nak amik tauu la..ehehe...Kalau sapa2 yg tauu sila bgtauu aku ekk...ehehe..Sampai kt wad untuk kaum wanita bersalin tu..Aku tengok kakak ayu atau aku panggil kakcik sihat jer...Dah boleh duduk..dengar kata dia ada darah tinggi..tu yg kena bedah kot..Entah ler..Aku jenis tak brapa amik tahu sgt..ehehe..Borak2 la dengan diaorang kt sane..suami kakcik ada..Pok lie,maklong aku..Pok lie N Mak long pun baru sampai je tuu..Aku dengar jer diorang semua cerita..Aku ni jenis suke dengar saje..eheh..Sambil aku tengok la keliling area tuu..ada yang pasal susu la..aku baca..Ntah brapa kali aku baca xtauu ler..Xper lehh amik info..mana tauu kawin nnt kan..ekekek...


Agak lama aku kt hospital tuu..dalam pukul 7 baru aku balikk...Kalau ikutkan memang duk sane xtauu nk wat apa..layan je la apa yg ada..Penat gak duk sane sbb boring..tp biasala aku tak rapat sgt dengan orang sane..lebih2 lagi nurse2 kt situ..iskkk...Apa2 pun aku mendoakan kesihatan mak dia..K la..aku stop kt sini je dlu..Assalam wsalam....