Semalam aku cakap pada member aku yg dtg cc.."esok aku buka lambat sikit kedai..esok nk pergi mpk nk perbaharui lesen kedai dan bayar bil telekom..tapi hari ni suasana suram dan mendung takala perginye Atok kepada sepupu aku ke sisi ALLAH...Dalam pukul 1.05 pg rumah aku dikejutkan dengan panggilan sepupu ku mengatakan arwah tengah nazak..kami terus bangun dan mengejutkan saudara yg lain..jarak dari rumah ku tak jauh..hanya beberapa langkah saja..arwah telah menghembuskan nafas terakhir disisi anak anak dan cucunya..
Nampkanya niat aku untuk buka kedai lambat hari ni mmg tercapai tapi lain tujuaan nye..seperti tandanya sesuatu itu..Aku bersyukur pada ALLAH kerana diberikan kesempatan untuk menziarahi saudara terdekat..Pagi2 lagi rumah aku dan sepupu aku dipenuhi dengan tetamu dari jiran2 serta saudara2 yg berdekatan..ada yg dr jauh pun pulang dengan tanpa pikir panjang kerana untuk melihat wajah terakhir arwah sebelum dikebumikan..
Jenazah akan dikebumikan sebelum pukul 12 tgh hari..suasana pilu dah sedih meyelubungi..Bacaan yassin disedekahkan pada arwah..Pasti Suatu hari nanti aku pun akan mengalami keadaan sama..Itulah penghayatan yg aku rasakan masa tu..
Dalam pukul 11.25 pg..semua persiapan telah lengkap..Sudah sampai waktunya untuk menghantar jenzah ke tanah perkuburan..Jenazah diusung kedalam kenderaan terakhir dimuka bumi ini. Di setiap langkah akan disusuli Al-fatihah..Sebanyak 3 langkah dan 3 kali Al-fatihah dibaca..Jenazah dikebumikan bersebelahan kubur arwah atok aku..Melihat Kubur atok membuatkan aku bertambah sedih..Teringat akan detik2 hidupnye dulu..Tak lupa juga arwah sepupu aku ni.Dulu time aku kecik dia selalu bergurau dengan aku...
Begitu pantas masa berlalu..Hanya setahun je perbezaan Arwah atok aku dan arwah sepupu meninggalkan kami semua..Setahun kalau kita tgk kehadapan terasa lambat lagi..Akan tetapi setahun apabila berlalu memang begitu pantas..Masa memang mudah meninggalkan kita apabila kita lalai..
Bacaan Talkin dibacakan oleh Imam..
Bismillahhirrahmannirrahim.
Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.
Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
“kullu nafsin za iqatul maut“
- Setiap yang Bernafas, Pasti akan Mati -

Dari Abdullah r.a katanya : “ aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata “ ya, Rasulullah ! demammu bertambah teruk.” Jawab baginda “ memang demamku sama dengan dua orang kamu.” Kataku pula, “ semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda : “ semoga!” kemudian sabda baginda pula : “ tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah taala dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”
Uhuk..Uhuk..Uhuk...itu cara aku batuk..kui3..dah berhari aku sakit ni..Mula2 dengan datangnye selesema..Selepas itu badan aku panas..dan skrg aku batuk serta pening lak..kalau batuk ni akan mengambil agak lama nk sembuh...tapi aku tetap keje walaupun keadaan badan aku tidak mengizinkan..sebab keje aku pun bukan berat sgt pun kalau nk cuti..lgpun sakit aku tidaklah seberat org lain..begitulah kebiasaan nye aku setkan di otak aku..kalau dulu masa kecik..punyla la liat nk gi sekolah..siap buat2 sakit lg..ades..nape la aku jd cm tu time kecik2..huhuh...
Aku lak jenis malas nk jumpa doc..malas nk ngadap doc tuu..kalau dia bg pun panadol..lebih kurang sama je dgn beli kt kedai..huhuh..kalau dizinkan ALLAH tu sihat..maka sihat la aku ni..Kalau sakit..sakit la aku ni..kita sebagai manusia cuma mencari jalan je cm mane nk sembuhkan..Yg lain terserah padaNYA..lagipun kita banyak petua dari zaman nenek dulu..
PETUA LEGAKAN SAKIT KEPALA
Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta
So sekarang ni aku bertarung la dgn sakit pala ni..nnt balik nk try petua ni..aku ada gak baca blog mbr aku..mbr2 aku pun sakit..isk2..musim sakit ke apa..ke dia yg memberi virus ni... huhu..jgn marah..sebelum tu apa kata kita baca doa untuk sembuh dr penyakit...
Letakkan tangan kanan di tempat yang sakit dan berdoa dengan penuh keyakinan bahwa Allah SWT akan sembuhkan penyakit :
بِسْمِ اللهِ dibaca 3x
اَعُوْذُ بِاللهِ وَ قُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا اَجِدُ وَ اُحَاذِرُ dibaca 7 x
Bismillah (3x) A’udzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadzir (7x)
Artinya :
Dengan nama Allah. Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan sesuatu yang aku dapatkan dan khawatirkan. Amin...
15 januari
Aku seperti biasa dengan hari2 yg lain..aku keje pun seperti biasa tapi cuma byk sikit nk wat..nk kena format pc..dh byk virus pastu ada la file yg penting hilang..adess..tapi aku bukan seorang penternak virus...nk je aku campak pc ni..aku dh suggest nk beli server tp cam mahal je..hehe..klu ade server sng skit..tapi zam cakap server ni kena ade org tgk..klu tak nnt semua pc rosak..1 masalah gak tu.isk2..
seperti biasa aku akan duk di kaunter..tgk budak main game,facebook..jgn layan porn dh...nnt aku cas lebih..ahaha..dalam masa aku keje tu.tiba2 dtgla satu sms..tidak bernama..no pun xkenal..
"salam mie, mie kt mane ni?keje ke?aku balas sbb dia tau nama aku..
"w'salam..ni sapa?"
"ni Dot Dot...
"aik..nape tiba2 sms mie..bkn ke xnk bgtau mie no baru??
"sori..Dot Dot kt ktn ni..ingat nk jumpa jap...leh x?
"nape nk jumpa?bkn ke dh xnk jumpa ke..??masa tukar no dlu nape xingat kt mie??
"ala..sori..ade sbb nye..
"maafla..mie tgh keje..sibuk la..
"hurmm...
Aku dh xbalas msg dia..biarlah dia..biar aku keje..dpt duit..kalau dlu aku sanggup ponteng keje sbb nk jumpe dia..skrg xder dh..bila dh tak dihargai..aku akan ingat sampai bila2..tak lama kemudian dia sms lg..ckp nk balik dh..aku xbalas..biarla ko dgn sapa2 pn..aku dh xkisah..aku suke hidup aku mcm ni..biar pun org tanya nape mie ko xcari awek lain..aku jwb je..aku suke berkawan je skrg ni...biar pun berkawan dgn bdk 12 thun pun xper..ahaha..janji hidup aku xsshkan org lain..family aku lg penting...kan2??
Kamu kembali seperti yang aku jangka.
bertanya kabar dan selitan ayat-ayat cinta.
kamu mahu buktikan kamu tetap setia.
Kononnya.
Tapi kamu curang pada kekasih barumu.
mahu aku beritahu?
Aku sakit benar kamu buat begitu padaku dulu.
Mahu bercinta tapi ragu-ragu.
Kamu.
Jangan kamu mainkan kekasihmu itu.
Boleh?
Dia juga ada hati.
seperti aku!
Tolong berlalu pergi. Cinta palsumu mudah aku sapu seperti angin lalu.
Biarlah aku berkawan biarpun sejuta..kerana sebelum ni kawan2 yg banyak membantu aku..tanpa diorang aku tak pergi tmpt yg jauh..apa2 diorg yg penting selain family aku...Terima kasih pada mereka berdua..Aku sentiasa doakan mereka..amin..
Masa berlalu memang pantas apatah lagi apabila kita tidak pernah memikirkan pasal masa...Dan dalam masa yang sama membuatkan aku terkenang kenangkan masa lalu..ada yang indah dan ada juga yang begitu perit untuk aku luahkan..Setiap apa yang berlaku pada masa lalu adalah sebagai menjadi satu pengalaman bagi aku dan sesiapa sahaja. Pada yang lemah pada masa lalu akan menjadi lebih kuat pada masa sekarang dan akan sentiasa berwaspada apabila menghadapi sesuatu perkara dalam situasi yang sama.
Jika kamu bersama orang yang tersayang..Pernahkah kamu dimarahi, disindir atau direndahkan sama ada dalam masa yang panjang atau singkat. Tetapi sedikit pun kamu tidak menunjukkan sikap yang ingin memarahi kembali atau membalas kembali apa yang dilakukan oleh orang yang kamu sayang itu.Dan kamu hanya tersenyum dan meminta maaf walaupun itu bukan kesalahan kamu.Kerana bagi kamu memaafkan adalah satu dari sikap kamu..Pernahkah kamu?
Jika kamu bersama orang yang tersayang..Pernahkah kamu ditinggalkan olehnya hanya kerana kamu tidak sependapat.Kamu dibiarkan begitu dan mata-mata disitu melihat kamu bagaikan kamu yang bersalah.Dan kamu hanya terdiam dan mengejar kembali dia walaupun dia tidak pedulikan panggilan kamu..Pernahkah kamu?
Jika kamu bersama orang tersayang.Pernahkah kamu mendapat panggilan dari kawan kamu yang mengajak kamu bermain futsal atau sebagainya tetapi waktu yang kamu janjikan bermain itu selepas kamu abis keluar dengan dia.Dan dia begitu ego dan tidak membenarkan kamu pergi walaupun sebenarnya waktu itu kamu sememangnya tidak bersama dengan dia.Pernahkah kamu?
Jika kamu bersama orang tersayang.Pernahkah kamu mengalami situasi dimana hari kamu ingin menghantar dia ke terminal bas dan minit- minit terakhir sebelum dia menaiki bas.Si dia tiba-tiba memarahi kamu..merajuk tidak tentu pasal dan menyuruh kamu balik tanpa melihat dia kali terakhir meninggalkan kamu.Tetapi kamu seperti tidak dengar apa yang dia kata dan menunggu dia pergi meninggalkan kamu walaupun dia marahkan kamu.Dan akhirnya dia menangis,meminta ciuman terakhir dari kamu sebagai izin bahawa dia akan pergi.Pernahkah kamu?
P/s~Disaat kamu menyintai seseorang adalah secara sendirinya kamu tidak akan cuba sakitkan hati dia walaupun sedikit.Dan jika kamu pernah menyakitkan hati Si dia. Ini kerana ego kamu.
Eerrmmm...pala aku duk fikir apa menda aku nk cite pada pembaca blog aku kali ini...Bila dh masuk thn baru ni..aku jadi cam xder menda nk citekan..mungkin aku skrg ni berada dalam keadaan aman jer...tak ade dugaan yg begitu memeritkan seperti tahun lepas..tdo pun dh lena..cuma kdg2 je..sakit tak lehhh tdo.eheheh...
Aku sekarang suke dengan keje aku..walaupun gaji tak la begitu tinggi tapi yg penting aku suke..Leh katakan ini keje yg aku impikan..Aku juga berharap plan kwn aku tu jadi..kalau jd la..mungkin pengalaman yg aku ade ini akan aku gunakan untuk bantu dia..secara tak lgsg dpt la bantu aku juga..kan kan?heheh...skrg ni aku asyik online jer..duk dpn pc..kalau ade org nk print..aku gerak lak sikit..kalau byk gerak pun time buka kedai pagi2 je..kena sapu sampah...tp yg xbest sbb kedai ni pakai karpet..ssh nk bersih sikit..sbb pasir yg bdk2 selalu wat masuk..alih2 kotor balikk...mcm xder makna bersih pg2..tp xper..itu dh tugas aku..aku kena sapu juga..yelakan kalau xsapu nnt tambah2 kotor kedai aku ni..xder lak bdk nk masuk...hehe..
Mesti ade org tertanya apa kedai yg aku maksudkan ni..?Kedai yang aku maksudkan ini adalah cyber cafe yang menawarkan kemudahan internet..termasuklah print,scan dan lain lain..Rm2 je sejam..kalau nk print tu lain2 harga dia..kalau hitam putih rm0.30 jer 1 keping..kalau warna lakk bergantung berapa banyak warna pada kertas itu..kalau penuh mugkin cecah rm2,kalau sikit je..rm0.50..scan pulak rm0.50 je sekali scan..insyaALLAH...kalau byk nk print tuu..akan dapat diskaun..
Keistimewaan cybercafe ini ialah dimana kalau customer menggunakan perkhidmatan internet dan jika melebihi rm3..kamu akan dapat 1 cop dari kami..Bila dah penuh cop itu..kamu akan dapat percuma 1 jam..hehe...biasa je ni..wat tarikan sikit..heheh..