Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Tuesday, March 22, 2011

Cerita Surga cinta :D





Terpesona aku dengan keayuan wajahnya..Ditambahkan lagi dengan cahaya petang serta angin pantai yang meniup  tudung ungunya..Aku berkata "Dah la tu fatin...tak yah banyak banyak..Nanti tak abis pulak nk mkn nnt..Lagi pun kita 4 org je sini..."fatin seperti tak hiraukan teguran aku..."tengok tu..org ckp tak nak dengar"teguran aku lagi...Dia lantas menoleh kepada aku.."ala..sikit je...nanti  abang la makan semua..nanti baru gemok..huhu"fatin tersengih riang..sejuk je hati bila melihat wajahnya..Aku rasa bertuah dapat memiliki dia...Walaupun sebelum ini agak payah untuk aku mendapatkan dia...


Bila aku terkenangkan balik saat saat aku cuba melafazkan pada fatin dulu...Masa itu hujan agak lebat..Di selang seli dengan guruh dan kilat yang asyik sabung menyambung dari sejam tadi lagi..."Orang tua tua cakap kalau kilat macam ni..maknanya ada banyak setan..Pastu setan mesti lari duduk bawah pokok.sebab tu ada pokok tumbang kalau time time macam ni"Suara joe berbunyi.. "Wahhh..pandainya abang.."suara ira seperti kagum pada kekasihnya.."Abang memang terer"Tambah joe lagi dengan tanpa segannya..Aku yang duduk dibelakang hanya mendengar perbualan mereka berdua..Tapi dalam hati aku hanya fokus pada seorang sahaja..Fatin..


Sejak semalam lagi hati aku terdetik macam mana nak aku luahkan perasaan aku pada dia...Setelah sekian lama kami berkawan dan akhirnya tibanya saat aku untuk menentukan sama ada dia benar benar sukakan aku atau tidak...Enam tahun aku kenal dia..Dari bangku sekolah lagi..Dia sentiasa menjadi rebutan lelaki semasa di sekolah...yelakan..dia cantik dan pandai...Guru guru disekolah pun sentiasa memberi pujian serta tumpuan pada dia..Jika ada event penting..Pasti dia akan terplih...Aku masa tu pelajar biasa saja..nakal dan selalu lepak dgn kawan kawan sekelas aku..pernah sekali tu aku ditegur oleh dia sebab tak masuk kelas..."Suhaimi....Kenapa awak tak masuk makmal td.Nanti saya laporkan pada guru disiplin.." ahhh..serabut la dia ni...Lantak aku la nk buat apa pun.."Balasnya aku dengan suara agak tinggi.." Fatin menuding jari pada aku.."Ok..nanti kalau guru disiplin panggil nama awak..jangan salahkan saya.." aku dengan tiba tiba agak berang terus bangun dan tolak dia.."Kau bagitahu cikgu siap ko!!.."Dia masih belum bangun setelah aku tolak dia td..dan aku terus beredar dari situ...


Tidak lama kemudian datang seorang kawan aku sambil menjerit"Mie!!...Kau tahu tak fatin masuk klinik..Aku dengar kaki dia patah"..aku yang dengar tu terus terkejut.."yer ke kau ni..kau jangan nak tipu aku laa..."aku cuba yakinkan diri sebab aku rasa aku tolak dia tak kuat pun...Detik hati aku.."Semua bangun..Assalamualaikum cikgu...!" Suara dari ketua kelas...Aku melihat Guru disiplin masuk.."Suhaimi! mari ikut saya.." aku pucat bila cikgu memanggil nama aku..."haaaa sudah..."detik hati aku ni...Semasa mengikut cikgu disiplin dari belakang..Aku rasa nak je lari keluar sekolah..tapi aku takot...Dalam fikian aku macam macam perkara terbayang..kena rotan..kena buang sekolah dan aku rasa paling teruk kena tahan polis..mati aku macam ni..Mati lagi kalau ayah aku tahu ni...Jantung aku rasa macam nk terkeluar je dari badan aku ni...


Sampai je di bilik guru disiplin aku nampak fatin yang kaki dia dibalut kain dan dua orang lagi...Aku rasa tu Mak ayah dia...Setahu aku mak ayah fatin ni tergolong antara orang orang penting dalam PIBG sekolah..Ayah dia selalu menyumbangkan dana pada sekolah ini...Ayah fatin bersuara"Macam mana ni cikgu.."Budak ni dan cederakan kaki anak saya..!"...Sabar dulu encik Zahar..Perkara ni kita boleh berbincang dulu..Lagi pun Budak ni mungkin tidak sengaja..Apa kata kita tanya pada dia dulu apa yang berlaku"Balas Guru disipilin...Suhaimi!! cuba cakap apa yang berlaku.."Tegur guru dengan agak lantang...Aku dengan suara yang terketar ketar berkata"errr...saayaa..taaak sengaaaja ciikkguuu...Saaayaaa toolaakkk ssikkiiitt jerrr.."..Tolakkk sikit awak cakap..tengok sampai Patah kaki anak pakcik..!!"Suara dari ayah fatin yang amat marah..Aku yang mendengar suara ayah fatin terkejut dan terus tunduk melihat lantai bilik guru disiplin..


Tidak lama kemudian ayah aku datang... "Assalamualaikum..."Dan terus melihat aku dengan mata yang amat tajam...Aku dengan laju tunduk balik melihat lantai...Selepas ayah aku masuk bilik guru disiplin,diajak pulak ayah fatin dan ayah aku ke bilik sebelah..Aku pun tunggu dengan fatin diluar...Aku toleh ke fatin,aku lihat fatin tunduk seperti menangis.."Maafkan aku fatin"terdetik dari suara hati aku..Fatin ditemani ibunya seperti cuba memujuk anaknya...Aku yang dari tadi berdiri terasa amat takot dan kaki aku tak berenti mengeletar...


Tidak lama kemudian mereka keluar dari bilik..Mereka bersalaman..Aku tidak tahu apa yang berlaku semasa mereka di dalam bilik tu..Ayah fatin membawa balik fatin balik ke rumah...Dan aku diajaknya balik ke rumah juga..Dalam perjalanan pulang ke rumah aku , aku yang duduk dalam kereta terasa sunyi sepi..Yang aku dengar hanyalah bunyi debaran hati aku yang tidak henti henti berdebar..Dan aku sudah siap sedia menerima hukuman dari ayah aku...Sampai je dirumah aku di rotan..di mandi air lembah...di biarkan tidur diluar rumah..Tidak dibenar masuk ke rumah..Jiran jiran rumah aku hanya melihat saja apa yang berlaku..Aku amat malu sekali..Aku menangis tak henti henti...Sememangnya aku bersalah..Aku menyesal dengan perbuatan aku sendiri...


Keesokkannya...Aku tidak dapat bangun..Badan semua sakit sakit di rotan ayah aku...Aku tidak dapt pergi sekolah..Mesti kat sekolah kecoh dengan apa yang berlaku..kalau ikutkan hati Memang aku tak nak ke sekolah dah...Dalam 3 hari aku tidak pergi sekolah..Hari sabtu tu aku dah boleh bangun..Aku boleh duduk macam biasa..Kalau ingatkan balik memang aku tak nak dah kena macam tu..takot sangat sangat..Dan hari ahadnya aku pergi jalan jalan seorang diri di taman..Kemudian aku nampak fatin dengan kawan kawan dia...Aku lihat fatin dipimpin oleh kawan dia..Aku lihat dia dari jauh jer..aku tak berani nak pergi dekat...


Esoknya aku ke sekolah seperti biasa...Semua orang pandang aku lain macam jer...Nak tak nak aku kena buat tak tahu jer...Dalam kelas fatin tak datang lagi..Lagi pun kaki dia patah..Mesti cuti lama..Dua minggu kemudian Fatin baru datang sekolah...Dia masih tidak dapat jalan seperti biasa...Aku lihat je dia dari belakang..Lepas tu dia toleh ke arah aku..Aku tunduk takot..Semenjak dari peristiwa dulu,aku tidak lagi ponteng kelas atau lepak dengan kawan kawan aku..Aku belajar seperti biasa..Tidak lama kemudian SPM berlangsung..Selepas Habis spm aku tidak nampak fatin sekali pun.


Sebelum keputusan SPM keluar..aku kerja di pusat membeli belah di bandar..Ada sekali tu aku nampak fatin sedang melihat lihat baju di situ..Aku cuba nak pergi tegur dia..tapi aku kerja masa itu..Aku tak dapat peluang bercakap dengan dia..Banyak perkara aku nak cakap dengan dia...Aku nak minta maaf banyak..Aku nak cakap pada dia yang aku bukan suhami yang dulu..Aku sudah berubah..tapi niat aku tidak kesampaian..Tiap tiap malam aku selalu berdoa agar fatin terus sihat dan dilindungi...Amin..


Tiba saat mengambil keputusan SPM..ALHAMDULILLAH..keputusan aku agak baik.Aku bersyukur sangat sangat..Ayah dan Ibu aku gembira dengan keputusan aku..Aku tersenarai antara 10 pelajar cemerlang..Kemudian aku lihat fatin..Dia datang bersama dengan keluarga dia..Fatin adalah pelajar cemerlang sekolah aku..Dia memang layak mendapat gelaran itu..Aku pergi pada fatin.."Tahniah fatin..."Teguran aku pada dia."Terima kasih dan tahniah juga pada awak suhaimi"Balasnya fatin..."Fatin..Aku minta maaf pasal dulu..maaf sangat sangat.."
tak per..dah lama saya maafkan awak suhaimi"Bila dengar je kemaafan dari dia..Aku rasa amat lega sangat sangat..Semua beban yang aku pikul selama ini hilang begitu sahaja..Syukur aku pada Tuhan diberi peluang bertemu kembali dengan dia...



Selepas je dari itu..Kami menjadi kawan rapat..Sentiasa keluar bersama...Dalam diam aku telah jatuh cinta pada dia..Tapi aku takot nak luahkan perasaan aku..Sapa la aku bagi dia..Aku masih belum layak lagi untuk dia.."ringggg ringgggg"handphone aku berbunyi.Owh..Sms dari fatin.."Mie..Petang nanti kita jumpa kat taman k.."..aku balas ok...Petangnya aku jumpa fatin...fatin cakap minggu depan dia akan ke UK..Dia akan sambung belajar di sana...Dia amik bidang kedoktoran..Aku pulak hanya sambung belajar di Uitm sahaja..Aku sedih bercampur gembira mendengar berita dari dia..Sedih sebab aku berjauhan dari dia..Gembira kerana dia dapat tempat terbaik untuk sambung belajar.


Minggu depannya dia aku mengucapkan selamat tinggal terakhir pada dia..Aku harap dia selamat dan sihat selalu..Semenjak dia di sana..Aku hanya berhubung menggunakan Email atau YM sahaja..Itu pun kalau aku tiada kelas keesokkannya..Dia sihat kt sana dan gembira berada di sana...Selama 6 tahun aku dengan dia hanya berhubung menggunakan teknologi tu..


"Mieeee!! jerit joe pada aku...Aku terhenti dari lamunan.."tu fatin dah sampai...pergi laaa...nanti aku amik kau balik"..Aku segera keluar dari kereta...Dari jauh lagi fatin tersenyum pada aku.."Assalamulaikum fatin..."tegur aku pada dia.."waalaikumussalam mie...Lamanya kita tak jumpa mie..."Balasnya fatin...Aku dengan fatin buat keputusan untuk makan dulu di restoran berdekatan..Macam macam topik kami bualkan...Kadang kadang tu kami bertentangan mata..Dan masing masing tertunduk malu..Sudah 6 tahun aku tunggu..Aku nekad nak lafazkan.."Fatin..Sudikah fatin jadi tulang rusuk mie..seperti mana adam dan hawa.."..Fatin diam sebentar "miee...mie lambat...Fatin sudah berpunya.."aku diam..."Dan orang itu adalah SUHAIMI.."aku yang dengar sambungan itu terasa terkejut "eehhhhh!! fatin kenakan mie ekk..."dia gelak lihat aku yang terkejut beruk tu.Tapi dalam hati aku gembira sangat..Tak terucap oleh kata kata..


Semenjak dari tu kami selalu bersama..Makan..Shopping..Jika ada aku pasti ada dia...Jika kita sabar dalam berbagai dugaan dan rintangan pasti ada nikmat di sebaliknya..."Abang..nahh mkn ni...penat taw fatin masak ni..."tegur fatin.."sedap sgt ke ni..."balas aku..."mestila sedap..Awek abg ni.."Balas fatin kembali sambil tersengih.."Joe,ira jom mkn..ni fatin masak...Kau mkn banyak sikit joe ira..."beres bohh tapi benornya ira lagi kuat makan.."balas joe..Yang ira ni senyum pastu pulas pulas telinga joe..Kami masa ni berkelah dipantai sebab nak abiskan cuti minggu .."Lepas ni kita jalan jalan kt pantai k" kata fatin.."yerla syg.."balasnya aku...


*Cerita ini adalah rekaan semata mata...Nama dan watak adalah kebetulan sahaja...erkk. :D

Monday, March 21, 2011

Surga Cinta



Tiap kali aku terdengar lagu ni dalam keta mbr aku..Tiap kali itu hati aku seperti tersentap..Aku pun xtahu nape..Layan jer la...ngeee

Terdiam... hanya bisa diam 
dingin menyerang... di sekujur tubuhku 

Layangkan mata menembus cahaya putih kilaunya 
Meneduhkan lamunan 

Masih jelas terlihat, pesona ayumu 
Masih jelas terasa, getar dawai jiwamu aahhh... 

[REFF 1] 
Inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan 
Atau hanya mimpi yang tiada pernah berakhir jua 

Perlahan bawa semua tanya 
Satu bersama... langkah di taman ini 


Terangkai bunga tanda cinta murni adanya
Tapi kekasih pun tiada muncul hapus rinduku aahhh...

[REFF 2]
Di mana aku sedang berada mengapa sendiri
Lari telanjang tanpa seorangpun yang akan mempeduli

[REFF 3]
Terbanglah cinta sampaikan sayangku hanya bagi dia
Hanya rasa sepi meratapi malam tanpa dirinya

Poppers



Setiap perjalanan kehidupan yang dilalui manusia di muka bumi ini terdapat banyak cabaran, dugaan, halangan, suka duka, pahit manis dan berbagai macam ragam lagi wujud kerana itu sudah menjadi lumrah kita sebagai hamba-NYA yang sentiasa diuji untuk menilai sejauhmana keimanan dan ketaqwaan kita kepada Sang Pecipta seluruh alam ini. Ujian Sang Pencipta adalah berbagai bentuk antaranya sakit demam, bencana alam, gempa bumi dan sebagainya..

Disaat aku membaca hasil nurkilan dari luahan hati mereka berdua  membuatkan aku seakan menitis air mata..Gembira ada..Sedih ada..Tak terucap oleh perkataan atau gerakkan jari jemari aku disaat aku menulis blog ini..Kata mereka..Setahun sudah berlalu..Tahniah ingin aku ucapkan..Tetapi hidup ini tidak akan lari dari pelbagai cubaan.Yang hanya kita mampu..Terusan Hidup seperti biasa dan sedia untuk apa jua kemungkinan..

Semalam penat jalan2..Shopping sane..shopping sini..Dari Pasaraya yg besar sampai ke pasaraya kecik kitaorg pg..Bak kata org tu "Dh puas duk ktn ni.." nnt kita duk BP lakkk k..wakaka..Cite mengong xdpt tgk lg..huhu..Xperla..nnt download je la...cite yg tgh kua kt wyg pun dh ade dlm hardisk aku ni..sabo je la...mana dpt aku xtaw la..bkn aku yg download..Aku tgk je..Dan share pada mb2r aku..huk3..

Semalam tgh2 shopping tuu..Aku teringat dgn makanan yg ayamas hasilkan dulu..Sedap sgt..isi dalam tu ada cecair yg bila masuk dlm mulut akan jd hmmm!!! sdp nye...Aku lupa apa nama dia..Pastu smlm dok cari2 hampir semua pasaraya yg ada kt ktn..semua ke??ntah ler...cari punya cari..Jumpa kt Beserah...Nama dia popper...Apa maksud poppers ekk...maksud sedap kot...ngeeee...smlm sampai rumah terus je aku masak...mmg sedapp...sluoppp!!

Yg sorg tuu selok dgn kerepok moni...nape dia selok dgn keropok moni??...aku rasa dia suke dgn lagu keropok moni..mngkin dlm blog dia nnt akan kua tajuk tu..Sabo je la...huhuh...Pada saat aku tulis blog ni..Xnmpk lak diorg online..Tdo lg ke..mgkin diorg raikan ulangthn kot smpai pg buto..sabo jer la...Atau pun dia pg mana2..yg sorg tu nk suh snap  dr smlm lg..ntah dpt ke tak xtahuu ler..huhuh..

Aku tak tulis lg tajuk blog aku time ni..Aku pun xtahu nk tulis apa...hurmmm...tapi perut aku dh mulai lapo..aku rasa aku bantai je la tajuk apa2..nk mkn lu...daaa...

*Pada mereka berdua..Semoga berkekalan dan bilanye???aku nk timang cucu ni...erkkk

Friday, March 18, 2011

Astaghfirullah





Astaghfirullah..... semalam aku mimpi 2 kali perkara yg sama tp berlainan org saje...Sabo jer la..Bila sedar tu rasa mcm ssh nk bgn..Kena tindih ke apa??tp bkn.sbb xsakit sgt.. 2 kali lak tu..Bila nk bgn tu aku rasa letih sgt..mcm bru lepas lari 100M...sabo je la..Penat mcm mane pun..aku kena bangun nk buka kedai seawal 10 pg.. Nnt kalau aku buka lmbt2..ada yg beratur depan kedai aku...ish2..budak2 ni..sabo je la..


Sebelum aku buka kedai tu aku singgah kedai hardware..ko nk wat apa mie kt kedai hardware??..erk...aku nk beli plastik sampah..rasanye dh abis plastik smpah kt kedai..nnt kang berbau kedai aku...iskk..Pastu nk beli ais utk air kotak ira..jenis perisa baru tu..Air kotak perasa ira.!! erkkk!!...mataii!!...ahahaha...Dh settle dua brg tu..aku pun nk pg kedai..Baru je nk start motor..ada lakk sorg awek tegur aku.."Abg..nnt jap lg nk booking dua pc.."..ok la dik..sabo je la..


Aku dgn mata yg xbrapa nk celik ni buka la kedai..Dalam masa yg sama..perut aku dh berbunyi..Lapo la plakk..xper settle dulu keje aku..Mula aku buang sampah yg sudah penuh tu..Tapi aku silap plak beli plastik sampah yg tebal dan mahal..Rm5.50 tu..erkk..Tobat ahh!!...Xper..kesilapan itu jdkan pengalaman..ngeee...aku dh buang smpah kt belakang..Nnt ada la lori smpah berjadual dtg amik...huhuh..Pastu aku tmbah ais dalam bekas kotak putih..lupa lak nama dia..hehe..Untuk sejukkan air kotak..xder peti dalam kedai aku ni..Lupa nk beli..erkkk!!! 


Lepas tu..aku nk basuh jamban..Kalau xbasuh kang..nnt kotor kan..pastu aku jugak yg guna nnt..ada gak customer yg guna..nnt dia org complain..tp dia mana berani complain..nnt kena sepak dgn aku..erkk!!!..hebat btl aku...kui3..Dh settle semua tu..Aku pun nk sapu smpah la ni...Baru je sapu sekerat..dtg lak brader ni...Dh buka lom??tanya dia..Jap ekk bang..Nk sapu jap..Dia duk dpn2 pintu kedai..dalam hati aku "bodo la bdk ni..aku tgh sapu dia duk dpn pintu.."duk la tepi.." dia xphm xper..aku pun sapu lg..sampai berabuk dia xlari lg.."dia ni suke habuk kot"nnt aku kenalkan dgn habuk kt FB"kui3...Bila sampah dh sampai kt kaki bru dia lari.."bodo la bdk ni.."ahaha..bukan apa..dia mcm terpinga-pinga aku buat menda..padahal dh jelas aku duk sapu smpah..lain la aku main kawin2 ke..isk..mengong..


Aku tahu dia selok nk main poker kt FB tu..Bahaya Poker FB ni..smpai yg xpnh guna pc sampai sanggup nk belajr sbb poker..Bala semua ni...erkk!! ada aku tengok tu ada yg tekan keyboard pun satu2..ahaha~lawak..ni la penangan FB atau Poker sebnarnye.,.Kalau menda2 yg berunsur judi ni diorg   minat lakk..walaupun ko ckp la xpakai duit btl ke ..apa ke..Bg aku itu ttp ada Unsur judi..Kalau ada org tanya.."mie..ko ada byk chip?"..aku jawab dgn selamba "Judi itu haram"...sabo je la...


Perut aku lapo la..Aku nk mkn jap...Tapi mcm xnk..xperla..tengok la jap2 lg..Ke sebelum solat jumaat ke..aku rasa Sampai sini je la hari ni...


Pada joe~semoga selamat kembali ke darat...
Pada ira~Sabar je la...
Pada pise~ko nk mancing ke??kui3...
Pada syuzi~sayangi la pise sokmo...kuang3...lalala~

Thursday, March 17, 2011

Astalavista





Hurmmm...Nampaknye blog pise dh jd mcm blog joe...Kalau ada entry baru..mesti akan ade cite pasal org tersyg..jeles lakk aku...Kena cari org tersyg ni..tp sblom tu dpt tu..aku gantikan dgn nenek aku..Syg nenek aku..huhuhu...Aku skrg ni agak bz..Bz menda mie??erkk..aku bz layan fairy tail..dh lama aku tinggalkan cite tu...Ni cite anime jepun..maaf ekk pada yg dewasa..mie mmg suke lwn cite cm ni..Syok woo..huhuhu...


Pada ira..sabar la yer...Mmg hantu cm setan..tp mmg hantu tu setan...Suke sgt kaco org..kaco la pise ke..syuzi ke..isk2..erkk..maaf pise n syuzi..tersasul..kui3..Ira..mmg kita manusia ni akan mendapat mcm2 jenis dugaan..Dan setan tu telah bersumpah akan membuatkan manusia itu sesat dan sebagainye...Mmg kita kena sabo la byk2...Sabo je la...


Pada joe..Banyak2 la sabo kt laut..Keje ko dh mmg cm tu..sabo je la..Tugas katakan...Aku pun sebagai kwn pun sememangnye xnk ko keje cm tu..mcm xbest je...Tapi dh xder keje lain...Ko keje la lg..rezeki org lain2...Bila dh dpt tu..bersyukur je la..."Ntah joe baca ke tak post aku ni..dh la line tenet dia tenat"huhuh...



Ia menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dunia ini adalah negara tempat bala dan ujian.”
Maknanya manusia di dunia ini tidak terkecuali daripada menghadapi ujian hidup baik untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan mereka, juga pendekatan digunakan bagi mengatasi dugaan yang datang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”
Disuarakan oleh bijak pandai: “Adalah lebih baik menjadi orang beriman yang diuji, daripada menjadi orang kafir yang turut sama diuji. Bukankah lebih baik menjadi orang yang sabar ketika diuji daripada menjadi orang pemarah sedang diuji.”
Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)
Tidak semua orang memiliki sabar, lantaran itu sikap sabar dianggap mahal dan tinggi nilainya malah ia termasuk sebagai sikap terpuji. Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya berlaku sabar dalam firman yang bermaksud: “Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan.” (Surah ali-Imran, ayat 200)
Berkata Junaid al-Baghdada katanya: “Bala adalah pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”
Pada prinsipnya, sabar harus diterap dalam setiap aspek kehidupan sama ada kehidupan rumah tangga, tugas kepemimpinan, hidup selaku petani, nelayan, usahawan, guru, pengarang atau penyiar. Semua memerlukan kesabaran, justeru setiap medan pekerjaan dan perjuangan ada tentangan serta ujiannya.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sangat mengagumkan keadaan seorang Muslim kerana segala keadaannya serba baik dan tiada mungkin terjadi demikian kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat dia bersyukur. Itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan dia bersabar, itu kebaikan baginya.”
Golongan yang sabar sedar mengenai kemanisan, kepahitan dan penderitaan akan berkurang bahkan hilang lenyap berganti kegembiraan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu apabila kesusahan menimpa, mereka berkata; sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)

Kesabaran adalah kekayaan rohani yang besar, ia sebagai pangkal kebahagiaan. Dalam menghadapi kehidupan yang serba getir, semuanya perlu memiliki sifat sabar. 
Kredit To http://ahmadzaki.wordpress.com/