Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Thursday, March 31, 2011

Dengarkan lah Aku bicara...




Hai Cinta dengarkanlah, aku ingin bicara....

Katamu engkau mencari suami sebagai imam, tapi mengapa engkau tidak mengaminkan kata kataku
Tidak pernah ada imam mengamini makmum, yang ada adalah makmum mengamini imam
lantas perkara apa yang telah engkau perbuat hingga jadi begitu sikapmu

Hai Cinta dengarkanlah, aku ingin bicara....

Apakah cintamu telah luntur tak berbekas lagi , lantas apa sebab engkau cinta padaku
Sayangku tahukah sebesar apa cintaku padamu?
Ketahuilah Cintaku, aku mencintaimu tak bersebab, tak ada sebab aku mencintamu,
kerana alasan itu maka cintaku pun tak kan pernah hilang disebab kan oleh "sebab".
Jika aku mencintamu disebabkan raut wajahmu nan ayu , maka dikala kita sudah tua maka aku tidak akan lagi
mencintaimu, jika aku mencintamu disebabkan engkau lebih kaya dariku, dan sekarang engkau tidak ada benda lagi yang dibanggakan, maka cinta pun akan lenyap. Jika aku mencintamu disebabkan engkau dari keturunan bangsawan, dan berpangkat, maka cinta itupun segera musnah jika semuanya itu lenyap dari genggamanmu.

Hai Cinta dengarkanlah, aku ingin bicara....

Cintaku padamu tak bersebab, cintaku padamu mutlak kita dipertemukan Allah 'Azza Wajalla.
Bagaimana mungkin aku kan cruang dibelakangmu, padahal mataku takkan lepas dari memandangNya,
Dia wujud dalam segala sesuatu, dalam kelembutan dan kecantikan ragawimu pun ada.
Engkau marah disebabkan aku tidak menjawab kata katamu, tahukah engkau pada saat yang bersamaan pula Dia menampakkan keagunganNya, ilmunya mengalir dalam darahku melalui mata ini , hingga segala sesuatu selainNya lebur tak ada lagi, yang ada hanya Dia. Jika engkau dulu selalu berkata mencari suami sebagai imam, lantas ketika aku berkata ini mengapa engkau tidak mengaminkan.

Hai Cinta dengarkanlah, aku ingin bicara.....

Wednesday, March 30, 2011

Pengat Ubi...

Semalam Tepat pukul 12 aku tutup kedai seperti biasa..Bila dah abis kemas2 sane sikit situ sikit..Aku pun balik la ke rumah..Sampai rumah memang dh perut lapo..Mkn pun last tgh hari smlm jer..Tengok dalam tudung saji tiada lauk sgt..tgl ikan goreng jer...Pastu aku rasa tak nak mknn pulakk..baik aku mandi dluuu...Aku teringat balikk popper yg aku beli kt tunas manja hari tu...tapi kalau masak comfirm jd hancur..malas lakk pulakk....Masa aku nk masuk bilik air tu..aku nampak periuk agak besar laa..aku buka tengok ada pengat ubiii..sedappp ni...terus menambahkan selera aku nk mkn..aku apa lg terus je masuk bilik air dan mandi secepat mungkin..erkk..(bukan mandi kerbau ni)..lepas mandi je..aku cepat2 amik mangkuk dan isi secepat mungkin ni..lapo la katakan...Dengan bau aroma nye yg sdp tuu membuatkan aku xsabar2 nk suap dlm mulut ni...Tapi sblom tu aku amik pic dlu...


Amacam nmpk sdp tak??huhuh

Pengat ubi ni nenek aku masak..nenek aku masak mmg sdp arr..Joe,ira dan pise dah rasa hari tu masa kt esplande..Masa tu makan bubur pulut hitam..klu joe dgn ira tu byk kali dh mkn masakan nenek aku..Semalam tgh mkn tu terpikir lakk nk bg joe dgn ira..tp dh lewatt..nnt klu aku pg hntr bkn diorg yg mkn..hantuuu yg mkn..huhuhuh...aku ni tgh tulis blog pun terasa lapo..nk mkn kt kedai kitoo japp...daaaa...

Tuesday, March 29, 2011

Cerita Hati







Aku tertanya-tanya di dalam hati
Manusia jenis apakah aku ini?

Sudah tahu jiwa kosong
Sudah tahu hati sunyi
Sudah tahu sendiri-sendiri itu sepi

Tapi..

Bila ada yang ingin mendekati
Aku mula jauh berlari-lari
Bila ada yang ingin memiliki
Perasaan ku mula berbelah bahagi

Jika boleh..

Ingin aku hanya berdiam diri
Perasaan orang tak ingin aku sakiti
Tak ingin aku lukai walaupun hanya sipi-sipi
Kerana aku tahu bagaimana rasanya jika terluka hati


Sakitnya tak terperi
Kesannya pula berhari-hari
Mungkin juga sampai mati

Namun..

Mahu atau tidak, jawapan tetap harusku beri
Maka dengan berat hati dan penuh hati-hati
Ku suarakan jua rasa hati
Tulus ikhlas dari hati
Aku katakan aku tidak sudi

Maafkan diri ini yang tidak berfikir dengan lebih teliti
Ku harap agar kamu mengerti
Ku harap jua agar jawapan ku diterima dengan senang hati
Walaupun hakikatnya agak menyakitkan hati

Mungkin kerana egoku tinggi
Mungkin juga cinta di hati sudah pergi membawa diri
Mungkin juga sudah mati
Atau mungkin juga sudah dicuri dan dibawa lari

Entah..

Aku bingung sendiri
Kenapa jawapan itu yang aku beri
Bukan sekali, malah berkali-kali

Entah..

Aku bingung lagi
Namun ku akui
Itulah jawapan ikhlas dari hati
Jauh dari dalam hati

Bukan kerana egoku tinggi
Bukan juga kerana aku memilih-milih hati
Cuma aku tak ingin berpura-pura mencintai
Sedang hakikatnya langsung tiada rasa dalam hati

Saat ini
Ketika ini
Mungkin aku lebih selesa memilih untuk sepi

Maaf sekali lagi
Sila salahkan hati ini T___T

Monday, March 28, 2011

Hargai kehadiran seseorang dalam hidup kita. Redha dengan takdirNya =)





Kadang-kadang kita tak reti menghargai kehadiran seseorang dalam hidup kita, kita menolaknya. Dan bila dia sudah kecewa dengan kita, dia lari dari hidup kita. Bila tiba satu masa kita mula menginginkannya, barulah kita mula mencarinya semula. Namun saat itu sudah tidak bermakna lagi. (Manusia akan menghargai sesuatu bila dia kehilangan sesuatu) =) _________________________________________________________________________   Watak Utama:   Faruq(bukan nama sebenar): seorang lelaki yang baik, tampan, kacak, bijak, kuat agama, masih menuntut di sebuah Universiti di Russia dalam bidang Perubatan.   Azzah(bukan nama sebenar): seorang wanita yang baik, cantik & manis wajahnya, bijak, kuat agama, masih menuntut di sebuah Universiti di Russia dalam bidang Perubatan. ___________________________________________________________________________   Kehidupan Faruq sebagai seorang daie (pendakwah) yang hebat dan terkenal di Russia seringkali menjadikan Faruq disenangi ramai orang, bukan sahaja di kalangan ikhwah(lelaki). Malah dikalangan akhawat (wanita) juga. Faruq seringkali memberikan taujih(penyampaian/ceramah) kepada rakan-rakannya di Russia. Begitu ramai orang tertarik dengan perwatakannya, malah ramai orang suka mendengar ceramahnya dan penyampaiannya.   Faruq begitu bersemangat dalam melakukan kerja-kerja Dakwahnya. Malah, setiap hari beliau akan membaca buku-buku tarbiyah dan tidak pernah meninggalkan Al-Quran dalam kehidupan sehariannya. Beliau seorang yang menjaga adabnya dengan orang yang lebih tua. Malahan, dia juga sangat menyayangi orang yang lebih muda darinya. Beliau juga seorang yang menjaga adabnya dengan wanita. Sering menundukkan pandangan dan bercakap dengan wanita bila perlu. Disebabkan itu, ramai wanita yang berkenan dengan beliau.   Manakalah kehidupan Azzah hampir serupa, cuma beliau seorang akhawat. Kehidupannya banyak dihabiskan bersama akhawat lain. Beliau seorang yang terkenal dikalangan akhawat kerana petahnya dalam berhujah tentang isu agama. Belia juga seorang yang aktif dalam kerja-kerja dakwah dan seorang yang terkenal dengan budi pekertinya yang baik dan sopan. Azzah seorang yang pemalu, beliau pernah dirisik dan dipinang oleh beberapa ikhwah namun beliau tidak pernah menerima. Mungkin kerana hasrat hatinya mengatakan bahawa Faruq adalah seorang lelaki yang diimpikan sejak awal lagi. Beliau cuba menyembunyikan perasaannya kerana takut akan fitnah yang akan melanda. ________________________________________________________________________   Dipendekkan cerita.. ___________________   Kehidupan sebagai seorang Daie (Pendakwah) memang begitu mencabar, setiap hari atau akan tiba masanya seorang pendakwah akan diuji. Diuji oleh Allah dengan kesenangan mahupun kesusahan.   Ujian ini menimpa Faruq dan Azzah.  ____________________________   Pada suatu hari, Azzah bertemu dengan Mas'ulahnya(Ustazah Solehah), untuk berbincang sesuatu. Rupanya Azzah ingin menceritakan tentang rasa hatinya dan hasratnya untuk melamar dan meminang Faruq. Mas'ulahnya bersetuju dan berkata dia akan cuba membantu Azzah sebaik mungkin. Mungkin mas'ulahnya faham kenapa Azzah begitu bersemangat untuk mendapatkan Faruq. Faruq seorang yang baik. Masakan seorang yang baik dan soleh begitu tidak ramai yang meminatinya.   Azzah sudah bersedia untuk menuju ke Baitul Muslim.   Setelah beberapa hari berlalu, setelah Ustazah Solehah berbincang dengan Mas'ul kepada Faruq iaitu Ustaz Irfan tentang hasrat Azzah. Ustaz Irfan pun bersetuju dan beliau akan cuba menyampaikan hasrat Azzah itu kepada Faruq. ___________________________________________   Surat Azzah yang dikirimkan Ustaz Irfan kepada Faruq :  ___________________________________________________________________________   “ Assalamualaikum...   Akhi Faruq yang ana hormati,   Ana harap surat ana ini bebas daripada fitnah dan prasangka. Semoga, setiap patah kata di dalamnya dinaungi panji keredhaan.   Mungkin ana orang yang pertama berani melakukan ini semua kepada anta. Namun, menyedari bahawa kita masing-masing mempunyai misi baitul dakwah yang perlu dilaksanakan demi Islam, ana harap dan berdoa agar anta dimiliki oleh seorang ukht yang faham tarbiyyah.   Justeru, ketahuilah..   Ana sangat menghormati anta, siang dan malam ana pernah berdoa agar dikurniakan seorang Akh yang faham tentang tarbiyah, tentang dakwah. Bagi pihak ana, dari dulu sampai sekarang, keyakinan ana kepada agama anta tak pernah berubah. Ana sangat yakin anta adalah orang yang terbaik untuk menjadi suami ana.   Ana berharap agar antalah menjadi tulang belakang ana, orang yang akan memberikan semangat kepada ana, orang yang akan mendidik anak-anak ana, orang yang akan menegur ana bila salah, orang yang akan hidup dengan ana demi Islam dan Dakwah. Sebenarnya dah lama ana cuba memendam perasaan ini, ana takut pada maksiat hati yang bakal mendatang andai terlalu cepat bertindak. Kini, ana telah bersedia. Ana sedia dipetik oleh insan yang bernama Faruq.   Azzah. ______________________________________________________________   Surat itu sungguh mengejutkan Faruq. Setelah mendapat surat itu, Faruq siang dan malam berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk. Namun beliau masih merasakan bahawa beliau masih tidak bersedia untuk menerima lamaran tersebut. entah kenapa beliau seperti tidak bersedia untuk menuju ke Baitul Muslim. Mungkin kerana beliau masih merasakan bahawa masih banyak lagi kerja dakwah tidak selesai di Bumi Russia ini.   Faruq terus menuju ke Rumah Ust Irfan. Faruq berkata kepada Ustaz Irfan : "Maaf ustaz, ana masih tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga. ana rasa diri ana belum sesuai untuk berkahwin. Masih banyak lagi kekurangan dalam diri ana. Semoga Allah merahmati Azzah atas niat baiknya itu. Katakan pada Azzah, masih ramai lagi ikhwah yang baik yang sudi menerima Azzah. Tolong sampaikan ini pada Azzah ye Ust"   Ust Irfan tidak boleh berkata-kata apa-apa. Ini keputusan Faruq. Ini adalah haq Faruq.  ______________________________________________________________________   Setelah satu minggu Azzah menunggu jawapan. Akhirnya beliau mendapat jawapan daripada Faruq. Azzah sungguh terkejut dengan keputusan Faruq. Faruq tidak menerima lamarannya. Malah Faruq menyuruh Azzah mencari ikhwah lain. Azzah menangis kecewa. Azzah merasakan seakan-akan dihempap batu ke atas dirinya. Beliau begitu terkejut dengan keputusan Faruq.   Hari berganti hari, Azzah mula layu. Akhawat lain cuba memberikan semangat kepada Azzah. Akhawat lain juga ada yang begitu marah kepada Faruq kerana tidak menerima lamarannya. sedangkan Azzah seperti bidadari, begitu baik, malah begitu cantik. Namun mereka masih mampu bersangka baik. Mungkin bagi mereka ada hikmah disebaliknya.   Sebulan berlalu, Azzah kembali semangat. mungkin melihat kepada Akhawat lain yang begitu bersemangat meneruskan perjuangan walaupun ditimpa musibah. Azzah mula merelakan hatinya. Dia selalu saja yakin dengan janji Allah. "Lelaki baik untuk perempuan yang baik". Mungkin dirinya masih lagi belum cukup baik untuk Faruq dan Azzah perlu untuk menjadi lebih baik. Azzah redha dengan keputusan Allah.    Azzah sering teringat tentang surah Al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"   Azzah Redha. Allah mengetahui segala-galanya. ________________________________________________________________________   Faruq masih bergiat aktif di dalam dakwahnya. Setiap kali beliau berQiamullail (bangun malam untuk mendirikan solat dan bertemu dengan Allah) beliau berdoa agar diberi petunjuk oleh Allah dan berdoa agar dikurniakan keputusan yang baik dalam peperiksaan dan apa jua keputusan yang dilakukan oleh Faruq.   Final Exam mula menghampiri.    Entah kenapa, suatu hari sedang mengulang kaji pelajarannya. Faruq mula teringat akan pinangan dan lamaran Azzah. Faruq seperti inginkannya kembali. Mungkin kerana kali ini beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Lantas beliau menelefon Ust Irfan memberitahu tentang hasratnya untuk menerima Azzah dalam hidupnya.   Ust Irfan begitu bergembira dengan keputusan Faruq.   Ust irfan berjumpa dengan Ustazah Solehah memberitahu tentang keputusan Faruq.   Setelah Ustazah Solehah menyampaikan berita itu kepada Azzah. Namun Azzah menolaknya. Azzah berkata beliau masih belum ingin mendirikan rumah tangga kerana ingin focus akan kerja dakwahnya. Beliau tidak mahu lagi memikirkan hal itu buat sementara waktu. Mungkin kerana Azzah sudah kecewa. beliau cepat-cepat memberi keputusan itu kepada Mas'ulahnya.   Setelah Faruq mendapat berita itu. Faruq begitu kecewa dan menyesal akan perbuatannya menolak lamaran Azzah sebelum ini.   _____________________________________________________________________   Faruq menyendiri setelah peristiwa itu berlaku. Beliau tidak langsung menjawab SMS (pesanan ringkas) ataupun menjawab telefon daripada ikhwah lain.    Ketika musim Final Exam, Faruq mula merasa lemah dan malas untuk meneruskan kerja dakwahnya. Faruq seringkali lalai daripada ibadahnya. kadang-kadang beliau melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah untuknya dan untuk dakwah. Beliau leka dengan menonton bola setiap kali ada 'game' bola yang ditayangkan di TV. Beliau tidak pernah 'miss' tengok 'game' bola walaupun sehingga ke subuh. Selalunya, pada waktu begitu beliau akan membaca buku di waktu malam dan melakukan Qiamullail. Beliau berubah menjadi orang yang leka, lalai dan lemah. Beliau tidak mengulang kaji pelajarannya walaupun Final Exam sudah bermula.   Namun ikhwah lain selalu memberikan semangat kepada beliau kerana tidak ingin beliau leka sebegitu. walau apapun yang Faruq buat, ikhwah lain bersangka baik dan masih menghormati Faruq dan masih menganggap Faruq hebat dalam dakwahnya dan ilmunya. ____________________________________________________________________   Sebulan setelah tamatnya Final Exam, Beliau begitu terkejut dengan keputusan yang beliau perolehi. Beliau gagal dalam 2 subjek dan perlu mengulangi subjek itu. sepanjang beliau belajar di Russia, beliau tidak pernah gagal dalam peperiksaan. Itulah pertama kalinya beliau gagal.   Saat itu Faruq mula sedar, mungkin kerana beliau meninggalkan dakwah dan mengabaikan pelajarannya. Beliau gagal dalam pelajarannya. Beliau leka dengan Allah dan Allah menimpakan balasan terhadap kelekaannya.   Kini beliau mula semangat kembali. Beliau sering berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk menghadapi semua ini.   Beliau juga mula yakin dengan ketentuan Allah. Beliau tetap redha. Semoga Allah mengurniakan yang terbaik buat beliau. =)    Faruq sedar bahawa kita mesti menghargai kehadiran seseorang yang baik dan benar-benar menyayangi kita dalam hidup kita. Jangan sesekali menolaknya dan jangan sesekali buat dia kecewa. Terimalah seseorang jika dia berniat baik terhadap diri kita. Jika tujuannya adalah untuk menikahi kita. Terimalah dia sebaiknya.   Jika dia bertujuan untuk melakukan maksiat/couple yang tidak dibenarkan. Maka kita tidak seharusnya menerimanya =)   Redhalah dengan Takdir Allah =) ________________________________________________________________________   Tamat. Penulis yang kerdil. =) _____________________   Cerita benar. Kisah benar. Diubah suai sedikit. __________________   Cerita ini panjang sebenarnya, namun dipendekkan. mungkin yang panjang akan dimuatkan dalam buku/novel? insyaAllah. mohon doaNya =)


*Copy dr FB..Sekadar renungan...

Saturday, March 26, 2011

Mee bandung...





Mi Bandung atau Mee Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal yang berasal dari Muar, Johor, Malaysia. Perkataan 'bandung' di dalam namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut yang bererti 'berganda' atau 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain. Umpamanya seperti 'Sirap Bandung' untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun 'Rumah Berbandung' untuk rumah berkembar.

Bagi Mee Bandung pula ia adalah masakan gandingan mi dan telur sahaja pada ketika dahulu ia digelar sedemikian, di samping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering; sebelum ia kini ditambah dengan bahan tambahan seperti udang, daging, kuih ikan dan sayuran sekarang. Ia juga lebih gemar dan lazim dikenali sebagai Mee Bandung Muar yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia meskipun adalah adalah diakui dan diketahui ramai Mee Bandung asli yang berasal dari Muar masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah.




*Terima kasih pada joe dan ira kerana mee bandung ni..sedapp sgtt...tpp pedass..terpaksa minum air kotak perisa ira..erkkk!!