Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Thursday, March 17, 2011

Astalavista





Hurmmm...Nampaknye blog pise dh jd mcm blog joe...Kalau ada entry baru..mesti akan ade cite pasal org tersyg..jeles lakk aku...Kena cari org tersyg ni..tp sblom tu dpt tu..aku gantikan dgn nenek aku..Syg nenek aku..huhuhu...Aku skrg ni agak bz..Bz menda mie??erkk..aku bz layan fairy tail..dh lama aku tinggalkan cite tu...Ni cite anime jepun..maaf ekk pada yg dewasa..mie mmg suke lwn cite cm ni..Syok woo..huhuhu...


Pada ira..sabar la yer...Mmg hantu cm setan..tp mmg hantu tu setan...Suke sgt kaco org..kaco la pise ke..syuzi ke..isk2..erkk..maaf pise n syuzi..tersasul..kui3..Ira..mmg kita manusia ni akan mendapat mcm2 jenis dugaan..Dan setan tu telah bersumpah akan membuatkan manusia itu sesat dan sebagainye...Mmg kita kena sabo la byk2...Sabo je la...


Pada joe..Banyak2 la sabo kt laut..Keje ko dh mmg cm tu..sabo je la..Tugas katakan...Aku pun sebagai kwn pun sememangnye xnk ko keje cm tu..mcm xbest je...Tapi dh xder keje lain...Ko keje la lg..rezeki org lain2...Bila dh dpt tu..bersyukur je la..."Ntah joe baca ke tak post aku ni..dh la line tenet dia tenat"huhuh...



Ia menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dunia ini adalah negara tempat bala dan ujian.”
Maknanya manusia di dunia ini tidak terkecuali daripada menghadapi ujian hidup baik untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan mereka, juga pendekatan digunakan bagi mengatasi dugaan yang datang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”
Disuarakan oleh bijak pandai: “Adalah lebih baik menjadi orang beriman yang diuji, daripada menjadi orang kafir yang turut sama diuji. Bukankah lebih baik menjadi orang yang sabar ketika diuji daripada menjadi orang pemarah sedang diuji.”
Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)
Tidak semua orang memiliki sabar, lantaran itu sikap sabar dianggap mahal dan tinggi nilainya malah ia termasuk sebagai sikap terpuji. Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya berlaku sabar dalam firman yang bermaksud: “Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan.” (Surah ali-Imran, ayat 200)
Berkata Junaid al-Baghdada katanya: “Bala adalah pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”
Pada prinsipnya, sabar harus diterap dalam setiap aspek kehidupan sama ada kehidupan rumah tangga, tugas kepemimpinan, hidup selaku petani, nelayan, usahawan, guru, pengarang atau penyiar. Semua memerlukan kesabaran, justeru setiap medan pekerjaan dan perjuangan ada tentangan serta ujiannya.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sangat mengagumkan keadaan seorang Muslim kerana segala keadaannya serba baik dan tiada mungkin terjadi demikian kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat dia bersyukur. Itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan dia bersabar, itu kebaikan baginya.”
Golongan yang sabar sedar mengenai kemanisan, kepahitan dan penderitaan akan berkurang bahkan hilang lenyap berganti kegembiraan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu apabila kesusahan menimpa, mereka berkata; sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)

Kesabaran adalah kekayaan rohani yang besar, ia sebagai pangkal kebahagiaan. Dalam menghadapi kehidupan yang serba getir, semuanya perlu memiliki sifat sabar. 
Kredit To http://ahmadzaki.wordpress.com/

Wednesday, March 16, 2011

Ira suruh aku berdoa...

Ira suruh aku doa utk kekasihnye...Tp ada 1 lg doa yg baca tp yg tu xlehh post sini sbb ade sbb2 tertentu...

Bacalah doa pendek dibawah ini dengan harapan Allah melindungi kita :-


من نَزَلَ مَنْزِلا ثُمَّ قال " أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ" لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
( A'uzu bikalimaatillaahittaammaati min syarri maa khalaq)
"double a bermakna bacaan dipanjangkan 2 harakat"
"anda digalakkan merujuk bacaan kepada orang yang arif untuk mengelak kesalahan"

Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula."
( Riwayat Muslim, 4/2080)

Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-

فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله

Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat"
( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )


Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال " بِسْمِ اللَّهِ الذي لا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ " ثَلاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاءٍ حتى يُمْسِيَ

(Bismillaahillazii laa yadurru ma'asmihii syai un fil ardi walaa fissamaa i wahuwassamii 'ul 'aliim)

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya"
( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hadith Hasan)

"Sebaik-baik gerenti adalah gerenti dari Allah dan Rasulnya"

Tuesday, March 15, 2011

Air itu Nikmat...




Semalam Perkampungan aku ketiadaan air..Tidak tahu apa sebab nye...Bangun pg je tiada air..Nenek aku ckp "tak dok air tuu..mandi sikit2 jer..." Di negara lain punya la byk air..terutama jepun tu..Melimpah limpah air..erk...tu tsunami..sabo je la...Memang ketiadaan air ni 1 perkara yg membebankan manusia..Byk lg tempat yg tiada air sampai berpuluh thn..Bagaimana diorg semua menjalankan hidupan harian di waktu moden ni...Sabo je la...

Pada belah malamnye..Dtg lori tanker membawa air kepada penduduk tmpt aku tinggal ni..Semua org tanya kenapa tiada air..Pemandu JBA sndiri tak tahu jawapan kepada persoalan yg diajukan oleh penduduk setempat..Yg dia tahu hanya la Diorg suruh hntr air...saya pun hantar la..iskk..apa jenis jawapan..Nk je pok pala Dia..sabo je la..

Tapi menjelang pg td tepat pukul 10 pg..tu pun selepas aku berhempas pulas mengambil air yg telah diagihkan lori tanker smlm..Tujuan adalah aku nk mandi..Dh abis mandi tuu..macam biasa  naik pakai bj..Tiba2 nenek aku jerit "air doh ade dohh" suara keriangan dr nenek aku itu kedengaran begitu gembira..Yelakan tiba2 nikmat yg kita biasa dpt tu ALLAH telah tarik sekejap jer..Dan bila dpt balik ternyata itu amat melegakan...Aku senyum je melihat telatah nenek aku..huhuh..apa2 pun aku bersyukur atas nikmat yg ALLAH telah berikan...

Monday, March 14, 2011

Tahniah Buat Pise dan Syuzi...









Terlbih dahulu aku nk ucap setinggi tahniah pada 2 org mbr aku ni..Pise dan Syuzi..Aku kenal dgn pise pun sama mcm Joe..kenal kt tag..Semuanya bermula dr situ..Tapi xnk cite pjg...Nak tahu pergi Blog SOME KIND OF WONDERFUL . Kt situ begitu panjang penerangan dr beliau...Sabo je la.. Aku cuma berharap dan berdoa..Nnt Mereka berdua tidak banyak diuji berbagai cubaan semasa dalam perjalanan ke Pintu kebahagiaan..Sapa la yg nak mereka berdua hancur ditgh jalan kan...Mungkin ada segelintir manusia yg bertopengkan setan yg akan cuba berbuat begitu..Tapi aku caya kt mereka berdua..mereka akan bersama...erk.nape aku cite bab suspen ni..erkk..!! sabo je la..


Kalau pise aku dah banyak kali jumpa..klu syuzi tu first jumpe masa trip pulau perhentiaan tu...Pastu last jumpa masa pg gombak..Kebetulan pg genting then terus ke gombak..dh dekat pun kan..alang2 org kata...Tapi semua perjalanan tu tak dirancang..Aku xtau cm mane diorg lehh kenal ek..xper..biar je la..tu cerita diorg..erkk...


Kalau pasal diorg ni aku xbrpa terer nk cerita tp pise ni jenis calm je..Kecuali masa aku pancing belangkas hari tu..Yg tu baru aku nampak wajah dia yg calm jd kelam..erkkk..sori pise...huhuhuh..Kalau syuzi ni..aku rasa dia cm gile2 sikit arr..tak pun mmg gile..erkkk!!! jgn marah syuzi..marah pise je nnt..wakaakka!...Apa2 pun doa aku kirimkan pada diorg berdua..Semoga diorg kekal sampai akhir hayat dan INSYALLAH selama-lamanya...Amin...

Erkk..dah Expire No Cel aku...









Aku hari ni dengan semangat bangun pagi utk pergi kerja..Smlm jugak aku ingat nk top up no cel aku..dah lama xtop up tu..Sbb jarang sgt guna..klu org call pun..aku call balik pakai no maxis..pg ni aku pergi kedai utk beli top up..Aku beli Rm10 je.sbb nk active kan je..tp bila aku dh abis tekan no pin dia..tiba2... "Maaf anda dilarang menggunakan perkhidmatan ini..Sila beli sim pak yg lain..erkkk!!!!!!!!!!!!!!!...#&*&*^(*@&(*..aku rasa bru 2 bln xtop up no tu..Bkn ke 3 bln ke..hampes..rugi RM10 aku...huhuhu..Sapa aku nk bg top up ni ekk..klu sapa yang nk top up cel ni secara percuma..sila comment dibwh..terima kasih...