Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Saturday, January 28, 2012

Manusia yang tidak takot azab ALLAH...

Assalamulaikumm dan salam sejahtera...Aku hari ni nak kongsi pengalaman aku yang sedikit sebanyak mungkin menjadi pengajaran pada kawan2 sekalian dan supaya tidak terpesong dari akidah...Sudah masuk 2 minggu..Pakcik aku sakit akibat buatan manusia yang tidak takot azab dari ALLAH..Keluarga aku tidak henti2 dari mengalir air mata melihat bertapa seksanya pakcik aku menahan segala dugaan dia...


Mulanye berlaku bila pakcik aku tiba2 pengsan kt umah aku sebelum magrib...Ambulans pn datang kt umah aku...Masa tu aku keje..Tiba2 sepupu aku msg kt Fb mengatakan pakcik aku masuk hospital..bila aku BBM abg aku..dia cakap pakcik aku dh sedar dan tak der apa2...Mula kt situ mmg fikir kencing manis sbb dia mmg ade sakit tu...tapi selepas dari pada tu...berlaku perkara yg agak pelik..Dia muntah..tiba2 dia kejang seperti org kena sawan...Bermula dari situ macam2 perkara seperti tu berlaku..dia muntah jer..makan skit muntah...risau2..tapi bawak pergi hospital..Doctor check xder apa2 masalah kesihatan..So kt situ semua cari iktiar perubatan tradisional..Kt situ kami tahu dia terkena buatan orang...


Kami cuba dapatkan bantuan dari ustaz..Setelah ustaz tu buat rawatan..Dia kata dia tahu sapa yang buat tapi dia tak nak bgtahu kerana takot kami sekeluarga sakit hati dan mungkin akan balas dendam..Kami pun semua terima je..Selepas pada tu..Pakcik dan bertambah ok..Dah boleh makan...tapi baru2 ni...setelah kami semua pulang sebab melihat pakcik dalam  keadaan bertambah baik..Dalam pukul 12 malam..Apa yang kami sangka  bertambah baik datang kembali tapi kali ni lebih teruk...Kami bergegas kembali ke rumah pakcik secepat mungkin...


Kami semua takot dan berserah je pada takdir..Tidak henti bacaan Ayat Yassin di bacakan..Sampai aku tidak tido kerana sentiasa mengurut pakcik...Anak2 dia pn ada..Semua minta maaf..Isteri pakcik,nenek tak henti2 nangis sambil mengajar zikir,mengucap 2 kalimah syaadah..Aku tak henti2 mengurut pakcik sambil baca ayat al-quran yang insyaALLAH sedikit sebanyak dapat membantu dia...hmmm...


Sambil2 urut tu,pakcik yg masih bertenaga cakap la..Dia nampak 1 frame gambar seperti raja2 datang terbang ke arah dia dan terpaku pada dinding sebelah dia baring dan dia tak sedarkan diri..Masa tu la mata dia merah dah seperti nk keluar biji mata..Masa tu kebetulan ada kawan pakcik aku yg mahir dalam hal2 mcm ni .. ditanya siapakah dia..Datang dari mana...Bila ditanya banyak kali dan beri salam..Baru la dia jawab salam..dia cakap datang dari kaum kerabat diraja...islam...dan macam2 dialog dgn kawan pakcik tu...


Perkara tu berlaku berulang kembali sehingga pukul 3 pg..Kemudian Pakcik muntah2 dan mengeluarkan menda2 asing..sebab sebelum tu jin tu cakap tak angkat datang dah...Kawan pakcik pn pulang..dan kami meneruskan bacaan dan aku masih lagi megurutkan pakcik aku secara bergilir2..Tetapi dalam jam pukul 5pagi..Datang plak perkara yg sama...Pakcik aku terkena lagi...seksanya melihat pakcik aku...Menurut pakcik aku tu..dia cite dengan nada yang perlahan..Dia cakap kalau dia nk terlelap je menda tu datang...tapi kali ni lembaga seperti bantal golek dan berkain hitam sedang ketawa pada pakcik aku...Seram bila dengar...


Kejadian itu berulang sampai la siang...Sampai kami sudah tak larat..Kemudian datang la kembali ustaz tu dalam kul 10 pagi...Masa tu aku dah balik untuk mandi n tidor..sebab kt umah aku xder org..aku kena bg mkn kucing2 aku..ayam2 aku...Aku doakan jer laa...Tapi mengikut abg aku...Ustaz tu berjaya mengusir jin yang berada di dalam rumah tu..Alhamdulillah setakat hari ni..Pakcik aku sudah beransur pulih walaupun kami masih dalam keadaan berjaga2...


Dalam masa yang sama..anak sedara pak usop (kira sepupu dgn isteri pakcik aku) anak sedara dia pn terkena buatan orang...Dia meniaga restoran..Sejak berapa minggu..kedai selalu je bila masak nasi,lauk2..mudah basi...pastu ada rambut dalam lauk..ada ulat..pastu dia jadi benci ke bini dia...Menurut cite dia..Sebelum kejadian itu berlaku...Ada seorang pelanggan perempuan yang cantik sangat..perempuan tu order air..tapi tak minum..lepas tu perempuan tu pergi tandas dan tak balik2.


Banyak betul manusia yang mudah terpesong dari akidah kerana dengki atau pn tamak dengan harta dunia...Aku harap..Aku tidak termasuk dalam golongan tersebut..Semoga mereka bertaubat dan meminta keampunan dari ALLAH SWT..Cukup la sampai disini cerita aku..Semoga kita sama2 share dan memberi pengajaran pada orang lain...Amin!!...

Thursday, January 5, 2012

This is Our Time....

ASSALAMUALAIKUM...




Minggu lepas adalah antara hari yang paling aku gembira sekali...Kalau ingat balik memang aku tersenyum sorang2..Heheh..tak betul dah aku ni...Sori tp ni la kenyataan!!! Ko hade ke??aku je hade pengalaman macam ni dalam situasi berbeza...Heheh :P


Pada minggu lepas adalah dimana majlis perkahwinan member baik aku...Kalau ingat balik kisah cinta diorg mmg penuh dengan ujian2 yang bukan semua orang boleh lalui...Hanya mereka yang tabah dan sentiasa memohon bantuaan ALLAH dan tak lupa tu..Sentiasa sujud pada Yang ESA...Dan dengan itu satu ikatan yang suci terhasil..Amin..Syukur sgt2...


Dan yang paling syoknye...Aku jd pengapit..Wow! first time ni...ekekeke...Apabila kawan aku ni call minta aku jadi pengapit...Aku macam blurr...ehh!! jadi pengapit..Tapi tanpa fikir panjang aku setuju je..Aku ni selalu  jd mood standby je...*Sebab kalau nk kuar mana2...dia sokmo suh standby je..* last2..dr kul 10 jadi pukul 12..akakakak...:P


Kalau nk cite pasal cinta diorg ni..Aku rasa tak cukup blog ni..ekeke...tapi sebenarnya aku malas dan lagi satu..Aku hormat kisah diorg..biarlah diorg je dan org yang berkaitan je tahu kisah diorg..Aku hanya bleh tabik je..akakak!..Apasal ko tabik mie...erk!! sebab hormatkan..so tabik la...akakaka!...Kepada kawan aku ni...Nak kenney rogers...!! :p


Ok..Selepas jer majlis perkahwinan diorg tu..Kami berlima dan seorang budak bernama apis turut serta dalam percutian ke Cameron Highland..Kalau ikutkan dari tahun lepas aku idamkan nk pg sana..tp akhirnya tertunai jugak..Alhamdulillah..Kalau tak kerana kawan aku ni..tak kemana rasanya aku...Akakaka....Memang excited la nk pg sana..Dalam hati ni..Macam mana ek cameron tuu..ada mcm canada ke...ekekeke...


Jalan nk naik ke cameron tu punyala jem..Maklum la kami pergi time org cuti ni...ada hampir 2 jam nk sampai tempat kami sewa tu..Tapi bila dah jejak kaki kat sana..Perghh!! sejuk..Maklum la aku pg musim hujan ni..Lagi la bertambah sejukkk...Masuk apartmen yang kami sewa tu..Lantai dia pn sejuk..macam pijak atas ais je..nasib baik la ada karpet..pijak la atas karpet..kalau xder karpet..Aku rasa mati kesejukkan sbb pijak lantai je..akakaka...


Kat sana banyak gak tempat kami pergi..Antaranya..Ladang teh,Strawberry farm tp tak masuk,cenderahati la...pasar malam yang buka tiap hari semasa cuti...cactus farm..roses valley...banyak lagi la..tak terkira..tp yang penting..semua itu adalah satu pengalaman yang cukup indah...Ok..aku malas nk taip..lepas ni kamu semua tgk je la sedikit picture dari perkahwinan mbr aku and kt cameron...




Inilah pasangannye...:p

Adik beradik ke ni...

1 majlis 2 pasangan..Bj biru anak sedara purple...heh



Ladang teh


Sarapan pagi..:p

tak masuk pn..ekeke

Pasar malam

kaktussssss...

strobery coklat celup..erkk



cendawan farm kot..