Aku sering mendengar kata kata itu yang selalu keluar dari bibirnya dan sering itu juga aku menyatakan alasan yang sama "Jika Aku Lelaki yang baik mengapa Engkau tidak terima saja aku ini.Bukan ke setiap orang ingin mendapatkan seseorang yang baik" Bila aku kata seperti itu dia tunduk diam membisu. Maafkan aku kerana luahkan kata kata itu. Bukan kerana aku tidak sayang pada mu ketika itu tapi aku tidak mahu engkau pergi meninggalkan aku. Walau Seribu kali engkau menyatakan pada aku maka seribu kali juga aku menyata perkara yang sama padamu. Itu yang terdetik dalam hati aku pada ketika itu.
Walaupun aku tahu kisah kisah yang berlaku pada diri dia tapi aku amat sayang pada dia. Aku tidak pentingkan perkara silam yang menghantui pada diri dia kerana "aku mencari cinta bukan mencari wanita semata mata". Jika dia dalam kesusahan aku akan cuba bantu dia dalam segi lisan. Kerana pada masa itu aku tidak mampu lagi ingin membantu dia dari segi fizikal. Kadang Kala itu aku buntu dan pening ingin bantu dia. Maafkan aku kerana tidak dapat membantu mu sebab aku hanya manusia biasa yang ada batasnya.
Sehingga ke hari ini aku masih terkenangkan dia walau dalam saat gembira, duka hinggakan aku tidak dapat tidur kerana memikirkan dia. Adakah dia ok? Adakah dia gembira? Adakah dia sekarang ini sama seperti dulu semasa aku bersama dia? Aku berharap dia akan lebih gembira, lebih bahagia..amin.. Aku kadang kadang skodeng juga la FB dia.. Nampaknya dia gembira tapi aku paham sikap dia. Kadang kadang dia sengaja hebohkan yang dia gembira tapi hakikatnya dia tidak seperti dia ucapkan. Aku harap dia berubah dari menyatakan sesuatu yang palsu kepada yang benar.
Semasa bersama aku. Dia banyak menipu aku walaupun aku tahu apa yang dia lakukan. Aku hanya senyum dan dengar apa yang dia ingin sampaikan. Dia banyak menangis jika bersama aku. Tapi bukan kerana aku. Kerana perkara silam. Dia pernah mengalir air mata di depan orang ramai. Dia bersandarkan pada bahu aku. Aku tidak malu ketika itu kerana aku paham apa yang dia alami. Biar pun beribu ribu orang menanyakan apa yang berlaku ketika itu dan aku hanya senyum untuk menyatakan kita orang ini ok ja. Bila tengok movie pun dia menangis kerana movie tu ada kena mengena dengan dia. Aku dan cakap pada dia jangan tengok movie ini tapi dia degil sangat sangat.
Abis basah baju aku sebab dia asyik nangis jer. Sampai orang sebelah tengok lain macam jer. Dia suka sangat dengar aku menyanyi. kadang tu sebelum tidur aku akan nyanyikan untuk dia. Bukan aku nak cakap suara aku sedap tapi itulah hakikat yang dia suke dengar. Sampai kadang tu aku tak reti dah nak nyanyi lagu apa. Dia ni suke bercakap. ada je menda yang dia nak cerita. aku pun suka dia cakap. Cara dia cakap buatkan aku tertarik pada dia.
Tapi dia memang gadis yang amat tabah. Aku rasa amat bertuah kerana memiliki dia walau seketika. Terima kasih kerana pernah menyayangi aku. Aku harap dia bahagia disamping orang yang dia sayang. Aku harap Engkau memikirkan aku dan menyayangi aku juga. sekian...
3 comments:
whoa.. =)
carilah pengganti ye.. =)
whoa.. =)
carilah pengganti ye.. =)
eheheh.. yela zaty...
Post a Comment