Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Monday, December 13, 2010

Kerinduan...





Hurmmm...Sejak akhir2 ni aku mulai rindu pada wajah yg pernah mengisi kekosongan dalam hati aku...Bagaimana keadaan mereka..Adakah sihat..adakah bahagia..Tidak terkecuali pada yang mereka telah tiada di dunia ini..Walaupun aku mempunyai kemudahan yang diberikan untuk mengetahui keadaan mereka tapi aku tidak mahu sekali pun cuba menyelesaikan masalah kerinduan ini..Biarlah kerinduan ini menjadi satu titik ingatan bahawa aku tidak mudah melupakan seseorang itu..


Aku hari2 ini cuba megisi kekosongan diri dengan mem"bz"kan diri..sama ada pergi jalan2 atau duduk depan komputer adalah satu rutin bagi aku sejak akhir2 ni..Kalau orang kata cuba abiskan masa..


Jumaat lepas ibu kepada ayu telah meninggal dunia akibat sakit buah pinggang..Ayu dan adik dia ina telah mendapat mimpi yang sama sebelum ibu dia meninggal..Dimana ibunya dtg di dalam mimpi dengan wajah yg sungguh bersih dan melambai2 kali terakhir pada nya..Sungguh indah sekali mimpi tuu..Diharap roh ibunya berada dikalangan orang yang beriman..amin..


Berbeza pula bg aku..di mana pada tahun lepas aku mendapat mimpi yg lebih kurang sama seperti ayu dan adiknya..Itu pun selepas arwah atok aku meninngal dalam berapa hari..Atok datang dengan pakaian begitu cantik sekali..tak digambarkan cantiknya pakaian itu..Dia memanggil nama aku dan senyum buat kali terakhir..Aku sedar dan menangis dalam ketakutan..


Aku harap ayu dan keluarganya tabah dalam menerima ketentuan Nya..Al fatihah....amim..


Kami di Beijing China...ahahha

Sejak akhir2 ni aku kuat betul melancong ke sane ke sini..Tp xper..ada la org support..diorg ajak aku ikut jer la...huhuh..gmbr kt bwh ni semua tempat perlancongan yang aku pergi..ahaks

sedang berlatih...

ni gaya merak..erkk

sengal...

lelaki macho..erkkk

time sakit pewot..erkk..

tu dia..

aku xphm apa maksud dia..

anda tergoda??

nice view

ahaksss





KLIMS 2010

Pada Khamis minggu lepas..Aku dan abg pergi selangor sebab nak amik sijil kt Institut perguruan islam bangi selangor...orang kata alang dah sampai sana..kami berhajat nk pergi KL nak tengok KLIMS 2010..Kami bertolak dari kuantan ke kl dari pukul 7.30am..Sampai sana lebih kurang pukul 11 pagi..jalan memang sesak masa kt wangsa maju sampai ampang tak silap...tau pergi naik motor jer..lagi best..ahaha..tapi patah pinggang..huhu


Masjid dalam Institut perguruan islam bangi

cantik...




Selepas amik sijil kt Institut perguruan islam tu kami pun cepat2 bergegas ke Komuter yg berhampiran..Mulanya kami pergi komuter kt bangi tu tapi parking penuh..nak tak nak kami pergi ke Ukm...Nasib baik masih ada slot parking lagi kt situ..Kami naik komuter dari ukm ke bandar tasik selatan..sampai ke kt bandar tasik selatan..kami tukar plak naik Lrt ke pwtc terus..






Sampai Pwtc..kami terus pergi ke bangunan pwtc..Ramai org..Sesak..nk beratur beli tiket untuk masuk tgk auto show pun ramai..harga tiket rm20 untuk sorg..kami 2 org..maknanya rm40..Dia bg tiket dengan beg,serta borang cabutan bertuah..Dia punya Grand prize cabutan tu ialah toyota prius..Aku isi nama abg aku kt dua2 borang tu..Lepas tu kami naik atas untuk masuk ke dalam arena of show..ahaha..tempat2 kereta dipamerkan...


perodua bereza

proton jebat




Memang syok duk dlm tuu..macam2 keta ade..dari proton hingga la ke Lamborgini..Ni kira sebagai pengalaman untuk melihat lebih dekat lagi acara julung kali di adakan..harap akan dtg banyak lagi yg akan dipamerkan...Kalau nak tengok lg picture keta..pergi la FaceBook mie..ok..salam..

Sunday, December 5, 2010

Engkau Waktu





Ingin ku corek pada tiap waktu bahawa janganlah engkau (waktu) berlalu dengan pantas..Kerana engkau yang begitu penting dalam hidup tiap tiap manusia di muka bumi ini...Ingin ku tahan engkau (waktu) dengan tapak tangan aku yang begitu kerdil,kasar dan sememangnya tidak layak untuk berbuat begitu..Kerana engkau(waktu) begitu penting dalam hidup tiap-tiap manusia di muka bumi ini...Ingin lagi aku merajuk dan menangis kepada engkau (waktu) yang engkau pergi tanpa menoleh kebelakang..


Sebenarnya aku sedar yang bahawanya semua itu kerana kesalahan aku..Aku sedar bahawanya aku yang pergi meninggalkan engkau tanpa menoleh kebelakang..Sebelum ini aku ego semasa aku senang..Aku begitu taksud dengan kebahagian aku tanpa melihat engkau(waktu)..Aku lupa setiap kewajiban aku..Aku sentiasa dengar setiap laungan itu tapi aku begitu pekak dengan tiap teguran itu..Pekak bukan kerana kecacatan aku..Aku pekak kerana hati aku yang begitu hitam..


Maafkan aku....





Thursday, December 2, 2010

Takdir Mereka....

Berdegup pantas hati aku..Terketar ketar jari jemari aku dan terbeliak mata aku takala membaca berita yang amat menyedihkan...terkejutnya aku mendapat berita itu seperti orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku..Apa yang tidak terlintas di fikiran dan bayangan aku tetapi berlaku pada mereka yang aku gelar kekasih bahagia...Selama ini aku memerhati mereka gelak,bergurau senda sehinggakan mengalir air mata kegembiraan...Dan aku sendiri menjadi sebahagian dari mereka...Sebahagian dalam perjalanan percintaan mereka..

Sabar dan tabah sahaja aku dapat ucap pada mereka..Aku tahu mereka kuat untuk mengharungi saat begitu getir ini..Apa yang telah ALLAH uji pada hambaNYA mesti sama dengan kemampuan manusia itu.Bab kata orang "Kita mampu merancang sahaja tapi ALLAH yang menentukan"Apa yang kita harus lakukan adalah hidup seperti biasa..mungkin kita akan merasa kesunyian..mungkin kita akan rasa keperitan tapi sabarlah wahai sahabat aku..Masa yang dapat melupakan perkara yang lalu..Mungkin hanya tinggal kenangan antara kamu..Gunakan lah kenangan itu untuk menguatkan semangat kamu..

"Hari ini saya belanja Abg dengan mie makan ok?" Mungkin itulah saat terakhir aku melihat mereka bersama..Kita orang secara kebetulan memakai baju berwarna biru..Masing masing senyum jer..Kalau selepas ini mungkin perasaannya tidak sama seperti sebelumnya..Sejak akhir akhir ini aku begitu sensitif bab macam ini..tak tahu la kenapa..sedih betul..


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” (Hadis riwayat Thobrani)

Pada sahabat aku..Sabarlah dalam hadapi dugaan ini..