Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Sunday, December 5, 2010

Engkau Waktu





Ingin ku corek pada tiap waktu bahawa janganlah engkau (waktu) berlalu dengan pantas..Kerana engkau yang begitu penting dalam hidup tiap tiap manusia di muka bumi ini...Ingin ku tahan engkau (waktu) dengan tapak tangan aku yang begitu kerdil,kasar dan sememangnya tidak layak untuk berbuat begitu..Kerana engkau(waktu) begitu penting dalam hidup tiap-tiap manusia di muka bumi ini...Ingin lagi aku merajuk dan menangis kepada engkau (waktu) yang engkau pergi tanpa menoleh kebelakang..


Sebenarnya aku sedar yang bahawanya semua itu kerana kesalahan aku..Aku sedar bahawanya aku yang pergi meninggalkan engkau tanpa menoleh kebelakang..Sebelum ini aku ego semasa aku senang..Aku begitu taksud dengan kebahagian aku tanpa melihat engkau(waktu)..Aku lupa setiap kewajiban aku..Aku sentiasa dengar setiap laungan itu tapi aku begitu pekak dengan tiap teguran itu..Pekak bukan kerana kecacatan aku..Aku pekak kerana hati aku yang begitu hitam..


Maafkan aku....





2 comments:

Joe Black said...

Black Captain Lord of the Nazgûl

Anonymous said...

Sangat barang bagus.