Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Monday, December 13, 2010

Kerinduan...





Hurmmm...Sejak akhir2 ni aku mulai rindu pada wajah yg pernah mengisi kekosongan dalam hati aku...Bagaimana keadaan mereka..Adakah sihat..adakah bahagia..Tidak terkecuali pada yang mereka telah tiada di dunia ini..Walaupun aku mempunyai kemudahan yang diberikan untuk mengetahui keadaan mereka tapi aku tidak mahu sekali pun cuba menyelesaikan masalah kerinduan ini..Biarlah kerinduan ini menjadi satu titik ingatan bahawa aku tidak mudah melupakan seseorang itu..


Aku hari2 ini cuba megisi kekosongan diri dengan mem"bz"kan diri..sama ada pergi jalan2 atau duduk depan komputer adalah satu rutin bagi aku sejak akhir2 ni..Kalau orang kata cuba abiskan masa..


Jumaat lepas ibu kepada ayu telah meninggal dunia akibat sakit buah pinggang..Ayu dan adik dia ina telah mendapat mimpi yang sama sebelum ibu dia meninggal..Dimana ibunya dtg di dalam mimpi dengan wajah yg sungguh bersih dan melambai2 kali terakhir pada nya..Sungguh indah sekali mimpi tuu..Diharap roh ibunya berada dikalangan orang yang beriman..amin..


Berbeza pula bg aku..di mana pada tahun lepas aku mendapat mimpi yg lebih kurang sama seperti ayu dan adiknya..Itu pun selepas arwah atok aku meninngal dalam berapa hari..Atok datang dengan pakaian begitu cantik sekali..tak digambarkan cantiknya pakaian itu..Dia memanggil nama aku dan senyum buat kali terakhir..Aku sedar dan menangis dalam ketakutan..


Aku harap ayu dan keluarganya tabah dalam menerima ketentuan Nya..Al fatihah....amim..


No comments: