Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya
Ku mainkan lagu ini berulang kali hari ini..Ku imbas kembali zaman semasa kecil dulu..Ku tersenyum apabila teringat di waktu waktu aku asyik menangis jika dimarahi oleh orang lain..Ku kenangkan semua itu dalam hati walaupun kita semakin hari semakin dewasa.
Jika kita selalu putus asa saat ini..Ingatlah di masa kamu kecil di mana kamu akan cuba untuk mengenal erti dunia dan cuba belajar dari A sehingga Z.Ingatlah bahawa setiap perkara yang menimpa diri kamu dan janganlah kamu mudah berputus asa..Kerana kita hidup di dunia ini sentiasa belajar dari semua perkara sama ada baik atau buruk.
Tak lupa pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji
Ponteng kerana ku macam tak biasa
Hoo..oo..
Waktu pergi mengaji
Ponteng kerana ku macam tak biasa
Hoo..oo..
Hujan begitu lebat hari ini dan kilat terasa begitu dekat dengan aku.Banyak sebab mengapa Tuhan mencipta fenomena alam ini.Tapi sebab bagi aku ialah sentiasa teringat pada keluarga aku.Walaupun hujan yang gerimis pun Si ibu dan bapa pasti akan cuba melindungi anaknya dari terkena air hujan ini.Ada ibu bapa tidak sempat untuk melindungi diri sendiri tetapi hanya mementingkan anaknya dahulu.Ada ibu bapa selalu memarahi anak anaknya dari bermain hujan kerana takut ditimpa penyakit.Bukannya mereka sengaja untuk berbuat demikian tetapi hanya mementingkan anaknya sahaja.Bayangkan begitu murni dan besar jasanya.Bagaimana diri kamu nanti apabila sudah mempunyai anak.Ingatlah..Bukan mudah untuk memikul tanggungjawab seorang Ibu Bapa.
Tamatlah zaman persekolahan
Masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh Tuhan ku tak mahu pergi
Sekolah..Tempat menjadi kegemaran masa sekarang..kenangan yang begitu banyak bagi semua orang..Dari umur seusia 6 tahun sudah mula memperlajari ilmu dunia dan akhirat.Sekolah adalah tempat di mana banyak perkara akan semua orang belajar sama ada buruk atau baik..Itu semua terpulang pada diri seseorang.Ada yang menggunakannya dengan baik.Ada yang jauh terpesong dan susah untuk kembali..Bagi aku..Sekolah adalah titik permulaan hidup dunia.

No comments:
Post a Comment