Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Tuesday, January 18, 2011

Saat Terakhir...

Semalam aku cakap pada member aku yg dtg cc.."esok aku buka lambat sikit kedai..esok nk pergi mpk nk perbaharui lesen kedai dan bayar bil telekom..tapi hari ni suasana suram dan mendung takala perginye Atok kepada sepupu aku ke sisi ALLAH...Dalam pukul 1.05 pg rumah aku dikejutkan dengan panggilan sepupu ku mengatakan arwah tengah nazak..kami terus bangun dan mengejutkan saudara yg lain..jarak dari rumah ku tak jauh..hanya beberapa langkah saja..arwah telah menghembuskan nafas terakhir disisi anak anak dan cucunya..


Nampkanya niat aku untuk buka kedai lambat hari ni mmg tercapai tapi lain tujuaan nye..seperti tandanya sesuatu itu..Aku bersyukur pada ALLAH kerana diberikan kesempatan untuk menziarahi saudara terdekat..Pagi2 lagi rumah aku dan sepupu aku dipenuhi dengan tetamu dari jiran2 serta saudara2 yg berdekatan..ada yg dr jauh pun pulang dengan tanpa pikir panjang kerana untuk melihat wajah terakhir arwah sebelum dikebumikan..


Jenazah akan dikebumikan sebelum pukul 12 tgh hari..suasana pilu dah sedih meyelubungi..Bacaan yassin disedekahkan pada arwah..Pasti Suatu hari nanti aku pun akan mengalami keadaan sama..Itulah penghayatan yg aku rasakan masa tu..


Dalam pukul 11.25 pg..semua persiapan telah lengkap..Sudah sampai waktunya untuk menghantar jenzah ke tanah perkuburan..Jenazah diusung kedalam kenderaan terakhir dimuka bumi ini. Di setiap langkah akan disusuli Al-fatihah..Sebanyak 3 langkah dan 3 kali Al-fatihah dibaca..Jenazah dikebumikan bersebelahan kubur arwah atok aku..Melihat Kubur atok membuatkan aku bertambah sedih..Teringat akan detik2 hidupnye dulu..Tak lupa juga arwah sepupu aku ni.Dulu time aku kecik dia selalu bergurau dengan aku...


Begitu pantas masa berlalu..Hanya setahun je perbezaan Arwah atok aku dan arwah sepupu meninggalkan kami semua..Setahun kalau kita tgk kehadapan terasa lambat lagi..Akan tetapi setahun apabila berlalu memang begitu pantas..Masa memang mudah meninggalkan kita apabila kita lalai..


Bacaan Talkin dibacakan oleh Imam..


Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

“kullu nafsin za iqatul maut“
- Setiap yang Bernafas, Pasti akan Mati -



No comments: