Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Monday, December 20, 2010

Berita dari pendakian...

Rasanya agak begitu lama aku tidak update blog ni..kalau post pun yg kurang je..erkk...Hari ni aku nk cerita pengalaman mendaki gunung yang mana aku kali kedua mendaki gunung dalam hidup aku setakat ini..Pengalaman ini bermula semasa sedang berbual kosong dengan kawan kawan sekampung..


Ayie~Wehh..lepas ni kita nk gi mana ekk...Puas duk umah ni..
Mie~apa kata kita pergi tempat tempat yg adventure sikit ar..Baru kata Team Cap ayam...ahaha..
Ayie~haaa..!! kita gi gunung tapis nak???
Mie~iskk..ko ni..ade ke gunung tapis..Gunung kinabalu ar..ahaha...
Ayie~erkk..too much expansive journey..
Mie~perghhh...ko speaking ke tuu..tak paham aku..huahua..ok gak..kita ajak team cap ayam kita..
Ayie~bereessss bohhh!!!..


Team cap ayam sebenarnya satu team futsal..Dimana kami terdiri dari remaja remaja yang suke bergiat dalam aktiviti sukan ini..ahahaha..Kami yang terdiri dari 8 orang ahli cap ayam masing bergitu semangat hendak mendaki gunung yang mana kami telah plan awal awal lagi..Kami dah rancang selepas subuh kami akan bertolak dari rumah untuk menuju ke destinasi tersebut..


Team Cap ayam..




Sebelum bertolak tu cuaca agak mendung tapi tidak hujan masa tu...tetapi dalam berapa minit hujan dengan tiba tiba turun dengan amat lebat..Kami berfikir..
Mie~hujan ni..cam mane??
Fared~jadi tak ni??
Ayie~kita tunggu hujan berenti dulu..
Mie~mana boleh cancel ni..dah alang alang siap..iskkk...


Hujan masih turun dengan lebat..Kami amik keputusan pergi dulu dengan menaiki 2 buah kereta kami menuju ke destinasi...Walaupun hujan turun dengan lebat yang bagaikan tidak mengizinkan kami untuk meneruskan niat yang begitu membara ini..Dalam 30 minit kami sampai ke destinasi..Hujan masih turun dengan lebat...


Kami amik keputusan untuk makan dulu di rumah sepupu kawan kami yang tinggal berhampiran dengan tempat kami ingin mendaki..Menu nasi goreng + jemput + kopi panas..Sedap ni time hujan hujan makan masakan macam ni..Nak nak Jemput..huhu..


Jam menunjukkan pukul 8 pg..hujan sekejap berenti sekejap hujan..Masing masing mengeluh tanda seperti putus asa..
Mie~rilex ar..kalau pukul 9 hujan lagi..kita pergi gakk..Yang penting niat kita..
Semua seperti kembali ceria setelah mendengar kata kata dari aku ni..menda menda cam ni kena ada sorang yang semangat sikit..kalau tak memang awal awal lagi dah balik...huhuh.


8.30 am... Hujan dah berenti..Kami cepat cepat bertolak ke tempat tu..tak jauh mana..5 minit jer dari rumah sepupu kwn tuu..First dulu kami pergi balai polis untuk mengisi nama ahli yang ingin pergi mendaki..yelakan..mana la tau ade yg jatuh gaung ke..iskk..bahaya tuu..Selepas itu kami siap siap dengan kelengkpan masing masing..


8.45 am.. Dimulakan dengan doa..Pendakian kami bermula..bermula dengan anak tangga..kalau tidak silap 15 minit gak hanya dengan menaiki anak tangga..Dengan 45 darjah ketinggian itu begitu mencabar kami semua..Memang penat dengan hanya mendaki selama 15 minit jer..sudah ada tanda2 putus asa dari kawan kawan semua..Aku sebagai seorang yang begitu semangat hanya menjerit "cap ayam!!" come on!!..Masing masing gelak je bila aku jerit cam tu..


Selepas 15 minit dengan anak tangga itu..Baru jalan denai yang agak curam..Kaki kena kuat kalau daki tanpa anak tangga...jalan masih basah selepas hujan tadi..Masing masing saling membantu untuk mencapai target iaitu puncak pendakian kami..Di pertengahan..kami sampai di check point..Kami berehat sebentar di check point yang telah disediakan..Macam perhentian bas je check point..


check point




Mie~Cuba ko orang bayangkan org yang buat anak tangga dengan check point ni..Lagi gile..nk kena angkat barang naik atas nk buat menda macam bus stop ni..kita mendaki je ni...semasa rest tu kami amikla pic sikit..klu tak pic ni xbest woo..ahahah...


Selepas 15 minit rehat kami teruskan pendakian kami...lagi separuh je lg ni..dalam berapa minit pendakian..2 orang seperti tidak larat dah..diaorg cakap nk pitam pun ade..kami amik keputusan rehat 5 minit lg..bila dh ok sikit kami mulakan lagi pendakian..Dengan jalan yang agak licin..kami teruskan tanpa putus asa..cayok! cayok!..huhu..


Dalam masa yang sama sempat lagi tu wat video ala ala wartawan tuu..ahaha...Memang syok dan spontan la..huhuh..Menda nak hilangkan penat..kena la wat menda cm tuu..huhuh..Selepas 30 minit kami akhirnya sampai di puncak..Wajah masing masing begitu lega dan ceria..Sebab Misi kami dah tercapai..huhuhuh..Seperti misi negara gitu..erkk...


Dengan pemandangan begitu cantik..kami terpegun dengan keindahan alam yang tidak terjejas oleh pembangunan..udara yang begitu segar..udara tanpa sedikit pun pencemaran..Puas hati kami semua..Kami banyak menghabiskan masa di atas dengan kata kata yang begitu puas dan syukur atas kejayaan kami..





1 comment:

eihin farahin said...

smpai ati x ajak....
sedinhnya..
abg mie,tlg wat smula blog sy..
plzzzz....