Masa berlalu memang pantas apatah lagi apabila kita tidak pernah memikirkan pasal masa...Dan dalam masa yang sama membuatkan aku terkenang kenangkan masa lalu..ada yang indah dan ada juga yang begitu perit untuk aku luahkan..Setiap apa yang berlaku pada masa lalu adalah sebagai menjadi satu pengalaman bagi aku dan sesiapa sahaja. Pada yang lemah pada masa lalu akan menjadi lebih kuat pada masa sekarang dan akan sentiasa berwaspada apabila menghadapi sesuatu perkara dalam situasi yang sama.
Jika kamu bersama orang yang tersayang..Pernahkah kamu dimarahi, disindir atau direndahkan sama ada dalam masa yang panjang atau singkat. Tetapi sedikit pun kamu tidak menunjukkan sikap yang ingin memarahi kembali atau membalas kembali apa yang dilakukan oleh orang yang kamu sayang itu.Dan kamu hanya tersenyum dan meminta maaf walaupun itu bukan kesalahan kamu.Kerana bagi kamu memaafkan adalah satu dari sikap kamu..Pernahkah kamu?
Jika kamu bersama orang yang tersayang..Pernahkah kamu ditinggalkan olehnya hanya kerana kamu tidak sependapat.Kamu dibiarkan begitu dan mata-mata disitu melihat kamu bagaikan kamu yang bersalah.Dan kamu hanya terdiam dan mengejar kembali dia walaupun dia tidak pedulikan panggilan kamu..Pernahkah kamu?
Jika kamu bersama orang tersayang.Pernahkah kamu mendapat panggilan dari kawan kamu yang mengajak kamu bermain futsal atau sebagainya tetapi waktu yang kamu janjikan bermain itu selepas kamu abis keluar dengan dia.Dan dia begitu ego dan tidak membenarkan kamu pergi walaupun sebenarnya waktu itu kamu sememangnya tidak bersama dengan dia.Pernahkah kamu?
Jika kamu bersama orang tersayang.Pernahkah kamu mengalami situasi dimana hari kamu ingin menghantar dia ke terminal bas dan minit- minit terakhir sebelum dia menaiki bas.Si dia tiba-tiba memarahi kamu..merajuk tidak tentu pasal dan menyuruh kamu balik tanpa melihat dia kali terakhir meninggalkan kamu.Tetapi kamu seperti tidak dengar apa yang dia kata dan menunggu dia pergi meninggalkan kamu walaupun dia marahkan kamu.Dan akhirnya dia menangis,meminta ciuman terakhir dari kamu sebagai izin bahawa dia akan pergi.Pernahkah kamu?
P/s~Disaat kamu menyintai seseorang adalah secara sendirinya kamu tidak akan cuba sakitkan hati dia walaupun sedikit.Dan jika kamu pernah menyakitkan hati Si dia. Ini kerana ego kamu.
2 comments:
abg mie,sy touching bc ape y abg mie tulis....wat sy mnyesal dgn ape yg sy pnh wat kt ex sy dlu...
ahaha...normal la tuu
Post a Comment