Aku kembali pada keadaan asal semula..aku sendiri lagi..Aku fikirkan aku bukan di antara insan yang tidak mudah di ketepikan..Nampaknya jangkaan aku silap..Apakah kesalahan aku..Layanan dia seperti seorang yang dahagakan cinta tapi aku silap lagi..Mudahnya aku membuat kesimpulan tentang dia..Dia yang aku anggap penuh kebaikan..Aku fikirkan hanya lelaki sahaja yang mampu menipu berkali kali..tapi aku silap lagi..ahhhh..Bodohnya aku...Tapi aku mempunyai kawan yang sejati..Kawan yang sentiasa memberi kata-kata yang membangkitkan semangat..Sebenarnya aku dah lama sedar yang kawan kawan begitu penting tapi kerana ego aku tidak mengakuinya...
Jika semalam aku jatuh dan terasa begitu sakit dan luka itu begitu memeritkan..Tapi Hari ini aku bangun semula tanpa luka semalam..Walaupun bukan sembuh sepenuhnya tapi aku bersyukur yang aku mampu jadi lebih baik dari semalam..Tapi aku juga takut yang luka itu berdarah kembali..Aku harap tidak..Ya ALLAH..kau aminkan lah doa yang aku selalu pinta dari MU...Temukan aku insan yang lebih baik dan yang mampu membantu aku semasa keadaan sukar..Aku faham kenapa KAU sentiasa menemukan insan yang salah dulu...
Aku sentiasa berkenalan dengan insan yang aku anggap baik tapi hakikatnya tidak..Dalam 10 yang aku kenal hanya 3 jer yang baik..bukan nya aku jenis yang memilih tapi sapa yang tidak mahu memiliki insan yang baik..walaupun aku sendiri tidaklah antara yang terbaik..Disebabkan aku mempunyai prinsip yang aku ingin berkawan dahulu membuatkan aku dapat mengenali seseorang itu dengan jelas...Kalau dulu aku mudah membina perhubungan dalam masa sehari sahaja..Bila dah terluka baru sedar atas kesilapan sendiri..
Sekarang aku berubah kepada berwaspada dahulu..Jenis aku..aku dapat mengenali seseorang itu dalam masa seminggu jer tetapi kadang kadang sehari je dh tauu..Yang diluar nampak seperti seseorang mungkin pijak semut pun tak mati..tapi alangkah terkejutnya takala aku megenalinya...Jalan yang aku sangkakan lurus tapi penuh perangkap yang mungkin mematikan hati aku...Jangan ingat hanya lelaki jer yang mampu membuat perempuan menjadi sesat..tapi perempuan lagi berbisa...Bukan jenis aku ingin membezakan kebaikan lelaki dan perempuan...Tapi pengalaman mengajar erti itu..
Kita Insan Biasa
Andainya dapat kuulang semula
Suatu zaman yang bernama remaja
Akan terpelihara segala milikku
Hanya buatmu...
Lautan mana yang tidak bergelombang
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan
Aku sepertimu ada waktu diburu
Oleh dosa-dosa masa yang lalu...
Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
Dapat dipersembahkan
Menjadi satu lambang sucinya percintaan
Usah lagi kita persoalkan
Keterlanjuran di masa nan silam
Kusedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa...