Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Saturday, November 27, 2010

Cahaya Kasih...




Fikiran aku masih bermain dengan jari jemari aku,
Bermain kerana ingin menghitung hari hari yang berlalu,
Hari hari yang berlalu itu membuatkan aku tidak sedar apa yang berlaku,
Apakah yang berlaku pada waktu dan keadaan yang aku harungi tanpa sedar itu..


Kadang kadang aku tertanya apa yang aku sedang lalui,
Kadang kadang aku tertanya apa yang aku inginkan,
Kadang kadang masa membuatkan kita lupa pada diri,
Kerana diri sendiri yang akan menolong kita nanti..


Di dalam hati aku sentiasa terdetik pada kenangan,
Kenangan yang membuat kita hanyut atau tabah untuk masa hadapan,
Tetapi ada orang lain yang tidak pernah mengambil peduli pada masa hadapan,
Kerana dia insan yang tidak mahu berubah dan aku harap aku bukan antaranya..


Disebalik wajahnya yang terpancar cahaya,
Dan itu cahaya kasih sayang yang sentiasa orang lain inginkan,
Dan aku diantaranya mungkin merebut peluang itu,
Tapi aku tidak sempat menyentuh cahaya kasih sayang itu...


Mungkin di sini sahaja jodoh dan pertemuan kita,
Aku harap aku dapat menemui kembali cahaya itu,
Tapi bukan insan yang sama,
Kerana aku tidak layak untuknya...








No comments: