Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Saturday, April 30, 2011

Pelangi Selepas Hujan...

Aku sudah terbiasa dengan sinar mentari yang menyinari kehidupanku. Telah berjaya kulupakan mendung-mendung kelabu yang membayangiku tidak lama dahulu.. Aku berjaya melenyapkan bayangan gelap itu walau dengan seribu kepayahan. Namun tiba-tiba mendung berarak kembali. Rintik-rintik hujan telah mula menunjukkan tanda untuk rebah ke bumi. Tidak!!! Aku belum puas merasai sinar itu. Aku belum bersedia untuk menerima kehadiran hujan lebat ini. Kenapa aku harus lalui semua ini?? Kenapa??


Mungkin sinar yang terlalu cerah telah membuatkan aku alpa. Alpa tentang adanya kehadiran hujan. Masihku ingat lagi saat aku mendongak dan melihat sinar cerah mula menyelubungi hidupku. Aku bagaikan tidak percaya. Air mata tidak henti-henti mengalir mensyukuri nikmat ini. Namun pada hakikatnya aku tidak mahu mengajar diriku terlalu gembira. Aku takut. Takut sinar ini hanya sementara dan mungkin hujan yang turun selepas ini lebih dahsyat. Aku takut akan kenyataan itu.


Semua ini membuatkan aku begitu berhati-hati pada setiap langkahku. Itulah yang membataskan setiap pergerakanku. Namun, aku hanya insan biasa. Apabila terlalu lama dilimpahi sinar kecerahan aku terlupa pada kegelapan. Aku lupa pada mendung-mendung kelabu. Apa yang sering menjadi persoalan di benakku. Kenapa aku yang harus mengharunginya?? Kenapa aku?? Bukan insan lain.


Kini, saatnya telah tiba. Payung perlu segera disediakan. Aku dapat merasakan telahanku sebelum ini benar. Ya. Hujan lebat bakal melanda. Hujan yang akan mencetuskan badai di hatiku. Bagaimana harus kuhadapinya??


Kini aku cuma mampu menanti dan mengharap kemunculan pelangi setelah hujan yang lebat ini. Pelangi yang INDAH..



Friday, April 29, 2011

Susah jugak..

Membina kerjaya bukan lah mudah..Lebih lebih lagi bila kita hendak mencapai ke puncak kerjaya itu..Tapi bagi aku untuk mengekalkan kerjaya itu lagi susah..Pening dari atas sampai ke bawah..sebab itu lah kalau dalam drama mesti yang kena heart attack tu dari orang yang kaya kaya...tapi di sini bukan aku nk cakap yang aku ni kaya ke apa..Cuma nak meluahkan apa yang aku rasa..


Dalam kerjaya aku ni boleh dikatakan aku yang menguruskan semua aliran perniagaan ini..Aku boleh cakap 90% aku yang handle..Tapi dalam hati aku ni aku hanya fikir ini lah cara aku untuk meraih pengalaman yang mungkin suatu hari nanti aku akan gunakan juga..hari ni saja aku pening kepala sebab fikirkan masalah network..Kebiasaan berlaku menda alah cm ni mesti kaitan dengan cable atau server..tapi tu semua aku dh check..nak tak nak aku tunggu je..


Bila dh 2 jam baru ok..Aku tak tahu sebab apa..Aku on balik semua pc yang aku off td..Budak2 pun boleh main..Aku pun suka...ahahah~...Income pun masuk..Kata KG..Apa yang berlaku dalam bisnes kita akan menjadi efek pada aku...yerr KG..mmg btl..


Thursday, April 28, 2011

Indah atau perit



Indah sungguh bila sesuatu perhubungan itu bermula..Dari hari yang pertama sehingga hari di mana kamu dan dia bahagia ..Tapi Peritnya sungguh bila sesuatu perhubungan itu berakhirnya dengan putus putus putus..Lebih banyak luka dari sembuh..lebih banyak air mata yang mengalir dari pelangi yang seharusnya mengindahkan taman di hati...Mungkin kita selalu berada di dalam situasi yang begitu tapi tidak ramai yang dapat bangkit dari kekecewaan yang melanda hati mereka..Ada yang memberi impak yang mendalam akibat dari sesuatu peristiwa yang berlaku pada mereka..Aku tidak mahu berada dalam situasi begitu..Cukup la untuk sekali dalam hidup kita..Tapi ALLAH itu maha menguji..Bila bila masa sahaja dia boleh menguji kita..

Monday, April 25, 2011

Saturday, April 23, 2011

Kau pergi Jua


Wajah mu seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajah mu mengapa sering terbayang di mata ku
Sehingga terbawa di dalam mimpi ku
Sayang ku tahukah kau di dalam hati ku ini
Tersimpan perasaan cinta yang suci
Kau bunga ingin ku sunting mu menjadi milik ku
Lantas ku abadikan dalam jiwaku



"Man…baju ni cantik tak?"suara Ida dengan lembut. Dia menanti jawapan dari Azman. Tiada suara yang membalas pertanyaan nya. Dia menoleh dan mengerut kan dahi nya.
"Man! Dengar tak Ida cakap ni?"sergah Ida.
"Sayang…baju ni cantik..Man dengar la..jangan la nak sergah orang macam tu.."
"Habis kenapa diam je?pandang Ida macam tu ada apa yang tak kena ke?" Kata Ida sambil membelek wajah nya di cermin.

"Salah ke kalau Man nak tengok buah hati Man?" Mata nya tajam melihat keayuan wajah kekasih yang dicintai. Ida menunduk malu dan terus berlalu pergi. Azman yang menyedari Ida tiada lagi di depan nya, hanya mengekori Ida dari belakang.

Tangan ida di pegang dengan erat seolah-olah tidak mahu dilepas kan, Ida terkedu dan hanya mampu mebalas genggaman itu tanpa bersuara. Sikap Azman begitu berbeza semenjak dia mengetahui akan penyakit yang Ida alami. Memang dari dulu Azman seorang yang mengambil berat, tetapi kini sikap nya cukup berlainan…

"Ida..kita pergi makan kat sana nak?perut Man lapar lah..dah bergendang dah ni.."kata Azman sambil tersenyum..Ida hanya mengangguk kan kepala nya tanda setuju. Sampai sahaja di tempat makan, Azman mengeluarkan keluhan yang berat. Ida hairan.. dia letih agak nya.. bisik hati Ida. Azman memesan makanan untuk mereka berdua. Sambil menunggu Ida sempat menatap wajah kekasih nya. Dia tersenyum.

"Kenapa senyum sorang-sorang ni? Ida senyum kat Man ye?"
"Hmmm tak lah, Cuma Ida rasa lucu bila tengok Man lapar… Man, terima kasih"
"Hm?untuk apa?" tanya Azman penuh persoalan. Ida terus tersenyum tanpa jawapan sehinggalah Azman menghantar nya pulang.
"Ida.. Man masih tak faham tentang ungkapan terima kasih yang Ida lafazkan tadi."
"Tak ada apa lah Man…"cuaca sejuk menggigit tubuh kecil Ida. Ida meminta izin untuk masuk ke dalam rumah. Baju sejuk tebal nya tidak mampu menahan kesejukan yang melanda.Sejuk jugak dekat Jepun ni bentak hati Ida. Azman mendekati Ida dengan pandangan yang penuh makna. Tanpa disedari Ida sudah pun berada dalam dakapan tubuh sasa itu.
"Ida.. jangan tinggalkan Man.. Man akan menemani Ida sehingga nafas mu yang terakhir"bisikan itu cukup menyentuh hati Ida.Ida meleraikan dakapan nya.
"Man, Ida sayang kan Man.."hanya itu ungkapan yang terlafaz di bibir nya..Dia melangkah kan kaki nya masuk ke dalam rumah dan melemparkan pandangan yang cukup bermakna buat insan yang di kasihi. Terlerai sahaja genggaman itu,Azman melabuh kan punggung nya ke dalam perut kereta. Azman tersenyum melihat gelagat kekasih nya yang kesejukan.

Kereta itu berlalu dan waktu itu terasa sunyi dan sepi.. Tak sampai lima minit sudah terasa rindu untuk melihat kekasih nya..dia tersenyum sendirian dan berlalu pergi…
"Azman menhembas kan diri di katil empuk nya..hanya keluhan kecil yang terkeluar. Dia mendongak ke atas sambil memikir kan masa akan dating.berbagai persoalan yang timbul dalam benak fikiran nya. Masih teringat akan peristiwa semasa kali pertama dia bertemu dengan kekasih nya itu…

" Excuse me, I think you got the wrong book" Azman menoleh lantas mebelek buku yang di beli nya. Sah,memang salah buku…dia mengeluar kan buku itu..Komik. Kening nya berkerut.
"Ermm this is your book?" Dia menunjuk kan buku itu ke arah gadis di depan nya. Gadis itu mengangguk dan tersenyum.
"Terima kasih…nasib baik sempat saya kejar awak.. kalau tak melepas saya nak baca komik tu." Dia mengambil sambil tersenyum.
"Erk…awak baca komik ke?"terketar suara Azman.
"Salah ke saya nak menghibur kan hati saya… lagi pun ni salah satu hobi saya.. anyway,thanks sebab pulang kan buku ni pada saya..and ini buku awak…ok.." riang sungguh suara nya..Azman terkedu melihat wajah nya yang ayu dan sedikit nakal. Dia hanya mampu tersenyum dan membiarkan gadis itu terlepas begitu sahaja.

Tidak di sangka langsung pertemuan mereka kali pertama bukan berkhir di situ, mereka bertemu untuk kali ke dua. Azman memandang nya tanpa berkelip. Ekoran mata nya kali ni tidak akan terlepas. Dia mengekori tubuh kecil gadis itu di celah-celah orang yang ramai.

"Erk…maafkan saya."Azman cuba bersuara.
"Ye saya..eh awak! Awak buat apa kat sini? Shopping ke? Banyak beli barang?"
"Sebenar nya saya ikut awak dari tadi lagi.."
"Hm? Awak ikut saya?kenapa?ada tertukar barang ke?" bertubi-tubi soalan itu.
"Eh tak..saya cuma nak tahu komik apa yang awak baca hari tu ye?"kata Azman. Ish kenapa susah sangat nak tanya nama?apa kena kau ni Man? Sekarang lah masa nya. Azman memarahi diri nya..hati nya bentak.
"Oh..itu ke..erm nama komik tu Naruto.Eh..!saya dah lambat ni…ada hal lah..anyway this is my card..kalau apa-apa call je…"Dengan mesra nya dia mengeluarkan kad itu dan berlalu pergi. Azman melihat kad itu..Nur Iman Hidayah, Accounting rupa nya dia ni..bisik hati kecil Azman.

Semenjak perkenalan mereka kali kedua itu Azman cuba berani kan diri untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi..Sehinggalah mereka berdua di putuskan menjadi sepasang kekasih. Di saat itu Azman merasakan diri nya begitu bahagia… Begitu juga dengan Ida. Walaupun penyakit ida menjadi halangan untuk mereka berdua terus bersama, Azman tetap menemani Ida di sisi walau dalam keadaan apa sekali pun. Semangat untuk kekasih nya diberi kan tidak putus-putus. Memang pada mula nya Ida hampir putus asa,tetapi ketabahan menjadi benteng untuk nya menerus kan kehidupan. Kasih sayang yang erat antara Azman dan Ida meberi semangat untuk nya berjuang.
 
"Telefon berdering mematikan lamunan nya. Azman terus bangun dan melihat di skrin telefon bimbit nya.Doktor Fikri bisik hati nya.

"Assalamualaikum Doktor…"
"Waalaikumusalam..Man,minta maaf lah kalau saya menganggu.Saya nak minta awak nasihat kan Ida..tolong lah jalani pemeriksaan untuk mengetahui tahap kritikal penyakit dia…saya call dia tapi dia membantah…"
"Bantah? takpe la Doktor nanti saya cuba nasihat dekat dia… ermm macam mana dengan laporan hari tu?"


"Laporan hari tu menunjukkan kesan yang negatif… penyakit dia makin melarat… hanya awak sahaja yang boleh beri semangat untuk dia…"Kata Doktor Fikri. Azman terkedu dan terasa diri nya tidak berpijak di bumi yang nyata.
"Baiklah…apa-apa pun saya cuba nasihat kan dia…Assalamualaikum."Salam Azman di jawab.

Azman termenung seketika. Apa yang perlu dia buat kini hanya berdoa kepada Allah supaya diberi kan ketabahan kepada kekasih nya. Dia terus bangun membuka jendela menghirup udara malam di Jepun… rindu nya pada keluarga di Malaysia semakin menebal. Semenjak kehilangan kedua orang tua nya, Azman semakin tabah tambahan lagi kekasih nya sendiri akan pergi untuk meninggalkan nya… Ya Tuhan ku,ringan kan lah dugaan Mu kepada hamba Mu yang lemah ini, berikan lah aku ketabahan dalam menghadapi onak dan duri dalam hidup ku…. Rintih hati kecil nya.

Tugas nya di Jepun akan selesai dalam 2 minggu dari sekarang. Ida pula terpaksa menunggu lebih lama kerana tugas nya memakan masa lebih dari nya. Tiba-tiba lamunan nya mati begitu sahaja setelah telefon bimbit nya berdering.

"Assalamualaikum…Man tengah buat apa tu? mengelamun yeee"
"Waalaikumusalam…tak buat apa, Cuma tengah fikirkan Ida yang keras kepala ni.."
"Eh,apasal pulak ni..Ida ada buat apa-apa ke.."
"Sayang…minggu depan kita ke hospital ye."lembut suara nya cuba memujuk. Namun tiada suara di hujung telefon.
"Man…minggu depan Ida sibuk la.. client dari Perancis nak datang…. kita pergi lain kali la ye."
"Tapi bila? Ida kena pergi… Man tak nak Ida buat beribu alasan semata-mata nak elak dari melihat kenyataan…Man sayang kan Ida"
"Man..bukan itu maksud Ida… Ida tau Man sayang kan Ida,tapi Ida terpaksa Man…Ida janji,bila Ida free kita pergi ok."Kata nya seakan memujuk
"Kalau itu keputusan Ida, Man ikut..tapi ini janji… jangan nak mungkir janji pulak…Ok,Man nak masuk tidur ni… esok Man ada important meeting… Ida jangan lupa makan ubat ye.."
"Ok…Assalamualaikum…"salam nya di jawab dengan manja… Man melepas kan keluhan yang berat.Tanpa memikirkan apa-apa mata nya terus terlelap….
 
Suria yang bersinar di Negara matahari terbit itu menyedar kan Azman yang sedang lena diulit mimpi. Perkara pertama yang di fikirkan nya hanyalah Ida. Janji Ida masih bermain di dalam fikiran nya. Bukan memasa tetapi ini lah kebaikan untuk dia supaya melihat sendiri laporan itu. Langkah nya di percepat kan setelah selesai berdandan.

Jam di tangan dilihat nya.Masih terlalu awal untuk ke Universiti.Barangkali pensyarah yang lain masih belum sampai. Azman menghidupkan enjin kereta yang entah ke mana hala tuju....seperti biasa selepas enjin kereta di hidupkan Azman akan memasang kaset yang di rekod nya melalui beberapa lagu…setiap lagu yang di rekod adalah dari penyanyi yang berbeza… Azman memang suka kan lagu-lagu yang slow dan romantik.. bagi nya lagu-lagu begitu dapat menenagkan hati nya jika dalam keresahan atau kebingungan…

Bagaimana harus aku menjalani hidup ini Ya Allah, mengapa semua ini berlaku pada aku yang sememang nya tidak layak untuk menerima ujian Mu yang seberat ini. Hati seorang kekasih merintih pada Mu agar Kau mengambil nya dalam keadaan orang yang beriman.Berikan lah aku ketabahan, kesabaran dan kekuatan…. Hati nya merintih sedih.Sepi terasa… Azman bersandar di kerusi kereta nya,berbagai persoalan bermain di dalam kepala. Deringan telefon bimbit memecah segala nya.

"Hello,Assalamualaikum."
"Man...you ada kat mana? please…Ida sedang tenat you must come right now!"t elefon bimbit di mati kan.. kereta nya memecut laju. Dada nya berdebar-debar,terasa ingin terbang semahu-mahu nya. Azman semakin hilang kawalan.dalam kepala nya hanya memikirkan keadaan Ida. Sebaik sahaja sampai,langkah kaki nya semakin laju. Jantung nya semakin berdegup kencang.

"Ida,mana Ida?saya nak jumpa dia doktor…"manik jernih nya tidak dapat di tahan lagi. Akhir nya tumpah jua,mengalir di pipi. Sebak dan sedih…semua perasaan bercampur baur…
"Ya Allah Man… bawa bersabar, jangan kau terburu-buru macam ni… bawak bersabar.." tegah Doktor Fikri.
"Excuse me sir, this is for you…"manis suara gadis jepun di depan nya. Azman melihat sebuah diari biru di genggam erat. Dairi itu,Ya..ini lah diari yang dia hadiah kan untuk Ida buat pertama kali hari lahir nya. Azman terduduk dan menangis tersedu-sedu seperti kanak-kanak yang kehilangan ibu nya. Diari biru itu di genggam erat. Hati nya terasa sebak dan mengharapka agar Ida sempat berjumpa dengan nya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Azman menyelak satu per satu diari itu dan mengamati nya dengan teliti. Semua nya berkenaan dengan penyakit nya dan juga pertemuan antara mereka berdua. Tarikh pertemuan yang pertama juga di nyatakan.

8.00 pm 20 May 2001
Seronok, entah apa yang nak di kata kan lagi.. Azman, itu lah lelaki pertama yang berani menegur ku. Orang nya sederhana dan tak berlagak. Caring and loving…
Kali kedua kami keluar bersama. Buat pertama kali lelaki yang aku kenal suka pada teddy bear… lucu juga..tapi he is very nice.

2.35 pm 28 May 2001
Hari ni aku pergi ke hospital untuk checkup… Ahhh,semua nya berlaku dengan pantas..aku tidak menyedari apa yang telah berlaku. Laporan tentang penyakit aku semakin teruk.

Azman meneruskan pembacaan nya satu per satu. Daripada satu muka surat sehingga satu muka surat yang lain. Air mata nya masih lagi mengalir perlahan. Menunggu dan terus menunggu..keadaan Ida masih lagi sama. Tiada perubahan. Untuk sementara tiada sesiapa yang boleh melihat Ida. Mata nya dialih kembali ke muka surat seterus nya. Tiba-tiba mata nya terpaku di situ, di mana tarikh pembedahan yang akan di jalan kan.

"Man, Ida dah sedar…awak boleh lihat dia sekarang.."Kata doktor Fikri. Azman menggenggam erat jemari kekasih yang disayangi. Memberi semangat dan ketabahan untuk melawan penyakit itu.

"Ida…Man minta maaf.." bergetar suara nya. Ida hanya tersenyum.
"Man..man tak buat apa-apa salah…. sepatut nya Ida yang minta maaf dari Man…di sebab kan Ida, Man tak pergi kelas… kesian budak-budak tu.. tak pasal-pasal kelas di batalkan… Ermmm Man, kenapa kita ditemukan ye? Ida tak sanggup tengok Man macam ni..Man terlalu baik…"kata-kata nya terhenti di situ.
"Ida…Man tak pernah menyesal ditemu kan dengan Ida. Malah Man bersyukur kerana Man mempunyai seorang kekasih yang tabah dan juga berani…"
"Tapi Man…Ida akan pergi tinggalkan Man…Kita tak dapat bersama seperti orang lain…Man…esok dia orang akan cek tulang sumsum Ida…Ida takut."
"Apa yang Ida nak takut kan,kalau Ida berpegang pada ketabahan dari Allah…Ida tak kan rasa semua tu.Man tau benda tu sakit..tapi sabar lah ya,hanya itu cara nya.Takpe lah,Ida rehat dulu ya,Man nak jumpa doktor Fikri.."Kata-kata nya terhenti di situ dan melangkah kaki nya keluar. Dibiarkan Ida rehat secukup nya.

Laju sahaja langkah kaki nya menuju ke bilik Doktor Fikri. Mata nya terintai-intai kalau-kalau kelibat Doktor Fikri ada di situ. Belum sahaja sempat dia mengetuk pintu Doktor Fikri sudah terjemba di depan mata nya.

"saya ada hal nak cakap dengan doktor."
"ok..kenapa Man..berkenaan dengan Ida ke?" Azman mengangguk kan kepala nya.
"doktor,macam mana barah tu boleh merebak dengan cepat?"
"begini Man, Bila kasusnya parah, transplantasi sumsum tulang kadangkala dibutuhkan. Tulang marrow yang sihat bila di transplantasi di badan membantu membangun jaringan yang rosak oleh perawatan. Kesuksesan dari transplantasi sumsum tulang membutuhkan pemasangan tepat dari karakteristik darah.
"kemudian?"soal nya lagi
 
Sebuah alternatif dari transplantasi sumsum tulang adalah transplantasi darah tali pusat dengan menggunakan sel dari tali pusat untuk menggantikan sel yang rosak oleh terapi leukemia. Proses darah tali pusat mempunyai kelebihan dibandingkan dengan transplantasi sumsum tulang kerana sel-sel darah tali pusat belum diprogram untuk menyerang jaringan asing. Proses ini telah berhasil digunakan. Potensi keberhasilan di antara orang dewasa tidak begitu pasti kerana sebuah tali pusat hanya mengandungi satu per sepuluh jumlah sel yang biasanya dipasok oleh transplantasi sumsum yang biasa."

Azman mengeluh berat…hati nya merintih seidh mendengar penjelasan yang begitu lengkap oleh doktor Fikri…Apa yang patut di lakukan hanya lah berdoa dan bertawakal kepada nya agar di beri penawar untuk penyakit Ida. Azman bangun lalu beredar. Telefon bimbit nya berdering mematikan lamunan nya seketika.
"Hello…"
"Assalamualaikum…Tengku apa khabar?" Azman terkejut mendengar suara Bonda nya nya sudah lama dirindui.
"Tengku sihat alhamdulillah…Bonda sihat?"
"Alhamdulillah sihat…ermmm macam mana dengan Ida? Dia sihat ke? Bonda rindu kan dia..bila Tengku nak bawa balik Ida jumpa Bonda?"
"Maaf kan Tengku Bonda kerana tak bagi tahu pada Bonda akan hal ni..sebenar nya Tengku ada di Hospital sekarang…Ida sakit lagi Bonda..Tengku tak tahu nak buat macam mana…Bingung..."
"Apa Ida masuk hospital? Kenapa tak bagi tahu pada Bonda? Macam ni lah Tengku... Bonda akan ambil penerbangan ke Tokyo sekarang, jumpa Bonda di lampangan terbang ya…"
"Baiklah...Kalau Tengku tak sempat, Tengku akan hantarkan wakil di sana.. Assalamualaikum..."

Tanpa berlengah lagi Tengku Zaharah terus mengambil tiket untuk penerbangan ke Tokyo bersama-sama dengan Anak sulong nya Tengku Shahril Azlan. Mereka berdua bergegas ke sana kerana bimbang jika berlaku sesuatu yang lebih berat kepada kedua orang yang mereka sayangi.

Azman duduk termenung sambil mendongak kan kepala nya ke langit... Manik-manik jernih bertamu di pipi. Ya Allah, Bantu lah hamba Mu ini...berikan lah ketabahan buat Ida dan juga dir ku...Sesungguh nya ujian yang menimpa kami berdua adalah talbiah dari Mu Ya Allah... Kurniakan lah Innayah Mu…tempatkan kami berdua di bawah rimbunan rahmat Mu Ya Allah..Sesungguh nya memang ini lah lumrah kehidupan di mana setiap yang datang akan pergi jua…tetapi Ya Allah, turunkan lah mukjizat Mu untuk selamat kan Ida yang berada dalam keadaan tidak menentu...

Merayu hati seorang hamba yang sungguh kerdil ini… Azman cuba menelefon bonda nya namun tidak berjawab...barangkalai bonda sudah berangkat. Mungkin akan ambil masa yang sungguh lama. Azman seolah-olah keseorangan dan tidak berteman.
Ke hulu ke hilir langkah kaki nya entah ke mana arah tujuan. Fikiran nya hanya memikirkan Ida. Hanya Ida seorang yang bermain di fikiran Tengku Shahril Azman. Beberapa jam kemudian, Azman terima panggilan dari bonda nya yang kini sudah berada di lampangan terbang Tokyo. Azman memberitahu bonda nya bahawa dia tidak dapat menjemput mereka berdua kerana ingin menemani Ida sepanjang masa. Bonda nya mengerti dan terus pergi ke hospital di mana alamat yang Azman ujar kan.

"Doktor…tiada cara lain ke yang boleh merawat Ida?"
"Begini Azman, kemoterapi adalah rawatan yang akan kami lakukan terhadap nya dengan menggunakan sitotoksik.Tujuan nya ialah untuk membunuh sel-sel kanser. Jika leukemia meiloid kronik berubah menjadi fasa yang lebih aktif, kemoterapi yang lebih kuat mungkin di berikan." Azman mendengar dengan penuh teliti dan hanya mampu menundukan kepalanya ke lantai… apa yang patut dia lakukan. Azman memegang kepala nya dan tiba-tiba dia terdengar suara Bonda dan abang nya menghala ke arah nya.

"Tengku…apa yang dah jadi?doktor?"
"Doktor boleh kita ke dalam sekejap…"pinta Azlan, abang nya.
" Doktor…boleh saya tahu kemoterapi yang bagaimana Ida harus terima"
"Begini Azlan, Ida ni sebanar nya akan menjalani kemoterapi yang terakhir iaitu terapi sambungan. Terapi sambungan ni adalah peringkat akhir rawatan bagi leukemia ini. Tetapi matlamat nya adalah sama iaitu membinasakan sel-sel kanser yang masih tinggal."
"Bagaimana pula dengan kesan nya?" sambung Azlan lagi.
"Kesan tu….yang paling biasa ialah rasa loya, rambut gugur, pucat, dan seumpama nya lah…"
Doktor…harapan untuk dia meneruskan hidup nya macam mana?"
"Maafkan saya Azlan, itu saya tak dapat nak jangka kan sebab nya dia hanya ada dua bulan tetapi itu pun bergantung atas sel-sel yang ada dalam badan nya. Sama-sama lah kita berdoa kepada Allah moga Ida cepat di sembuh kan…saya akan cuba buat yang terbaik untuk diri nya.Maaf kan saya sekali lagi, tetapi Ida seolah-olah tiada harapan untuk terus hidup." Azlan terkejut seolah-olah tidak percaya bahawa orang yang di kasihi keluarga nya akan pergi meninggalkan mereka buat selama nya.

Azlan melangkan kaki nya keluar dan terus mendapat Azman dan Bonda nya. Azlan hanya mampu memeluk adik nya dan tanpa di sedari air mata nya berlinangan dengan laju…apa jenis dugaan yang kau berikan kepada adik ku ini Ya Allah.Erat sungguh pelukan Azlan seolah-olah meberi semangat dan ketabahan untuk adik nya meneruskan kehidupan. Bonda nya dari tadi memujuk Azman supaya sabar akan ujian dari Nya kerana setiap dugaan yang di berikan itu ada hikmah yang terselindung.

Azlan kini sudah berada di sisi Ida. Dia memandang Ida dengan penuh erti. Hati nya berkata …Ida, jangan lah kau bimbang kerana aku dan Azman sentiasa di sisi.. pemergian arwah kakak mu yang amat aku cintai cukup memedihkan. Akan aku usaha untuk merawati penyakit mu walaupun sanggup membahaya kan nyawaku asal kan kau bahagia bersama adik ku. Azlan meneliti sesungguh nya wajah Ida… mengingatkan kembali wajah kekasih yang dicintai nya dulu.Ini lah penyakit yang telah memisahkan mereka berdua.
 
Begitu hebat perjuangan mu melawan penyakit ini, akhir nya Dia lebih menyayangi mu dan kini kau pergi tak akan kembali. Pada saat terkahir aku melihat paras wajah mu apa yang kau bisik kan hanya lah kalimah Allah dan bisikan yang tak akan aku lupakan iaitu hanya aku yang kau cintai.
Lamunan Azlan terhenti apabila mendengar pintu dibuka. Azman berdiri di sisi nya. Kelu tanpa kata…Air mata yang berlinangan masih basah di pipi nya.

"Man…kau balik lah dulu…biarlah Ida di sini. Esok kita tengok dia lagi ye." Azlan seakan tahu adik nya berada di sisi.
"Tapi…Man nak teman kan Ida. Dia perlukan Man…Man ingin menemani nya sehingga saat terakhir seperti Abang menemani arwah Kak Ima."Terpacul kata-kata yang amat menyeksa kan. Azlan menoleh ke arah adik bongsu nya.
"Man….kenapa…."belum sempat Azlan meneruskan kata-kata, Azman sudah memeluk nya. Azlan membalaskan pelukan adik nya seakan memahami perasaan yang tersirat di dalam hati milik jejaka di hadapan nya. Azlan membiarkan Azman menemani Ida seperti yang dikehendaki. Bonda dan Azlan akan menjenguk Ida pada hari esok nya.

Azman membetul kan punggung nya dan mencari tempat untuk dia melelapkan mata. Pandangan nya masih tertumpu pada sekujur tubuh yang pucat lesi, tidak bermaya. Wajah arwah kak Ima menerjah ingatan nya. Wajah itu masih lagi di ingatan,saat Kak Ima mengahdapi sakaratul maut. Tenang dan suram…mulut nya terkumat-kamit menyebut nama-nama Allah. Akhir nya arwah pergi dengan tenang dan meninggalkan Abang Azlan.

Sebenar nya hari terakhir Kak Ima pergi adalah hari pernikahan mereka, tetapi susungguh nya Allah itu Maha mengetahui akan kehendak hamba nya supaya pernikahan itu di batalkan agar ia tidak akan meninggalkan kesan yang lagi mendalam buat Abang Azlan. Kini tahu lah dia bagaimana perit nya rasa jika seseorang yang amat dicintai akan pergi meninggalkan kita buat selama nya.

Bagi Azman, dia ingin membina rumah tangga dan mengharapkan zuriat. Sekurang-kurang nya anak itu adalah lambang cinta mereka berdua dan juga kenangan buat Ida dan Azman. Tetapi kehendak itu di tolak. Bagi Ida dia tidak mahu Azman terasa kekurangan dalam keluarga mereka apabila Ida akan pergi nanti… sesungguh nya kasih sayang seorang ibu tak akan sama seperti kasih sayang seorang ayah.

"Man…man buat apa tu?" Azman tersentak apabila mendengar suara Ida. Lamunan nya terhenti di situ.
"Eh…kenapa Ida bangun? Baring ye, Ida nak apa-apa ke? Man ambil kan." Kata Azman sambil mengusap rambut seperti anak kecil. Ida tertunduk,tanpa disedari air mata nya melimpah juga keluar mengalir di pipi.
"Hei..kenapa ni sayang, kenapa menangis ni..Shhhh jangan nangis ye. Man ada di sini."
"Man..kenapa semua ni harus terjadi pada Man dan Abang Azlan. Belum habis derita Abang Azlan disebabkan pemergian arwah Kak Ima, kini Azman pula yang……"
"Sudah la tu, jangan difikirkan pada yang telah pergi, apa yang penting sekarang ni, Ida mesti janji dengan Man supaya sembuh cepat. Man ingin mengambil Ida sebagai isteri Man walau apa pun sekali."
"Man…jangan diharapkan pada sesuatu yang tak pasti.Ida tak mahu semua tu terjadi pada Man….Man ingat Ida tak mahu ke kita akhirkan perhubungan kita ni dengan ikatan yang sah? Sebenar nya itu lah harapan Ida setelah Ida mengenali Man sepenuh hati.Ida selalu mendoakan agar kita sempat ke jinjang pelamin, tapi semua ni adalah kuasa Allah…kita yang merancang dan Dia lah yang menentukan. Man jika di takdirkan Ida pergi, Man cari lah pengganti untuk mengisi kekosongan Man"
"Ida…apa yang Ida cakap kan ni? Man tak suka la. Pada Man, Ida adalah cinta pertama Man, dan mungkin juga cinta terakhir Man."
"Habis,Man nak membujang sampai bila?Man tak teringin ke mempunyai seorang anak yang bakal menyeri hidup Man?"
"Man hanya ingin kan seorang anak hasil daripada kasih sayang kita berdua."
"Man…dengar ni, Cinta kedua tak semestinya tak seindah cinta pertama. Memang cinta pertama itu sukar dilupakan, tetapi jika Man pandai membajai cinta kedua Man itu dengan penuh keikhlasan, kejujuran di dalam wadah ketakwaan, InsyaAllah Man akan bahagia seperti apa yang Man inginkan." Azman mendiamkan diri. Dia tidak dapat lagi berkata apa-apa. Azman meletak kan kepala nya di sisi Ida.

Malam itu mereka berdua habis kan masa bersama. Ida dan Azman berbual-bual hingga ke pagi... Azman menemani Ida walaupun diri nya terasa letih. Kata nya dia ingin menemani Ida sehingga Ida sendiri melelapkan mata. Azman masih merenung wajah kekasih nya... tanpa di sedari Azman turut melelapkan mata sehingga fajar menyinsing.

Matahari terbit menyinari kamar Ida, menyedar kan Azman yang terlena di sisi Ida. Mata nya di palingkan kea rah Ida, Ida hanya tersenyum.... Azman melangkah masuk ke bilik air untuk membersihkan diri...Beberapa minit kemudian Azman melihat Ida tiada di katil nya...mata nya cuba mencari Ida di sekeliling bilik,tetapi gagal. Belum sempat Azman membuka pintu dia terdengar satu tangisan... Azman cuba mengekori suara tangisan itu...

"sayang buat apa kat sini??"
"Eh Man...maaf kan Ida sebab hilang kan diri..."
"Kenapa sayang menangis ni...cuba cerita pada Man.."Azman menarik lembut lengan Ida meletak kan Ida di sebelah nya.
"Ida nak habiskan masa dengan Man..."hanya itu kata-kata yang terungkap...Ida seolah-olah ingin sentiasa berada di sisi Azman dan tidak mahu melepaskan saat terakhir mereka berdua... Azman kehairanan namun dibiarkan Ida meletak kan kepala nya di dada milik jejaka ini.. Mereka berbual-bual.Pada mula nya adalah tindak balas dari Ida tetapi makin lama suara itu tenggelam timbul dan terus senyap sepi...hati nya berdegup kencang,tindak balas dari Ida masih tiada..dia cuba memberanikan diri nya menolak Ida mengadap ke arah nya...

Tanpa di sedari air mata bercucuran laju di pipi Azman..InnalillahiwainnalillahHirojiun....Ida...Man akan sentiasa menyayangi mu...ku relakan pemergian mu...damai lah dirimu dalam pengabdian... Azman memeluk erat seakan tidak mahu dilepas kan nya....

Azlan menerima mesej ringkas Azman pula terus melangkah kan kaki nya laju menuju ke arah Azman... air mata yang laju mengalir dibiarkan nya...Ida pergi meningglkan kekasih yang dicintai...memang pahit untuk menjalani kehidupan tanpa insan yang bertahun lama nya di sayangi... Azman kini meneruskan kehidupan nya di Negara Matahari Terbit..biarlah segala kenangan antara mereka berdua kekal abadi dalam ingatan...


**********************




Wajah mu seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajah mu mengapa sering terbayang di mata ku
Sehingga terbawa di dalam mimpi ku
Sayang ku tahukah kau di dalam hati ku ini
Tersimpan perasaan cinta yang suci
Kau bunga ingin ku sunting mu menjadi milik ku
Lantas ku abadikan dalam jiwaku

Sayang nya harapan yang selama ini ku bawa
Hancur berkecai musnah jua akhir nya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua
Setelah cinta ku ini membara
Belum sempat ku curah kan kasih ku
Kau pergi tak kembali
Sayang ku tahu kah di dalam hati ku ini
Tersimpan perasaan cinta yang suci
Kau bunga ingin ku sunting mu menjadi milik ku
Lantas ku abadikan dalam jiwa ku......

Kredit to~shuhmy

Wednesday, April 20, 2011

Selamat tinggal sayang...





wake!! up!! wakee upp!! Aku dikejutkan dengan alarm dari handphone aku...adess..malas btl nk bgnn..Nak tak nak aku kena bgn..Sebab aku dh janji dgn mak aku nk tlg abg aku pg pasar besar di bandar...katanya nk beli lauk sikit..Aku tgk jam pukul 6 pg..Apa2 pun mandi then solat dlu..Biasa solat je then terus tdo..huhuh..Hari ni lain sikitt...huk3..malas btl aku ni...hehehe...Lepas dh settle yg wajib aku siap nk pg pasar ni..Aku tengok jam balikk..Tengok2 hp aku matai..aku on balikk laa..tp..."Sim card rejected..erkk!! aku cuba lg sekali...sama jugakk..waaa...no cel aku yang aku aktifkan balikk smlm terus je mataiii...Malas lakk nk pg celcom center nii...adoyaii..baik aku beli je no baru sbb malas nk pg celcom center...tp bgs juga..org yg selalu kaco aku tu tak dapat call lg...lalalala~..tp jenis aku yg tak brapa suke tukar2 no ni..tp nmpaknya aku terpaksa pecah kod tradisi aku ni...huuuuu...Sian pada no aku yg lama ni..No lawa..ssh nk dpt no ni..aku sorg je ada...aku syg no aku ni..sedangkan yg maxis no tak lawa tu aku dh pakai 7 thn..T-T..Selamat tinggal sayang dan selamat datang no baru..Kau sentiasa di dalam ingatan aku... :))

Saturday, April 16, 2011

Kau yang bernama Cinta...





"Bintang..Dimanakah Dirimu..Aku rindu.."..kata hati kecik ku..Dengan deruan ombak yang menemaniku sambil aku mendongak ke langit gelap..Tidak kelihatan bintang yang selalu menemani diriku..Lalu ku pandang ke kiri ke kanan..Aku lihat agak jauh di sana begitu ramai kelibat kelibat manusia sedang berduaan di sana...Aku di sini keseorangan dan berharap agar bintang dapat menemaniku..


Kalau Dahulu aku sentiasa bersama Si Dia dari petang sehingga terbenamnya matahari agar kami dapat melihat cahaya senja yang begitu mempersonakan.."Ahhh..ingin aku kembali pada saat itu..' keluhan aku..abangg!! abanggg!!..teguran dari isteri aku...aku hanya berpaling saja bila dia memanggil.."abang..abang buat apa kat sini..jom la balik..Semua orang tunggu abang.."kata shila pada aku.."Sekejap lagi la shila..abang nak rehat2 kejap ni..!!"..Jawab dengan nada agak lantang..


Shila..kawan aku dari bangku sekolah lagi..Dia lah kawan aku yang paling rapat dan paling memahami aku..Kami bersekolah di sekolah yang sama..Walaupun dia seorang perempuan..Aku tidak kekok dan kami selalu bersama..Dari darjah 1 sehingga la kami menduduki upsr kami sentiasa berada di kelas yang sama..Bila teringat kembali pasti aku tersenyum sendirian..


Tapi bila masuknya kami di sekolah menengah..kami mula berjauhan..Shila masuk MRSM..aku pula hanya bersekolah biasa saja..Disitu kami sudah kurang bersama..Kalau jumpa pun bila cuti sekolah..Itu pun susah kerana dia akan terus balik ke kampung dia di banting..Aku pun sudah ada kawan yang lain namun begitu kawan aku tidak sama seperti dia..Ntah lah..aku pun tidak tahu mengapa...


Aku ingat lagi..Masa Tingkatan 3..Masa tu cuti sekolah...Kali ini shila tak balik kg sebab ayah dia pergi outstation luar negara..Aku pun ke rumah ibu shila.."Shila mana makcik..lama tak jumpa dia.."tegur aku pada ibunya di dapur.."Shila pergi kedai..Jap lg balik la tuu..tunggu la kejap amir."balas ibunya..Aku pun duduk la di dapur melihat ibunya shila memasak..Tidak lama kemudian kedengaran suara shila.."Ibuu..ni barang2 td.."..Aku berpaling melihat shila.."alangkah terkejutnya aku bila lihat shila begitu gemukkk..."Ni shila ke apa niii makcik!!"..kata aku..."Ibunya tersenyum melihat telatah aku"..Lantas aku dikejarnya shila bila aku berkata macam tu,..aku pun lari la lintang pukang..Bila shila dah tak mengejar..aku lihat dia menangis..


Sekarang..Aku sudah berumur 23 tahun..aku sudah tamat pengajian..Begitu juga shila..Shila dah tak seperti dulu..dia sudah semakin cantik..Dalam diam aku sudah jatuh cinta dengan dia..Sudah ramai lelaki cuba meminangnya..Tapi ditolak oleh shila..Aku pun hairan kenapa shila tolak pinangan orang lain..Padahal yang meminangnya semua dari orang yang ada 'class."..Ada sekali tu aku tanya ibunya..Ibunya sendiri pun tidak tahu mengapa...Aku nekad..aku nk tanya sendiri pada shila..Aku cari shila di pantai..Kalau masa seperti ini..Mesti dia ada di pantai..Shilaa!! Shilaa!!..jerit aku bila ternampak shila..Shila berpaling dan melambai lambai tangannya..."Kenapa amirr??...terjerit jerit panggil aku..."..."takder apa..cuma nk tanya kau laahhh.."..Balas aku..."kau nak tanya apa amirr??"Balas shila agak hairan.."Aku nk tanya..kenapa pinangan lelaki semalam kau tolak..Pastu yg lepas pun kau tolak..kenapa??..Shila diam bila terdengar pertanyaan aku...Aku lihat shila menitiskan air mata...


"Ehhh!! shila..kenapa kau nangiss nii??"aku terkejut bila ternampak shila menangiss..Aku pegang bahu shila..Aku pujuk dia agar beritahu aku kenapa dia menangis..Tidak lama kemudian shila pun cerita..Aku terkejut bila shila menceritakan semua perkara yang menyebabkan dia menolak pinangan lelaki lain..Aku terduduk tidak dapat mengatakan apa2..Sejak dari itu aku selalu bersama dengan shila..Aku lah tempat dia bercerita..aku lah tempat dia menangis..Cinta aku pada dia semakin kuat..Walaupun dia tidak pernah mendengar suara aku yang menyatakan aku cintakan dia...


Sebulan kemudian..Aku nekad untuk menyatakan hasrat murni aku...Di waktu petang di tempat yang biasa aku menemaninya..Aku meluahkan kata2 aku...walaupun berat hati dia untuk menerima diri aku..aku cuba menyakinkan dia untuk menerima aku sebagai teman hidupnya."Shila...aku tidak menyesal jika kau menjadi isteri aku..Walaupun mungkin waktu kita bersama singkat tapi aku aku bersyukur sangat2..kau pasti faham akan sikap aku bukan??.."kata aku pada shila..Shila menitis air mata mendengar kata2 aku..Shila hanya diam dan hanya menggerakkan kepala tanda setuju...



"amirrrr.."tegurr ayah aku..jom..kita nak gerak ni..nanti lambat pula.." Aku mengesat air mata yang bercucuran di pipi aku..aku bangun dan mengikut ayah aku dari belakang...Aku berpaling melihat kembali pantai di mana tempat aku bersama dengan shila..Kemudian langkah aku terhenti..'Bukan ke shila tegur aku tadi.."..kata hati aku..."Amirr.!!..Kenapa??..cepat sikit..kita hendak pergi kebumikan jenazah isteri kau shila ni.."..jerit ayah aku...Aku terkejut dan terus meneruskan perjalanan..Adakah mungkin shila menegur aku untuk kali terakhir..Shila mengidap penyakit barah otak..Doctor telah mengesahkan yang shila hanya dapat hidup selama 6 bulan sahaja..tapi shila berjaya bertahan selama 2 tahun dan kami dikurniakan seorang cahaya mata..Ajal itu ditangan ALLAH..dan hanya DIA yang mampu mematikan ciptaannya...


Thursday, April 14, 2011

Haruskah Aku memilih...



Malam datang lagi
macam malam malam yang lepas
aku disudut dunia ini
menatap kotak CRT
jari menari ikut gerak hati
nyanyian perasaan

Sejak tadi
sana sini aku jumpa bintang
bukan mencari
sekadar melihat
aku belum mahu berteman
belum lagi
kerana bayangan dia masih ada
atau mungkin tak akan hilang

entah

disana satu bintang
putih bersih
raut wajah yang tegas
namun murah senyuman

disana pula
ayu, manis,
matanya cantik
jarangku lihat dia senyum

disitu dia tersenyum
penampilan ringkas
wajah ceria dan menceriakan
dia penuh misteri

sana sini ada bintang
mana satu?
perlukah aku pilih

ahh.. nanti dulu
lupakan semua itu
bukan itu yang aku carik
bukan kecantikan
bukan keayuan
aku mencari aku dalam dia
dan ada dia dalam aku

waktu ini hanya untuk aku
aku untuk aku

Adakah Dia bintang Ku?



Susahnya nak melupakan dia. memang sukar.atau tak mungkin aku melupakan dia. suatu sudut hati ini berteriak memanggil namanya tiap hari.bagai ada sesuatu menghalang suara itu terus lantang. atau sebenarnya aku sendiri tak mahu melupakan dia. untuk apa? aku kini berserah dan pasrah kepadaNya.
Adakah aku yang melakukan kesilapan dulu.Biar lah waktu merawat hatinya yang hancur. dan aku disini mengutip kembali cebisan hati yg luluh. layakkah aku mendampingi dia. kadang aku rasa bersalah. bagai satu seksaan atas ape yang telah aku lakukan. adakala aku merasakan apa yang telah berlaku adalah yang terbaik. untuk aku dan dia. benar.aku masih mengingati dia. tiap hari tertanya tanya dimana dia, bagaimana dia, bahagiakah dia sekarang? aku belom cukup bersedia untuk berhadapan dengan dia semula. terlalu banyak kesalahan dan kesilapan aku pada dia. dan aku tak tau adakah aku mampu merawat hatinya yang luka. adakala hati ini terdetik. aku tak mampu memberi apa yang diimpikan.tak mampu membahagiakan dia. terasa dia layak untuk mendapatkan yang lebih baik dari aku. aku tahu.aku sedar.dia menerima aku. tak seharusnya aku berfikiran begitu.
tapi ketahuilah bahawa aku merasakan bahawa bukan aku yang dia cari. impiannya mengunung tinggi. impian nya seluas lautan. dan aku ingin kau tahu,bahawa aku tak pernah berhenti berharap. tak pernah berhenti berharap aku dan kau ditemukan. sebagai dua insan yang lebih baik dan bersedia.waktu itu tiada lagi rasa sangsi.
kau masih aku ingati.
maafkan aku
kau masih dihati ini
Ya Allah. Andai dia milikku maka satukan lah kami. Andai dia bukan untukku maka jauhkanlah dia dari hati ini. Amin.....

Tuesday, April 12, 2011

Bila Bercakap Soal Hati..



Ermmm...ermmm...bismillahirrahmanirrahim..Seperti tajuk entry pada hari ini iaitu bila bercakap pasal hati...bila kamu semua terbaca je tajuk ni sedikit sebanyak ada yg akan terfikir.."apa lakk cite mie kali ni..ni pasal hati lakk..mie ni sakit hati ke??.."tapi jangan risau..ni semua sumber2 dari Dr cometome..sumber yg mungkin boleh dipercayai..erkk!! klu dh boleh dipercayai kenapa ada mungkin lakk..iskk...Tp tak per...Aku just explain apa yg Dr cometome ckp kt aku...kui3...


Ada org cakap...Hati itu sangat rapuh. Silap cara boleh bercerai dari badan. Hati itu bukan saja fizikal, tetapi juga halus. Hati adalah tempat perasaan kita bernaung. Hati mempengaruhi pilihan kita. Baik atau buruk. Pengaruhnya kuat. Orang tua kata ikut kata hati boleh mati. Sebab itu bila bercakap soal hati, kena berwaspada... kerana ia merbahaya.

Kita ada berapa hati? Cuma satu. Kalau kita dilukai, sakit nya kita rasa dihati. Aku tak tahu sebetulnya rasa sakit itu di mana, tetapi orang kata sakitnya rasa di hati. Jadi kalau hati sentiasa terluka dan dilukai, lambat laun hati kita boleh rosak. Hati yang rosak boleh mengundang maut. Orang tua kata kalau hati sakit boleh mati. Sebab itu bila bercakap soal hati, kena berwaspada jangan sampai terluka... kerana ia merbahaya.

Hati adalah tempat hidupnya cinta, kasih dan sayang. Ia ditanam dalam hati. Kemudian berbenih dalam hati. Lalu berputik, bercambah, berbunga dan akhirnya mekar kembang di dalam hati. Cinta juga menjadi layu dan akhirnya gering di dalam hati. Tapi hati perlukan cinta, kasih dan sayang. Itu sumber kehidupan hati. Tanpanya hancurlah hati. Tiada penghidupan, tiada nafas dan tiada hangat. Orang tua kata tanpa cinta dalam hati boleh mati.Tapi tidak semestinya mati kerana ajal tapi mati kerana fikiran kita Atau Perasaan kita. Sebab itu bila bercakap soal hati, kena berwaspada... kerana ia merbahaya.

Aku juga ada hati. Semua orang ada hati. Dan biasanya aku takut nak berbicara tentang hati. Aku cuma takut akhirnya aku yang tersungkur kerana hati aku gagal berfungsi. Aku takut aku yang lemas tenggelam kerana hati aku hancur berkecai. Aku takut aku gagal melihat hari esok kerana hati aku akhirnya kosong tanpa cinta. Aku takut aku benci melihat matahari pagi kerana akhirnya hati aku tiada lagi. Jadi aku amat takut untuk bercakap soal hati.


So, Dr cometome cakap..kalau nk bercakap soal hati cakap jer...Tapi jgn takot untuk bercinta..Kerana cinta itu buta tetapi yang membawa cinta itu tidaklah buta mana...Cuma kadang2 Bila dh bercinta hati boleh jadi buta...Sebenarnya Cinta tak salah..tp org yg membawanya salah.Dengan ini saya tegaskan Cinta itu tidak bersalah...Salahkan org dan diri sendiri...W'salam..

*Terima kasih pada Dr Cometome atas tips serta nasihat..erkk..

Sunday, April 10, 2011

Tak Kenal Maka Tak Cinta





Pada pukul 5 ptg..Hp aku didtgi bunyi yg biasa aku dgr..iaitu panggilan telefon dr siapa aku tak tahu...aku tgk no tu tidak ku kenal..tapi aku rasa mmg si dia..Si dia yg tinggalkan Ipod nano atas meja aku...hurmm..aku biar je dlu..sbb nnt kemudian aku call balikk...tak lama kemudian aku call..Memang suara sorg gadis..Aku tanya ni %*#&^%$ ke??..dan btl tu mmg dia.. aku ckp dtg la cc amik balik ipod ni dan ada menda nk ckp dgn dia..Alhamdulillah dia dgr ckp aku..kalau tak dgr aku risau separuh mataii..erkk..


Dalam hampir kul 6 tu dia dtg..dia dtg dgn adik dia sekali...Dia mcm takot2 jer..iskk..aku ckp dgn dia smbil hulurkan ipod dia..Aku borak2 dgn dia smbil bincang pasal apa yg berlaku sebelum ni...Kemudian dia ckp "Sy nk berkenalan dgn awk"..Bila dia ckp mcm tu..aku lega..sbb aku tak nak dia fikir bkn2..Mula2 aku ckp "Nk berkenalan mcm mane ni"saje ckp mcm tuu..Pastu dia mcm majuk bila aku ckp mcm tu..aku ckp gurau jer..Boleh..Sbb perkenalan itu penting utk kenal hati budi masing2..jgn main redah jer k..


Alhamdulillah..Dia ok jer..tak ler aku cuak sgt.ahaha~..Lepas tu dia nk guna pc..Dalam FB kami byk berborak..Walaupun Jarak kami hanya la brapa meter jer..iskk..kelakor la..ahah~.tp xper..yg penting tak kekok sgt..Dalam masa yg sama aku minta maaf jika kata2 aku buatkan dia tak selesa ke apa ke...tp bgs dia paham maksud aku...Dia pun minta maaf sbb main terus redah jer...


Dalam sejam kami berborak..Bila dia nk balik tu dia ckp terima kasih dan bye..tu jer..aku pun balas bye jugakk...kui3..erkk!! alamak dia sms lakk..Aku kena aktifkan balik no cel aku nii...Kena pg wisma celcom gamaknye...K la..daaa...

Saturday, April 9, 2011

Bila 2 cinta tak sehaluan...

Ni sarapan pg aku hari ni..dh lama tak mkn roti canai...




Cinta..Banyak betul makna cinta dalam dunia ini..Tapi bg aku cinta itu adalah bergantung pada seseorang itu bagaimana hendak mencoraknya.Kita tak pernah lari dari cinta..Banyak perkara berkaitan dengan cinta..Dan aku salah seorang darinya...


Aku rasa dh lama aku tak jd org tgh antara dua org manusia yang bertelagah akibat cinta..Seperti biasa aku akan tutup kedai aku setibanya pukul 12 malam..Badan dah penat2..Lenguh semua urat sendi aku akibat duduk je atas kerusi selama 14 jam..Dah keje aku mcm ni..Terima jer la..Kalau joe baca ni mesti dia ckp "Aku ajak keje dgn aku tak nk..Teman aku je htr jenazah.."Gitu la dia kalau cakap...iskkk...


Bila aku dh sampai rumah aku terus je nk mdi dan dalam masa yg sama aku teringat siang td yg aku nk call kawan aku sorg tu..Dah agak lama tak call..seminggu kot..lama ke??lama la jugakk...Lepas je mandi aku on TV dlu..kot ada cite sedap..sambil2 tgk tv tu aku call la dia..call 2 kali line jd bz..pastu aku rilex jappp brapa minit aku call balikk...Baru la dia angkat..Dgr sore dia mcm bru bgn tdo..


Aku borak2 dgn dia...Masa borak tu aku rasa mcm dia ada pblm..dia pun cite la pasal bf dia tu..Dia ckp "3 hari dh bf dia tak call dia or sms dia.."dia syak bf dia ada pompuan lain..aku cuba yakinkan dia jgn pk bkn2..sbb kita tak tahu lg kan..cuba tnya dia elok2..aku ckp kt dia mcm tu.. tp dia seperti degil mmg dh cop yg  bf dia main kayu 3..hurrmm...Dia pun suruh aku try tanya bf dia...


Aku pun sms bf dia.. aku ckp yg awek dia nangis2 sbb rindu kt dia..Bf dia balas ckp dia xnk call sbb selalu nangis pastu dia cakap awek dia ada bf bru..aku pening..sapa yg salah ni...tak kan aku yg salah...adesss..aku call balik awek dia lakk...tanya kenapa bf dia ckp dia ada bf bru..rupa2 nya sblm ni ada seorg lelaki cuba minta kapel dgn dia..Tapi dia tak terima..logik la gak dia tak terima sbb dh ada bf..aku tanya dia..ada cite kt bf tak..dia ckp ada..aku pun fikir mgkin faktor jeles yg sbbkan jd gitu..tapi awek dia ckp yg masa tu dia cm xkisah sgt...Mulut mmg ckp tak kisah..hati sapa yg tahu...


Aku pun cuba sedaya upaya tolong diorg..Aku call kapel ni nk tlg...akhirnya diorg bercakap kt hp masing2..aku ingat settle dh so aku pergi tdo..tp pg td dlm FB status ckp  dh single..sia2 je usaha aku..huhuh..tak per laa..janji aku tlg apa ptt..


*Aku rasa aku nk jd Dr yg tlg org dalam kesusahan..aku nk tukar nama aku jd DR Masalah Cometome...Bila ada masalah nnt come to me la yer...kui3...

Friday, April 8, 2011

Kenal Dunia Cyber





Kerana dia la aku kenal dunia cyber ni..Dia mmg baik..ok..Aku rasa dgn aku jer kot dia baik..Aku masih ingat lagi..Masa tu aku darjah 6..Aku dh pandai berjinak jinak dgn dunia komputer ni..Kalau balik sek jer aku akan ke cc dia..Dia yg ajar aku mcm mane nk guna pc..Sbb time tu tak ramai sgt org guna komputer lg area situ..kalau sekarang..tiap rumah ada 1 pc or laptop..Mula aku belajar chatting je dlu..dia cakap..nk terer taip..ko chatting jer..Masa tu yg fames,mirc..Kalau setakot  sop,aop ke op sng je nk dpt..Kadang2 aku tgk dia hack username org..Pastu hack room org..mmg dia terer walaupun time tu aku xphm sgt..Kadang2 dia ajak aku tdo cc dia..Nasib baik keluarga aku spotting je time tu..dari situ abg aku yg sulung pun rapat dgn dia..Kalau pg2 je aku yg kejut dia..mmg kelakar klu ingat balik time kecik2 dlu...Dari situ aku mula masuk kelab komputer sekolah aku..Masuk kelab tu bkn nak belajar sgt..Aku masuk kelab komputer tu sbb ada 1 game nama dia magic school bus..Fames gak game tu..kadang2 tu nama aku xder dlm giliran utk aku main time tu..Aku bantai je main..Cikgu tak marah sgt..huhuh..Tu kt sekolah..klu dh balik sek..aku pg cc lakk..huuh..Bila aku ingat2 balik..Smpai skrg aku masih kt cc..Tak jauh mana pergi pun..wakaka..sabooo jerr laaaa...

Wednesday, April 6, 2011

Ehhh!! dh 100





Eh..Eh..Ehhhhhhhhh!!!!."Terkejut kiteeee"..apa kena dgn ko ni mie!!!.hohoh! ok...Aku explain napa aku jd cm tu..Jeng!jeng! jeng!Dengan ini MieFisher umumkan..Blog Aku sudah mencapai ke 100 post..lalalala~..selok la ko ni mieee...sori2..aku mmg selok..sbb bkn semua blog yg selalu update..bkn semua blog yg mcm aku..eh tidakk!! mmg semua blog bkn mcm aku..kan kan kan..heheh..


Akhirnya blog aku dh smpai post yg ke 100..ALHAMDULILLAH..Walaupun sudah ke 100..aku masih bernyawa dan masih cukup semua sifat aku pada hari ini..Terima kasih pada Joe kerana telah memberi tajuk yg pertama pada blog aku dlu..Tu pun masa dalam perjalanan pergi johor..Kalau ikutkan bkn saat itu aku terfikir nk ciptakan blog aku sndiri..Sebenarnya dh lama niat itu..tapi aku tangguh2 dlu sbb tak tahu sbb apa aku nk buat blog ni..


Kalau kita fikirkan balik..Kebanyakkan blog yg aku tengok adalah berkisarkan hidup mereka..Termasuk la jugak aku..Blog ni ibarat dairi dalam hidup..itu pun bergantung cara penggunaan blog itu..ada org gunakan blog utk mencari duit poket..ada org menggunakan blog utk tujuaan yg tidak elok..Inilah yg dikatakan teknologi yg bergitu sukar untuk dikawal..Semua ada tangan kita..Semua ada di fikiran kita..semua ada di hati kita bagaimana nak menggunakan sesuatu perkara itu...


Apa2 pun aku tidak lah baik seperti org lain..aku pun mgkin pernah salah menggunakan sesuatu perkara itu...ehh!! apasal la aku ni tiba2 jd penceramah ni..huhuh..Aku skrg ni sibuk duk main 1 game ni..best game ni..nama dia pockie ninja..best2..CV aku main bodo2 jer..Biarlah org lain nk lintas ke apa ke..aku ta kisa...huhu..td aku baca blog katak hijau..sian dia ikan gopo dia mati..ntah2 dia yg mkn ikan tu..erkk..sbb dia dh suke mkn ikan..tak pun dia mimpi main CV..pastu secara tak sengaja dia susun semua ikan tu..erkkk!! tobat ahh..ahaha...


Pagi tadi abg aku dtg kedai..Dia ckp "Tunang dia tanya cukup tak rm25k utk buka cc"..aku ckp cukup tu cukup tp tgk la nnt..kena tgk dlu kedai nk buat tu mcm mane..baru lehh nego harga sekali lg..Aku on jer..sbb aku yg akan handle nnt..ahahah~..harap2 ada plan tu nnt..Aku dh rasa letih jari2 aku ni...nk taip pun malas daa...Apa2 pun kita tgk post akan dtg ekk..Adioss amigoss..daa...

Tuesday, April 5, 2011

Di sini dan Di Situ..

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa...


Aku bukan nk berfalsafah hari ni..aku nak cite sikit2 jer pasal smlm ..Cite aku disertakan dengan gambar..macam zaman sekolah dlu kan...bila ada gmbar..adala cite berdasarkan gmbr tu.....ngeee...Masa kerja smlm..ntah kenapa rasa nk ngamuk jer..kalau budak2 wat bising skit aku marahh..iskk..teruk btl aku smlm..sian pada diri aku...huhuh..Mungkin smlm aku xder mood sgt nk keje kot..adakah aku dtg bln??owhh tidakkk..aku lelaki sejati yg diciptakan oleh ALLAH SWT..pada pise or joe..jgn ngade2 nk tukar status jantina aku..kui3...erkk!! tidak lupa pada ira sekali...yg ni tak lehh caya gakk..kuang3..."PC 6 open bang..."


Tempat aku mencari rezeki..
Pada malamnya pulakk...aku kua dengan mereka berdua yg sengal dan gemokk..erkk..pssstt..diorg sebenarnya gemokk..dua2 kuat mkn..nk taw nape aku ckp mcm tuu..nnt lepas ni aku cite..lalalala~..ok..smlm aku kuar dengan mereka berdua..Mula2 pg giant..Shopping brg2 keperluan harian mereka...aku tukang tolak troli jer..best tolak2 troli ni..aku lehh excident dgn org..erkk..Aku lehh langgar joe..joe suke kena langgar benorrnyee..ira lakk suke kena himpit..tp ira xkua dr keta..dia duk dlm keta je dlm berapa hari ni..membesor dlm keta gamakknyee...ahahah! kecewa sikit la smlm sbb ira tak kua dr keta..dia jaga parking benornyaa..bgs btl dia kan...ahahah~..Joe dah siap dgn list yg telahh disediakan olehh Bunga cinta hati dia..hohoho! pjg btl gelaran dia..Tapi list dia tak abiskan lakk..Aku lakk yg ingat hanya la 1 jer..erkk!! yg tu kena tanya joe..Sbb masa masuk dlm keta tuu..yg tu je aku dgr..hohoho! Lepas settle brg2 keperluan mereka.."Terkejut kiteee"..erkk tersasul lakk..ok sambung balikkk...Lepas settle..mereka berdua ni lapooo..mereka berdua nk mkn..Tempat mereka nk pg ni adalah tempat kelmarin gak mereka pergi...Nak tahu mana tmptnye..jap kasi 5 minit nk pk...(5 minit kemudian) ok..tempatnya ialah rahsia...hohohoho!








Tengok2...Diorg mkn..Kuat mkn ni...hohohoh..Sorg mkn nasi lemak..sorg lg mkn nasi dagang..aku je tak mkn..sbb aku kurus..diorg kuat mkn..hohoho!..saboorrr jeerr laaa...Heheh..tp tak per..asalkan diorg bahagia..Tempat mereka mkn ni special skit..hanya mereka je mkn..mmg mereka mkn dlm keta tp keta ni parking kt mana??haaa..hanya kami bertiga je tahuu..kalau bgtahuu kang nnt ada org nk tiru mcm kami plakk..mana bolehh tiru2 mcm kami..The best of Kami ni..erkk...Special Edition nii..zzzz...






Haaaa..Mesti mereka2 yg baca blog aku ni nk tahu kenapa dgn telinga si mamat ni..jeng3..Cite dia sungguh menyayat hati..Kalau aku cite..Comfim kamu2 semua menangis..Tapi aku plakk rasa nk tergelakk..Tapi disbbkan untuk menjaga nama mereka2..aku tak cite la..pandai2 la ko org cite sendiri..Sbb aku tak sangguppp..huuuuu...

Saturday, April 2, 2011

Aku makanan dan pukul 12 mlm...

Ini bukan cerita bohsia..Bukan cerita mat rempit..Bukan juga cerita cinta..Ini cerita tentang aku yang semalam pukul 12 aku makan..erkk...Bila kamu semua baca post aku hari ni..mesti kamu semua akan sedihhh..mesti kamu semua akan pk "Ada lg org mcm ni kt dunia ni..keciann"Tapi ternyata inilah kisah aku..Kisah aku dan makanan aku pukul 12 mlm..Kisah ini bermulaaaa....


Sekitar pukul 12 mlm aku menutupi kedai aku..Perut aku sudah berbunyi menandakan masuknya angin...Kalau aku mkn pn hari tu hanyalah kepok2 dr sorg gadis dah jejaka..Tapi perut aku masih terasa lapor..Sesungguhnya Aku tidak sabar untuk pulang ke rumah aku..Di dalam fikiran aku terbayang bayang lauk2 yg mungkin akan terhidang di atas meja makan rumahku..


Setibanya dirumah..Apa yg aku bygkan tidaklah menjadi kenyataan..Aku kecewa bkn kerana aku tidak bersyukur..Aku kecewa kerana bygan aku tidak menjadi kenyataan..erkk..Lantas aku berfikir"apa yg aku nk mkn mlm ni"..Aku teringatkan akan popper yg aku beli dahulu bersama sama kawan2 ku..Tapi jika aku memasaknya..Pasti Popper itu akan menjadi tidak "properly"...aku berfikir sebentar.."Tadi ada pajeri nenas kan..ok la..aku masak dah campurkan semuanya menjadi lauk terhebat mlm ini"...ngeh3...Aku senyum seperti bangga dengan idea aku sendiri..erk...


Selepas mandi aku memasak lah popper itu..Memang hancur popper itu..Pada siapa yg tak tahu apa popper itu..Sila rujuk pada keluaran yg lepas erkk..ok sambung balik..selepas masak popper tu aku hidangkan bersama2 lauk yg ada...


Ni popper yg aku masak..Jadi apa ntah..

Ni la lauk aku mkn smlm..sian aku..Sadis2.erkk..

Itu lah semua lauk yg aku makan..Sedih kan..huhuhuh...Saje nk propa sikit...Ada org tu ckp nk belanje mekdi mlm ni..yer dop aku tak tahu la..huhuhuh..sekian..

*Nk mekdiii...huuuu...

Friday, April 1, 2011

iskk...





Hari ini aku agak bz..selalu bz gak tp lain sikit dr biasa..Banyak sms masuk hari ni..tak terlayan rasanya..nnt klu aku skip sms tu..Nnt diorg ckp aku sombong..Bkn aku nk katakan banyak awek2 sms aku..tidakk..tu semua kawan2 aku..kebetulan 2.3 org kawan aku sms aku bertanyakan khabar..Alhamdulillah..Masih ramai lagi teringatkan aku..semua itu kawan zaman sekolah..Aku still pakai no lama lg..dah 7 tahun rasanye aku pakai no ni..sebab bg aku..aku tak suka tukar2 no..tak seperti sebahagian org sentiasa dikejar kejar org lain..Sampaikan diorg semua terpaksa menukar no lain..Alhamdulillah..aku tidak seperti mereka..walaupun mmg ada segelintir yg ganggu aku..aku masih sabar dan tidak mudah melenting..yeke mie?? ko tak mudah melenting..ye kot..kui3.


Pergi balik kepada tentang hari ni..Aku bz hari ni sebab sibuk dengan membuat kad jemputan kawin dan aqiqah..aku tak pandai menda2 alah ni..First time aku buat ni..Tapi seperti biasa..Aku sentiasa menggunakan google untuk membantu aku bila aku tidak paham dengan teknologi skrg ni..aku pn bkn pandai sgt pun..Dulu pernah belajar tp bila dah lama tu..jadi berkarat la..huuhuh..Tapi setelah berhempas pulas mengadap PC aku ni..Akhirnya terhasil juga kerja aku..Aku kalau boleh tak nak buat menda alah ni tapi disebabkan desakkan org sebelah..aku pun buat dengan hati tak rela...T-T...


Kesian pada diri aku hari ni..Tiada siapa yg ingin membantu aku..Tapi aku bangkit dengan usaha sendiri...erkk..ini bukan sedih sgt pun..saja je nk propa sikit..erkk..Pastu joe alur suh on ym dia..Katanya urgent..Urgent sokmo..tapi jenis aku kalau dengar menda cm tu..aku akan pk lain.menda la joe nakk ni..xper2..aku on jer..Rupanya dia suh scan and isi borang..Claim item kunun..suspen..walaupn sbenarnye aku dah tauu klu urgent tak la penting sgt bg joe..cuma jenis fikiran aku dh diajar mcm tu..erkk...


*sorg tu kuat la makan hari ni..doh la tak bg mie sikit..kemuttt!!