Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Thursday, April 14, 2011

Haruskah Aku memilih...



Malam datang lagi
macam malam malam yang lepas
aku disudut dunia ini
menatap kotak CRT
jari menari ikut gerak hati
nyanyian perasaan

Sejak tadi
sana sini aku jumpa bintang
bukan mencari
sekadar melihat
aku belum mahu berteman
belum lagi
kerana bayangan dia masih ada
atau mungkin tak akan hilang

entah

disana satu bintang
putih bersih
raut wajah yang tegas
namun murah senyuman

disana pula
ayu, manis,
matanya cantik
jarangku lihat dia senyum

disitu dia tersenyum
penampilan ringkas
wajah ceria dan menceriakan
dia penuh misteri

sana sini ada bintang
mana satu?
perlukah aku pilih

ahh.. nanti dulu
lupakan semua itu
bukan itu yang aku carik
bukan kecantikan
bukan keayuan
aku mencari aku dalam dia
dan ada dia dalam aku

waktu ini hanya untuk aku
aku untuk aku

No comments: