Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Tuesday, April 12, 2011

Bila Bercakap Soal Hati..



Ermmm...ermmm...bismillahirrahmanirrahim..Seperti tajuk entry pada hari ini iaitu bila bercakap pasal hati...bila kamu semua terbaca je tajuk ni sedikit sebanyak ada yg akan terfikir.."apa lakk cite mie kali ni..ni pasal hati lakk..mie ni sakit hati ke??.."tapi jangan risau..ni semua sumber2 dari Dr cometome..sumber yg mungkin boleh dipercayai..erkk!! klu dh boleh dipercayai kenapa ada mungkin lakk..iskk...Tp tak per...Aku just explain apa yg Dr cometome ckp kt aku...kui3...


Ada org cakap...Hati itu sangat rapuh. Silap cara boleh bercerai dari badan. Hati itu bukan saja fizikal, tetapi juga halus. Hati adalah tempat perasaan kita bernaung. Hati mempengaruhi pilihan kita. Baik atau buruk. Pengaruhnya kuat. Orang tua kata ikut kata hati boleh mati. Sebab itu bila bercakap soal hati, kena berwaspada... kerana ia merbahaya.

Kita ada berapa hati? Cuma satu. Kalau kita dilukai, sakit nya kita rasa dihati. Aku tak tahu sebetulnya rasa sakit itu di mana, tetapi orang kata sakitnya rasa di hati. Jadi kalau hati sentiasa terluka dan dilukai, lambat laun hati kita boleh rosak. Hati yang rosak boleh mengundang maut. Orang tua kata kalau hati sakit boleh mati. Sebab itu bila bercakap soal hati, kena berwaspada jangan sampai terluka... kerana ia merbahaya.

Hati adalah tempat hidupnya cinta, kasih dan sayang. Ia ditanam dalam hati. Kemudian berbenih dalam hati. Lalu berputik, bercambah, berbunga dan akhirnya mekar kembang di dalam hati. Cinta juga menjadi layu dan akhirnya gering di dalam hati. Tapi hati perlukan cinta, kasih dan sayang. Itu sumber kehidupan hati. Tanpanya hancurlah hati. Tiada penghidupan, tiada nafas dan tiada hangat. Orang tua kata tanpa cinta dalam hati boleh mati.Tapi tidak semestinya mati kerana ajal tapi mati kerana fikiran kita Atau Perasaan kita. Sebab itu bila bercakap soal hati, kena berwaspada... kerana ia merbahaya.

Aku juga ada hati. Semua orang ada hati. Dan biasanya aku takut nak berbicara tentang hati. Aku cuma takut akhirnya aku yang tersungkur kerana hati aku gagal berfungsi. Aku takut aku yang lemas tenggelam kerana hati aku hancur berkecai. Aku takut aku gagal melihat hari esok kerana hati aku akhirnya kosong tanpa cinta. Aku takut aku benci melihat matahari pagi kerana akhirnya hati aku tiada lagi. Jadi aku amat takut untuk bercakap soal hati.


So, Dr cometome cakap..kalau nk bercakap soal hati cakap jer...Tapi jgn takot untuk bercinta..Kerana cinta itu buta tetapi yang membawa cinta itu tidaklah buta mana...Cuma kadang2 Bila dh bercinta hati boleh jadi buta...Sebenarnya Cinta tak salah..tp org yg membawanya salah.Dengan ini saya tegaskan Cinta itu tidak bersalah...Salahkan org dan diri sendiri...W'salam..

*Terima kasih pada Dr Cometome atas tips serta nasihat..erkk..

1 comment:

Joe Black said...

aku rasa mcm nak masuk wad sakit jiwa lepas baca entry ko kali ni....tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!..aku da gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....dr cometomieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>