Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Saturday, April 30, 2011

Pelangi Selepas Hujan...

Aku sudah terbiasa dengan sinar mentari yang menyinari kehidupanku. Telah berjaya kulupakan mendung-mendung kelabu yang membayangiku tidak lama dahulu.. Aku berjaya melenyapkan bayangan gelap itu walau dengan seribu kepayahan. Namun tiba-tiba mendung berarak kembali. Rintik-rintik hujan telah mula menunjukkan tanda untuk rebah ke bumi. Tidak!!! Aku belum puas merasai sinar itu. Aku belum bersedia untuk menerima kehadiran hujan lebat ini. Kenapa aku harus lalui semua ini?? Kenapa??


Mungkin sinar yang terlalu cerah telah membuatkan aku alpa. Alpa tentang adanya kehadiran hujan. Masihku ingat lagi saat aku mendongak dan melihat sinar cerah mula menyelubungi hidupku. Aku bagaikan tidak percaya. Air mata tidak henti-henti mengalir mensyukuri nikmat ini. Namun pada hakikatnya aku tidak mahu mengajar diriku terlalu gembira. Aku takut. Takut sinar ini hanya sementara dan mungkin hujan yang turun selepas ini lebih dahsyat. Aku takut akan kenyataan itu.


Semua ini membuatkan aku begitu berhati-hati pada setiap langkahku. Itulah yang membataskan setiap pergerakanku. Namun, aku hanya insan biasa. Apabila terlalu lama dilimpahi sinar kecerahan aku terlupa pada kegelapan. Aku lupa pada mendung-mendung kelabu. Apa yang sering menjadi persoalan di benakku. Kenapa aku yang harus mengharunginya?? Kenapa aku?? Bukan insan lain.


Kini, saatnya telah tiba. Payung perlu segera disediakan. Aku dapat merasakan telahanku sebelum ini benar. Ya. Hujan lebat bakal melanda. Hujan yang akan mencetuskan badai di hatiku. Bagaimana harus kuhadapinya??


Kini aku cuma mampu menanti dan mengharap kemunculan pelangi setelah hujan yang lebat ini. Pelangi yang INDAH..



1 comment:

Anonymous said...

Saya sangat suka situs Anda. Excellent konten. Silakan lanjutkan posting konten yang mendalam seperti itu.