Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Wednesday, March 23, 2011

Aku,dia serta perhentiaan...





Wake uppp...!! wake uppp...!! wake upppp...!!....urrrghhhh!...serabut arrr jam ni...aku pun tidur balikk...tak lama kemudian "amirrr!! bangunn..dah lambat pergi kerja ni..ehh!!! aku dah lambat pergi kerja!!...Aku lantas bangun dan bersiap-siap pergi kerja..kemudian terdengaran suara mak"amirrrr mehh sarapan dulu nii..."Tegur Mak aku yang melihat terlatah anaknya di pada waktu pagi pagi macam ni..."tak per la mak..mak jer makan..amir dah lambat ni.."balas aku dengan cepatnya sambil bersalam untuk meminta restu keluar dari rumah.Aku amir anak tunggal dalam keluarga ini.Di rumah hanya Aku dan Mak aku saja yang tinggal.Ayah pula sudah 10 tahun meninggalkan kami,akibat dari kemalangan jalan raya meragut nyawa dia serta pemandunya.Setiap hari aku sentiasa bersyukur kerana dianugerahi seorang ibu yang sangat penyayang serta berkorban untuk anak dia.Aku sekarang ni menguruskan syarikat yang ditinggalkan oleh arwah ayah.Selain aku,turut juga membantu adalah pakcik aku.Sebelum aku menguruskan syarikat ayah aku,Pakcik aku lah yang menguruskannya semasa aku masih belajar lagi di luar negara.


Sampainya di pejabat aku ditegur oleh pakcik aku "Selamat pagi amirr..".Nama dia Adnan..Aku biasa panggil Pak Nan.Memang sudah dari kecil lagi aku sudah biasa panggil dengan gelaran Pak Nan."Selamat pagi pak nan..Waahh..ceria nampak pak nan hari ini.ada apa apa ke?"sambil bersalaman dengannya."ala..kan semalam pakcik baru balik dari Kuching..Kita menang tender di sana"balas Pak nan.."wahh!! tahniah pak nan..Lepas ni makin maju la syarikat kita yerp..."Aku berasa begitu bangga dengan berita dari pakcik aku tu."betul tu.."sambil menepuk nepuk bahu aku.Kami kemudian menaiki lift ke pejabat..."Selamat pagi Enick Amir.."ucapan dari setiausaha aku.."Yer selamat pagi sarah"balas aku.."Hari ni encik amir ada meeting pukul 2 pm dengan syarikat Maxis.Pada pukul 4 pm pula klien dari Paka  akan berjumpa dengan encik amir tentang projek Hotel 5 bintang di pantai paka tu..ok itu sahaja encik amir hari ini.Ada apa apa yang encik amir ingin katakan?"hurrmmm..Awak buatkan saya kopi dengan roti bakar ok..saya lapor laa.."balasnya aku..."Ok encik amir.."..."ok amir pakcik masuk office dulu yer?ada apa apa..bagitahu pakcik.."Kata pakcik nan pada aku..."ok pakcik nan" balasnya aku...


Seperti biasa, kerja aku lebih kurang sama setiap hari..Jumpa klien,Meeting,sign tu sign ni..kadang kadang memang aku rasa bosan dengan keadaan aku sekarang."Aku nak cuti la dalam seminggu."detik hati aku..aku pun call pakcik nan.."Pakcik nan..amir nak cuti la dalam seminggu.Nak bawa Mak pergi jalan jalan ke.."Kata aku pada pakcik nan.."Ok..tiada masalah..Biar pakcik handle syarikat ni..Lagipun amir dah lama tak cuti kan.."balas pakcik nan."ok pakcik nan..terima kasih"..Sesudah je habis waktu kerja pukul 5.30 petang.aku terus balik rumah.."Makkkk..Amir minta cuti seminggu..Apa kata kita pergi pulau perhentian kat terengganu.."kata aku.."hmm..Amir je la pergi..Amir lupa ke..ibu ada program dengan anak-anak yatim minggu ni.."balas mak.."alamak!! amir lupa la..hmm..ok la..amir pergi seorang..nanti amir belikan bom tangan untuk mak!! huhu.."kata aku.."ehh!! sedap sedap je nk bom mak sendiri ekk..."teriak mak pada aku..."ala..gurau sikit tak lehh.."balas aku dengan nada sedikut merajuk.."alolololol..anak mak ni seorang..dah besar panjang tapi macam budak kecik lg.."nada mak yang memujuk..Mak aku memang aktif dalam kegiatan membantu orang orang yang kurang upaya ini.Terutama anak anak yatim.Kadang kadang jer aku pergi membantu mak aku.Tapi biasanya Mak aku yang handle semua tu.


Keesokannya aku bertolak ke destinasi..Sebelum bertolak mak pesan supaya pandu kereta elok elok..Kira-kira perjalanan 6 jam aku sampai ke jeti yang mengambil penumpang ke pulau perhentiaan..Selepas parking kereta..aku bergegas ke jeti dan menunggu bot yang akan membawa aku dan penumpang yang lain ke pulau perhentian.Sementara menunngu tu..Aku menelefon mak aku dirumah untuk mengatakan aku sudah sampai ke sini.Kemudian aku didatangi seorang wanita lalu menegur aku.."abg..boleh sy duduk sebelah.."tegurnya.."ohh..ok tp jap saya alih barang dulu.."balasnya aku...Tidak lama kemudian bot pun sampai...Aku serta penumpang yang lain pun turut naik..sebelum naik bot tu aku lihat wanita tadi tidak mengikut aku.Mungkin dia naik bot lain kot "detik hati aku..


Dalam 30 minit aku sampai di pulau perhentian tu.Kali terakhir aku bercuti di pulau perhentiaan semasa aku umur 14 tahun..Masa itu ayah yang membawa aku ke sini.Aku lihat tidak jauh berbeza keadaan pantai dan sekitarnya.Cuma ada perubahan pada tempat penginapan dan jumlah kedatangan pelancong asing ke sini sahaja.Selepas menikmati keadaan sekeliling, Aku pun pergi check in..Selepas aku letak beg aku tu..aku kemudian nak pergi pantai..Nak tengok lagi permandangan di pulau ini.Tidak puas rasanya nak menikmati angin dan permandangan di sini..Bila menghirup angin di pulau ni rasanye seperti semua beban kerja hilang semuanya.Ni la orang kata "NIKMAT"..Kemudian aku lihat ada bot baru sampai berlabuh di jeti..Tidak lama kemudian aku lihat kelibat gadis yang duduk sebelah aku di jeti sebelum bertolak tadi."Dia pun bercuti di pulau yang sama rupanya".Selepas itu aku sambung balik menikmati permandangan di situ sambil melihat terlatah anak anak kecil bermain bersama ayah dan ibunya.Terlihatnya keadaan sebegitu membuatkan aku teringatkan ayah aku.Sebak rasanya bila aku terimbas kembali kenangan masa lalu.Sedar tak sedar sudah pukul 6.30 ptg.Aku lalu bangun dan menunju ke bilik aku.


Sebelum aku masuk bilik tu aku lihat sebelah bilik aku sudah ada penghuni.Tadi masa aku check in tak der.Mungkin bot yang baru sampai td kot."detik hati aku".aku pun capai tuala dan mandi..Selepas mandi dan solat magrib aku pun fikir nak pergi makan di cafe..Rasanya dah lama aku tak makan seafood..kalau dulu masakan kt sini memang sedap..Aku harap orang yang masak tu orang yang sama seperti dulu.Sebelum aku nak keluar bilik tu.tiba tiba aku terdengar jeritan perempuan dari bilik sebelah.."Akh... akh... akh.... aaaakh." aku terdengar lantas ke bilik sebelah..Aku ketuk pintu.."cik!! cikk!!..kenapa cikk..!!..kemudian pintu dibuka.."tu tuu..ada ulat atas tilammmm..." aku yang terdengar td lega..aku ingatkan kena rompak ke..kena rogol ke..nasib baik ulat je..aku pun amik ulat tu dan buang ke luar..."ok dah tak der ulat.."..Terima kasih encik.."balasnya wanita tersebut.."ehh! awak rupanya..yang duduk sebelah saya di jeti siang td kan.."a'ahhh saya la tu.."balasnya..."tak sangka lak jumpa awak balik kt sini"..Dia hanya senyum kepada aku..."ok la saya minta diri dulu..Saya nk pergi makan.."kata aku pada dia.."ehh kejap..apa kata saya belanja awak makan tanda terima kasih"..balasnya.."aku tanpa fikir panjang aku terima saja ajakan dia..Lagi pun aku seorang..tiada teman..


Kami kemudian makan di cafe yang aku nak pergi tu..memang makanan di situ sedap semuanya.Sambil makan tu kami berborak.Nama dia Aisyah.Dia pun seorang diri jer datang pulau ni.Dia baru tamat belajar dari luar negara dan dia suka bercuti kat pulau di malaysia ni.Tak banyak yang dia cerita..Sebab bila aku tanya jer dia cakap nanti dia bagitahu.aku pun hairan juga..tapi tak per la..aku tak kisah sgt pun.Selepas makan tu kami perg jalan jalan di tepi pantai sambil menikmati waktu malam.Kadang kadang bila aku lihat jer wajah dia hati aku ni rasa berdebar sangat ..Wajah dia cukup cantik..cukup untuk membuatkan aku jatuh cinta.Adakah ini di katakan cinta pandang pertama.."Amirrr..."terdengar suara aisyah memanggil aku."amir fikir apa tu...Teringatkan kt mak la tuu".tegurnya aishah.."Mana ada..mie mana ada fikir apa2..huhuh.."aku cuba nafikan..dia gelak je tengok aku yang terkial kial menjawab pertanyaan dia..Selepas puas berjalan tu,kami buat keputusan untuk balik ke bilik masing masing.Lagi pun hari dah lewat.Bila sampai di bilik masing masing aishah menegur aku "amirr..apa kata esok pagi kita pergi snorkeling sama sama.."ok juga tu.."balasnya aku..Kami pun masuk ke bilik untuk merehatkan diri untuk esoknya..Tapi aku seakan tidak dapat tidur kerana memikirkan keadaan lucu td..aku tergelak keseorangan..


Keesokannya..Seperti dirancang kami pergi snorkeling bersama...Ada berberapa point snorkeling iaitu coral reef site , shark point , turtle searching..Kami berseronok bersama sama..memang dalam sehari tu masa memang cepat berlalu..Sedar sedar je waktu dah petang..Selepas snorkeling tu..kami berehat di kerusi yang berada di tepi pantai.."Aishah ni tiada BF ke?"secara tak sengaja terkuar dari mulut aku soalan itu..aishah tengok aku dengan renungan agak tajam"tak derrr..Lelaki sekarang tak boleh caya..mulut manis jer..tapi hati macam &*^&%&**.."Aku agak terkejut terdengar jawapan dari aishah.."sori..amir tak tahu.."balas aku dengan nada lemah..aishah toleh dan senyum.."tak per amir..lagipun bukan salah amir pun"..Balasnya aishah..Kemudian aishah cerita semua tentang apa yang berlaku pada aku..Aku hanya dengar dan rasa simpati pada aishah.Kadang kadang aku berasa malu pada diri sendiri kerana sikap segelintir lelaki yang menindas kaum hawa ni.Sabo jer la...


Dalam 3 hari kami berada di pulau perhentian..Walaupun hanya 3 hari.Tapi bermacam macam kenangan kami hasilkan.Tibanya masa kami pulang ke tempat masing masing..Bot aishah sampai dahulu dan aku mengucapkan kata kata terakhir pada aishah."Aishah..semoga kita jumpa lagi..terima kasih yer.."kata aku pada aishah."Sama sama amir..INSYAALLAH kita akan jumpa lagi.."..Aku senyum sahaja.."Sudikah aishah jadi teman hidup amir.."Terdetik suara hati aku yang tidak terkeluar dari mulut aku..Aku takot aishah akan menolak cinta aku kerana  apa yang berlaku pada dia sebelum ini.Aku melambai lambai tanda selamat tinggal padanya..Kemudian baru aku teringat "apasal la aku tak minta no hp dia td..adoyaii..bodonya aku...'tapi dah terlambat..botnya sudah pergi jauh dari pandangan aku.Aku redha jer apa yang berlaku dalam 3 hari ini.


Akhirnya aku pulang ke tempat aku dan aku masih ada cuti lagi 4 hari..aku ingat nak duduk rumah jer..Dalam berapa hari ni aku tidak dapat tidor kerana teringatkan aishah.Wajah dia..Suara dia sentiasa bermain dalam fikiran aku."Amirrr...Nanti lusa kita pergi makan malam di rumah dato Kassim yer." suara dari mak aku..Aku yang dengar suara mak aku terus terhenti dari lamunan."Nape anak mak ni..sejak balik dari pulau perhentian asyik mengelamun je.jumpa mata air ekk"..Sindir dari mak aku.."iskk..tak der la mak..amir ok jer..ok lusa kita pergi rumah dato kassim"...Aku balas sambil tukar topik..mak mengelengkan kepalanya...


Lusanya aku dan mak ke rumah dato kassim..Sebelum makanan siap terhidang..Kami berborak borak tentang bisnes dan sebagainya..Seingat aku Dato kassim ada seorang anak perempuan..Kalau tak silap aku umur aku dengan dia beza 4 tahun..Dulu masa kecil selalu main bersama.Aku tak ingat dah nama dia..Kemudian aku di datangi suara wanita..Dato kassim memperkenalkan pada aku.."Amir..Ni anak uncle..Nama dia aishah "..Aku terdengar nama aishah terus pandang dan terkejutnya aku yang aishah itu adalah wanita yang sama di pulau perhentian dulu..Aku tergamam.."haii amir..kan aishah dah cakap kita akan jumpa lagi.."..aku yang tergaman tu terus senyum dan lega bila dapat menatap wajahnya lagi..Rupa rupanya selama ini dia dah tahu masa kt pulau itu  yang aku ini amir yang masa kecil selalu bermain bersama sama dia.Kami tergelak bersama sama..Dan aku paling malu kt situ...


Semenjak dari itu kami sentiasa berhubung dan aishah selalu datang ke rumah aku menemani mak aku.Dan akhirnya kami dijodohkan dan melangsungkan perkahwinan kami pada tahun berikutnya..Kami bahagia dan dikurniakan 2 orang cahaya mata.Sesungguhnya jodoh itu tidak mengira siapa,masa atau tempat yang akan menemukan kami berdua..


*Cerita ini hanyalah rekaan semata mata..tiada kaitan antara hidup dan mati...:D

4 comments:

Joe Black said...

dah la usin...wat la pasal hidup ko sendiri...kalau aku nak baca citer mcm ni baik aku baca novel je...tak pun tgk wayang citer melayu...erk

Mie Fisher said...

erkk..ni cerita best..ko wayang tak tengok lg thn ni..erkk..kui3.

eihin farahin said...

adess pnt nk bc la....
pnjng sgt..

Mie Fisher said...

wakaka...cite best mmg cm ni..erkkk