Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Tuesday, March 1, 2011

Antara Sahabat dan Cinta

kini bibirku telah beku, tak mampu lagi berucap

mataku telah terpejam, tak mampu lagi menatapmu
tak sedikit pun keberanianku untuk berhadapan denganmu

kau bukan lagi sahabatku yg dulu
sedarkah, sgala yg telah ku beri selama ni..
semua itu ku lakukan kerana kau sahabatku
namun kau telah salah sangka

kau fikir ini cinta?? kau salah!!
bagaikan seorang seniman besar
yang telah berhasil menyelesaikan karya terindahnya
kau pamerkan semua ini pada orang sekitarmu

dengan paras kemenanganmu
kau paparkan bahawa aku mencintaimu
sedarlah,, ini hanyalah rasa persahabatan
bezakan antara sahabat dan cinta

aku hanya seorang teman
yang sekadar ingin menjadi sahabat terbaikmu
namun apa yang kau lakukan
kau hancurkan semua itu..

sikap dinginmu yang sengaja kau tunjukkan
sebagai rasa protes akan cinta,,
cinta yang sebenarnya tak pernah ada
jauh dalam hatiku,, aku rindu akan dirimu yg dulu

No comments: