Aku tertanya-tanya di dalam hati
Manusia jenis apakah aku ini?
Sudah tahu jiwa kosong
Sudah tahu hati sunyi
Sudah tahu sendiri-sendiri itu sepi
Tapi..
Bila ada yang ingin mendekati
Aku mula jauh berlari-lari
Bila ada yang ingin memiliki
Perasaan ku mula berbelah bahagi
Jika boleh..
Ingin aku hanya berdiam diri
Perasaan orang tak ingin aku sakiti
Tak ingin aku lukai walaupun hanya sipi-sipi
Kerana aku tahu bagaimana rasanya jika terluka hati
Sakitnya tak terperi
Kesannya pula berhari-hari
Mungkin juga sampai mati
Namun..
Mahu atau tidak, jawapan tetap harusku beri
Maka dengan berat hati dan penuh hati-hati
Ku suarakan jua rasa hati
Tulus ikhlas dari hati
Aku katakan aku tidak sudi
Maafkan diri ini yang tidak berfikir dengan lebih teliti
Ku harap agar kamu mengerti
Ku harap jua agar jawapan ku diterima dengan senang hati
Walaupun hakikatnya agak menyakitkan hati
Mungkin kerana egoku tinggi
Mungkin juga cinta di hati sudah pergi membawa diri
Mungkin juga sudah mati
Atau mungkin juga sudah dicuri dan dibawa lari
Entah..
Aku bingung sendiri
Kenapa jawapan itu yang aku beri
Bukan sekali, malah berkali-kali
Entah..
Aku bingung lagi
Namun ku akui
Itulah jawapan ikhlas dari hati
Jauh dari dalam hati
Bukan kerana egoku tinggi
Bukan juga kerana aku memilih-milih hati
Cuma aku tak ingin berpura-pura mencintai
Sedang hakikatnya langsung tiada rasa dalam hati
Saat ini
Ketika ini
Mungkin aku lebih selesa memilih untuk sepi
Maaf sekali lagi
Sila salahkan hati ini T___T
No comments:
Post a Comment