Visitor Counter

Free Stuff

Followers

Saturday, March 26, 2011

Mee bandung...





Mi Bandung atau Mee Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal yang berasal dari Muar, Johor, Malaysia. Perkataan 'bandung' di dalam namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut yang bererti 'berganda' atau 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain. Umpamanya seperti 'Sirap Bandung' untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun 'Rumah Berbandung' untuk rumah berkembar.

Bagi Mee Bandung pula ia adalah masakan gandingan mi dan telur sahaja pada ketika dahulu ia digelar sedemikian, di samping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering; sebelum ia kini ditambah dengan bahan tambahan seperti udang, daging, kuih ikan dan sayuran sekarang. Ia juga lebih gemar dan lazim dikenali sebagai Mee Bandung Muar yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia meskipun adalah adalah diakui dan diketahui ramai Mee Bandung asli yang berasal dari Muar masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah.




*Terima kasih pada joe dan ira kerana mee bandung ni..sedapp sgtt...tpp pedass..terpaksa minum air kotak perisa ira..erkkk!!

3 comments:

Joe Black said...

mana ada pedas...ko tu mmg tk tahan pedas sin...erk

eihin farahin said...

wahhhh my fav tuh...
nnt jgn lpe blnja ekkk

Mie Fisher said...

Joe~pedaaass dan hangatt..erkk...

Eihin~suh joe buatkan...ngeee